Assalamualaikum w.b.t
Buat post sekalian kalinya, post ini berkaitan dengan peristiwa 17 Ramadhan yang mana kita semua sekian maklum dengan ayat Al Quran sebagai hujahnya
Yang mana Ia dirakamkan dalam al-Quran, melalui firman Allah yang bermaksud: “Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekelian manusia, dan menjadi keterangan yang menjelaskan petunjuk dan menjelaskan perbezaan antara yang benar dan yang salah.” (Surah al-Baqarah, ayat 185)
Ini membawa makna Al Quran sebenarnya meliputi kesemua aspek kehidupan. Dari segi politik, ekonomi, dan sosialisasi. Ia menjelaskan perbezaan yang benar dan yang salah yang mana bukan sahaja meliputi aspek ketuhanan dan manusia, tetapi juga manusia dengan manusia itu sendiri. Lantas ada 2 jenis ayat yang membuktikan bahawa Al Quran juga menjadi panduan hubungan diantara si anu dan si polan.
1. 'Wahai orang yang beriman....'
Ayat ini khas ditujukan buat umat yang mempercayai akan rukun iman dan pengamalannya.
2. 'Wahai sekalian manusia....'
Ayat ini pula diturunkan untuk sekalian manusia sama ada orang islam ataupun tidak. Yang mana menceritakan pentingnya kita menjaga hubungan sesama manusia dan menunjukkan skop agama islam itu sendiri bukan lah tertakhluk kepada ibadah seperti solat, puasa zakat dan haji sahaja. Antara perkara ibadah yang lain seperti kata2 yang memudahkan dan menggembirakan hati orang lain walupun mereka bukan islam @ bahasa yang orang melayu kita suka guna orang kafir. Disebabkan itu, pengkaji Al Quran ini bukan shaja orang islam, tetapi golongan bukan islam juga menggunakannya sebagai bahan kajian. Lalu mereka juga tergolong dalam golongan yang mendapat petunjuk dari penggunaan
Al Quran sebagai panduan dalam aspek kehidupan mereka. Tapi sayangnya kita orang islam di Malaysia masih ditakuk Al Quran ini suatu yang hanya perlu dibaca dengan irama merdu sahaja tanpa memahami akan isi dan bait didalamnya.
Lagi sekali, ini pendapat saya. Kita sekalian umat tahu, Al Quran diturunkan secara berperingkat peringkat kepada Nabi Muhammad S.A.W. Ini tercatat dalam sejarah dan Hadith yang sahih. Kenapa diturunkan berperingkat ketika itu? kerana ketika itu masyarakat makkah dan madinah masih dalam zaman jahiliah yang mana mabuk2, main perempuan dan membunuh anak sendiri adalah perkara yang amat kebiasaan. Cuba bayangkan, jika al Quran diturunkan sedebuk dan wajib diikuti secara terus oleh orang makkah, pasti akan lebih teruk cacian terhadap umat islam pada masa itu, dan proses penerimaan islam akan menjadi lebih sukar.
Jadi diturunkan berperingkat supaya mudah sekalian bani ketika itu faham akan kebenaran dan keadilan yang dicanangkan dalam Al Quran karim. Ini bukanlah memberi alasan untuk bani dulu meneruskan amalan jahil itu, tapi apabila dikatakan 'menjadi kebiasaan' itu yang menyebabkan mereka sukar untuk menerima islam walaupun mengakui hakikatnya. Di ketika itu juga masih tiada golongan yang menafsirkan Al Quran secara membuta tuli seperti hari ini, tiada badan penguatkuasa mewajibkan semua untuk menerima secara membuta isi kandungan Al Quran melainkan memahaminya terlebih dahulu. Contohnya dalam perperangan badar, hanya 313 orang islam yang turun berperang berlawan 1000, walhal boleh dikerahkan sekalian umat untuk turun bersama. Dan kebenarannya, 313 orang ini adalah mereka yang memahami Al Quran sepenuhnya, mereka yakin akan janji Allah s.w.t akan kemenangan yang dijanjikan. Itu lah mereka yang dijanjikan syurga.
(Rintih Rasulullah s.a.w pada Allah : ' jika 313 orang ini tewas, nescaya tiada lagi yang akan memperjuangkan agama islam dimuka bumi ini.')
Kita balik kepada konteks kehidupan kita sekarang. Saya faham mengenai perjuangan sesetengah golongan yang cuba mengetengahkan hukum islam dan penggunaan islam secara menyeluruh. Namun begitu, kita juga harus faham, kita kini terikat dalam satu sistem yang mana ada badan2 yang ditubuh dengan alasan memberi panduan, tetapi sebenarnya gaya mereka seperti memonopoli kebenaran islam. Apa maksud monopoli? maknanya apabila mereka mula berkata, meraka seperti tidak memberi ruang kepada orang islam sendiri untuk berfikir terlebih dahulu, yang mereka tahu hanya mewajibkan dan mengharamkan tanpa pernjelasan yang lebih gitu. Ini bermakna kini, umat islam dalam suatu proses makan suap. Dan makan suap ini amat berbahaya kerana mereka akan tiada pendirian yang teguh sekiranya berhujah dengan orang lain fahaman. Sedangkan mazhab asas dalam islam pon ada 4 yang ada tafsiran tersendiri, apatah kita ini umat diakhir zaman. Tanpa memahami sistem dan corak kehidupan manusia sekarang, penguasa ini dengan cepat menghukum. Ada pun golongan yang berkata guna sistem islam ini bagus, tahukah mereka yang akan gunakan sistem ini ialah manusia juga? dan masalah kita sebenarnya kita kekurangan manusia yang bersifat, jujur,telus dan amanah. Lack of accountability honesity.
Sedangkan penurunan Al Quran kemuka bumi ini kepada mereka yang level iman mereka jauh lebih tinggi dari umat akhir zaman adalah secara berperingkat, bagaimana kita boleh menganggap dengan mudah untuk memastikan umat islam kini menerima islam sepenuhnya dengan begitu cepat? Sebab itu, saya amat suka apabila parti PAS menggunakan dasar negara berkebajikan terlebih dahulu. Yang mana apabila berkebajikan , ia meliputi sekalian manusia, pembahagian harta secara adil dan saksama. Bukankah ini yang dituntut dalam surah Mutaffifin? Tidak menipu dan pecah amanah. Apabila islam dah dibuktikan mampu menjaga kebajikan manusia sejagat dengan pemimpin yang berkredibiliti, saya yakin, tiada yang akan menentang perlaksanaan hukum islam dalam aspek kehidupan mereka secara menyeluruh. Dan ini perlu dimulakan dengan pembebasan berfikir secara kritis. Ulama'dan ustaz kini harus bersedia untuk dikritis oleh rakyat marhein yang kadang tidak memahami islam, dan penjelasannya amat penting.
Umum wajib tahu, kita kini dalam satu sistem yang amat menitikberatkan si kaya dan si miskin. Apabila miskin dan papa, masalah untuk solat, untuk berkahwin juga akan menjadi perkara yang tak dapat diselesaikan. Bagaimana si miskin ingin berpuasa juga jika mereka tiada mampu untuk bersahur dan menikmati juadah berbuka? Bagaimana si miskin boleh elak berzina sedangkan ia adalah fitrah manusia untuk menikmati hubungan dalam perkahwinan? Jadi bagi saya, islam yang diperjuangkan kini sepatutnya menitikberatkan bagaimana untuk mengatasi masalah kemiskinan dan kesusahan ini. Kerana apabila sudah hidup dalam keadaan yang ada kemampuan, pasti kita dapat menjalankan suatu ibadah dengan lebih baik dan sempurna. Kerana itu, ada kisah Rasulullah memberi suapan roti kepada si buta yahudi yang amat membencinya walaupun tak pernah melihat wajah baginda, namun dia terharu akan lemah lembutnya baginda menggumpal dan menyuap roti ke dalam mulutnya sehingga dia sendiri menangisi pemergian apabia Baginda wafat. Itu bermakna, pengamal islam seharusnya mempermudahkan ekonomi umat sekelilingnya tanpa mengira bangsa dahulu, barulah kebenaran dan kebajikan yang Al Quran titikberatkan selama ini terlihat.
Dalam surah Al Qasas ayat 4
Sesungguhnya Firaun telah berlaku zalim di bumi (Mesir) dengan melampaui batas, serta dia menjadikan penduduknya berpuak-puak. Dia menindas sepuak di antaranya dengan membunuh anak-anak lelaki mereka dan membiarkan hidup anak-anak perempuan mereka. Sesungguhnya adalah dia dari golongan yang membuat kerosakan. (4)
Ia berkisar mengenai pemimpin yang bernama firaun yang memecahbelahkan penduduknya menjadi berpuak puak. Bagi saya, ayat ini bukan lah mengingatkan kita mengenai firaun sahaja, tetapi pemimpin masa kini. Tanpa kita sedar, dengan kehadiran arrival, teori konspirasi dan pelbagai lagi, yang melihatkan umat islam saja,atau umat kristian atau yahudi sahaja yang mulia dimuka bumi ini yang akan menimbulkan persepsi negatif kepada orang lain tanpa sedar memecahbelah dan memuakkan kehidupan manusia. Seperti kita tahu, British meninggalkan dasar pecah dan perintah untuk memudahkan pentadbirandan kaut keuntungan. Dan ini adalah sifat pemimpin seperti firaun. Tapi bagaimana pula jika pemimpin Islam yang extremis melaungkan semangat islam sehingga menimbulkan persepsi negatif dikalangan umat islam, yang membuatkan mereka menjauhi islam lalu menimbulkan perpecahan dikalangan umat manusia? adakah disebabkan dia islam jadi dia tak boleh disamakan seperti firaun kerana memecah belahkan manusia? sedangkan dalam ayat tersebut tak menyatakan mengenai pengikut Nabi Musa a.s dan bukan pengikut Nabi Musa secara khususnya? Ketidaknyataan ini pada pendapat saya memberi makna, kita walaupun islam tidak boleh berpuak2 dengan orang bukan islam, kita tak boleh dengan terang merendahkan martabat agama orang lain yang menimbulkan ketidaksefahaman dan pergeseran ego antara penganut agama. Jadi, pemain sentimen agama ini bagi saya tidak kurang lebihnya berbanding firaun yang membawa kepada pecah belahnya umat manusia yang mewujudkan puak itu dan puak ini.
Dan firaun adalah simbolik kepada orang kaya, orang kaya yang memecahbelahkan kehidupan orang miskin. Seperti sejarah Qarun jua yang mana yahudi miskin berdoa semoga Qarun bertambah kaya supaya dapat menderma dengan lebih banyak, namun diketika kayanya Qarun dia menjadi tamak dan halwa dan membiarkan rakyatnya terus miskin dan papa. Inilah yang sering saya ajukan, peranan orang kaya dalam memecah belahkan dengan mewujudkan golongan miskin dan papa di muka bumi ini, lepas tu menimbulkan sentimen kalangan orang miskin kerana orang miskin ini lebih cepat butthurt dan sensitif.
Konspirasi yang sebenar hanylah kosnpirasi si kaya membutakan harta simiskin, yang mencipta golongan miskin. Dan sikaya ini wujud dalam orang yahudi, orang nasrani, bahkan orang islam itu sendiri.
Peristiwa Nuzul Al Quran ini saya cuba membawa penghayatanya ke suatu skop yang lebih besar. bukan sekadar kita memenangi pertandingan tilawah peringkat internationale, tapi juga penghayatan isi Al Quran itu sendiri. Bukan sekadar kita cuba mengkhatamkan Al Quran dalam bertadarus, tapi memahi isi kandungan Al Quran juga secara bertadarus. Bezanya kecil , tetapi impaknya pasti besar. Al Quran bukanlah diturunkan untuk umat islam sahaja, tetapi umat dunia sekaliannya. Jika hanya untuk orang islam sahaja, bagaimanakah pula orang yang bukan islam yang mengkaji Al Quran itu mampu meniti suatu dan mengecapi nikmat besar dari penghayatan mereka mendalami isi kandungan al Quran itu sendirikan?
P/s : Semoga memberi manfaat dan pemahaman secara bertadarus(tegur jika salah) dalam menghayati isi Al Quran. :)
Sekian
AnakMudaDiary @ Ahmad Shazwan Aziz