i serve nuff nang

Sunday, July 10, 2011

Catatan Bersih2.0 : TerowongTunggu Bas KL Sentral

Assalamualaikum.
Ini adalah kesh aku, kesah aku anakmuda yang dapat ilham pada pukul 1230 ptg untuk turun bersama rakyat marhein. Aku ada jemputan dari rakan seperti ejam, rakan ofis dan Che'Gu Bard untuk turunm tapi aku tak ikut sebab aku malas nk turun awal pagi.

Perjalan aku mula dengan parking kereta dekat taman melati. Sebab aku tau kereta kesayangan aku  dah mati tarikh roadtax dia. Kesian, aku pon lesen belum renew, anyway aku tak lah minat nak drive kat dalam kawasan kuala lumpur yang jem tuh. Melepak lepak di rumah dan kawan adalah keputusan yang paling cool setakat ni. 1230 aku gerak, aku dress up pakaian ofis, kemeja dan seluar hitam berkasut putih dengn beg yang ada dokumen, naik ke stesen LRT, aku ditahan oleh polis janggut, polis janggut tengok ic kot kot ic aku adalah ic tiruan dan bila ditanya aku jawab nak pergi ofis di Sri Rampai.

Masjid Jamek? 'Tutup'
Pasar Seni? 'Tutup'
 Find, aku turun ke KL Sentral.

Dalam train tu, tiada orang berlagak macam penyokong kumpulan bersih. Semua pak cik dan makcik yang bawak keluarga nak bershoping kot, ada juga liputan TV8, aku buat tak endah,tujuan aku nak melihat dengan mata kepala sendiri dari dengar bullshit utama dan Romen Television Malaysia, they are bullshittig the people. Dalam train, gua tengok jalan lengang, KTM kosong,tak macam kl yang selalu dipenuhi asap kereta, Ada yang bersolat di atas jalan raya dalam hujan lebat, ada juga berbaju putih dan biru gelap yang sedang relax relax menanti ombak rakyat.Aku kecewa, aku rasa rakyat akan jadi mandul lepas 2 kali imam khutbah baca text yang bosan.Aku ingat imam dan pembaca khutbah nie marhein yang bercakap atas pengetahuan dia, tapi jadi pak turut ekonomi juga. akidahnya juga adalah duit.Lame Arse.

Tiba d Kl sentral.
Macam biasa ramai orang, mungkin ramai berteduh sebab hujan diluar. Then aku dengar laungan
'Hidup rakyat','Takbir','Bersih'. Aku bertambah stim, aku bergegas, tunggu orang turun dari Hilton Hotel, di situ, aku nampak gadis2 cool, abg2 kacak, dan mereka adalah anwar ibrahim, nurul izzah, wan azizah, Tian Chua, Lim Kit Siang,Tok guru haji hadi, Abg Mat Sabu yang cool, Mb perak Nizar Jamaludin, dan siti aishah srikandi keadilan, paling cool ialah seorang tua berjanggut panjang, sekali tengok macam mat salleh, ow, its him, Abg SamadSaid, Orang yang berumur, tapi masih cool. Aku pandang ke arah Anwar, dia perasan kehadiran ku, senyuman dan isyarat tangan dibalas,  aku pandang nizar, senyum dia juga untuk aku. Cuma anak anak anwar aku tak sempat lemparkan senyuman. Mereka lebih cool dari gadis kaya nak duit je kerja, yang nak enjoy, mereka turun berdemo bersama, ini barulah wanita, wanita yang menggerakkan dunia!

Turun rombongan YB, aku ikut sama, aku lihat, dan aku hampir menanges terharu, orang India Cina dan Melayu bersatu. Kesemua melaungkan 'Allahuakbar, hidup rakyat, bersama sama laungkan. Aku menyelit, wlaupon terpegun dengan kehadiran anwar ibrahim dan anaknya Nurul Hana, sebab dia single lagi, aku makin stim, paling buat aku stim bila, ramai pula orang di Kl sentral secara tiba2 masuk sama ke dalam kumpulan ini. Sungguh cool, Ade terdengar pula polis menjerit' turun ke bawah untuk ke jalan raya', aku ingat polis ni akan membantu kami ke jalan raya, aku tiada sangsi pada mereka. Time tue, aku tengok ada india,cina moy, gadis, macha,awek melayu semua turut serta, bukan yang bertudung labuh sahaja, malah yang seksi juga, tapi ini demo, bila kau ada didalamnya, kau takkan kesah di sebelah kau fahrin ahmad atau wardina safiyah.

Kami mula menuruni tangga, aku terdengar suara perempuan india di belakang, aku toleh, yes, thats her, mrs ambiga. a lawyer. She is not poyo. Exactly, dia tak sepoyo shahrizat jalil, dia tak perlukan bodyguard nak jaga dia, dia jalan sendiri dengan Tshirt Bersih.Dia cakap, 

'kita ikut cakap polis',
ikut laluan mereka.
Menuruni tangga,  sampai ke Terowong pendek tu,aku tak sikit pon takot, sebab orang tengah ramai, aku bertambah semangat, tapi aku lebih banyak diam, sebab aku suka memerhati gelagat orang, benarkah ada bawak parang, pistol, atau melatove cocktail macam di gembar gembur, jawapannya takda. Semua marhein, senjata hanyalah tuala dan air mineral sebotol.  Aku berjalan 4 line dari hadapan(takpasti) aku nampak srikandi keadilan, wanita Pas, gadis marhein, amoy n minachi. Nobody cares, i bet u. Tak da orang kesah itu islam ke melayu ke cina atau apa, sama sama bertepuk bahu, bila terpijak kain, sama sama memaafkan, aku tak pernah nampak dan rasa begitu, hilang rasa berlagak satu sama lain, semua cool, tak payah tajuk duit untuk jadi bahan berbual.Bilangan? Melayu memang lagi ramai, tapi cina dan india juga ada, ramai, semua banyak bawa kamera. Nak menangkap sejarah, gambar mereka dapat akan jadi bahan sejarah Malaysia satu hari nanti.

Aku ingat, anakmuda hanya tahu melaung dalam facebook cakap perhimpunan menyusahkan orang, ada juga yang marah sebab tak boleh dating pada hari sabtu ini, ada juga cakap lambat masuk kl, susah, trafik jem, yang paling bodoh ialah ada yang cakap demonstrasi ini adalah budaya barat. FAK u. Ada yang cakap tak reti bersyukur dengan keamanan yang ada, tapi bila tanya balik, diorang nie sokong tak rusuhan rkyat Libya dan mesir? semua jawab sokong, sebab demi islam. Fak u again, u do not know any, kalau jutawan arab konon islam mulia boleh beli kelab man.city waktu rakyat kesusahan tu apa?  Qatar bid untuk FIFA tue ape? Rakyat libya dibunuh tu ape? Kristian pakistan di halau tue ape? itu semua kerja orang islam yang dah memerintah kat atas tue lah. Sejarah mesir nak turunkan ehud barak dah lama la weh, tapi tiap kali pilhanraya dia menang, pa cita? Gaddafi si islam pon tak letak jawatan lagi bila rakyat dah buat rusuhan sebab dasar kuku besi kebanyakan pemimpin islam, rakyat terseksa, rakyat bangun dan bangkit tentanglah. yap, jangkaan aku meleset, ada lagi awek comel hadir masuk dari yang berisi, berair, besar kecik, semua ada, semua bawa semangat.

Sampai Dihujung Terowong, FRU sudah menanti, tak seperti jeritan awal aku dengar tadi. Di barisan 4 ini, aku dapat lihat jelas, aku kagum lihat mereka pegang pistol yang canggih itu, peluru kapur dan bom asap. Itu aku dah tahu. Yang aku tak pasti, adakah mereka akan tembak? itu tak pasti sebab aku belum pernah rasa, aku sangkakan mereka hanya akan buat blocking sahaja.
Terdengar pula suara Tian Chua,

'jerit 1,2,3 kita lari melepasi polis okay? '

dan disambut dengan laungan 'takbir'!! Dalam kesempatan tu, aku cuba lihat sesiapa ada bawa senjata, dan jangkaan aku memang xda, sebab Saudari ambiga dan para pemimpin sudah arahkan demonstran jangan bawa sebarang senjata, kita akan 'hepy dan enjoy.'aku lihat kebelakang, aku mula terfikir, kalau mereka tembak, aku akan lari kebelakang dan naik ke atas, atau terus kejalan raya ikuti jalan belakang. Tapi, aku tak pernah sangka ianya adalah satu perangkap.

Kini di penghujung terowong ,kelihatan si gagah bertopi merah memakai baju kalis peluru. Memegang pistol canggih,  menghadap, bilangannya dalam 15oarng, dan bagi aku memang sudah sedia merempuh memandang kan bilangan mereka yang sedikit, jika dipijak pasti dah tiada hayat.  Aku masih di barisan ke 4, aku nampak jelas, perwatakan ego mereka, para demonstran sudah semakin bersemangat, 'kami mahu aman' 'kami mahu bersih', ada juga mat mat india menjerit 'takbir' menyemarakkan semangat.
Abg Tian Chua memulakan kiraan 
1,2 ,3.... Lari...
-Lari yang dimaksudkan bukan merempuh, tpi melepasi di celah2 polis itu, kami masih berpegang supaya tidak membuat kacau, kami tidak mahu menghancurkan periuk nasi abg bertopi merah ini. 

Dasssssss...
Aku lihat, satu keronsong bersais penumbuk aku dilepaskan, ke arah bumbung yang dibawahnya demonstran, owh, inilah asap yang mereka selalu kata, ini bukanlah asap rokok dunhill atau surya, ini asap tengik, aku agak ianya adalah sebatian amonia dan belerang. Tian chua bergegas kebelakang, semua bergegas pusing ke belakang. Aku dah tidak nampak abg mat di mana, anwar dimana, dan pak samad baca puisi dimana, aku hanya nampak nurul hana dan wan azizah, aku pesan supaya 'pusing cepat',tapi  aku masih tak dapat senyuman nurul hana. Cis!

DAsssssss...
Ini das kedua, yah, kali ini, aku terasa seperti dalam game counter strike, tapi lagi vebat dari versi HD, aku nampak kelonsong itu lalu disebelah aku. Aku dapat mencium asapnya, bedebah, asap apa nie, aku lebih rela 10 batang rokok dicucuk kemulut dan hidung ini dari bau asap ini. Aku nampak kelongsog tu terkena seorang pakcik, ia terpantul betul sibelah aku, memang celaka, tembakan itu sekarang ke arah demonstran, bukan tembakan menjunjung langit

Masa seakan perlahan, aku rasa sudah pantas berlari, tapi aku tau aku bergerak amat perlahan. Aku tolong seorang brother cina, aku menyuruh dia lekas bangun, tak sanggup aku memijak saudara maraku yang turun hari ini, mereka ini rakyat marhein, tak layak dipijak, mereka ini kaum tertindas dek ekonomi. Aku tersadung, ada tangan hitam memaut bahu, supaya lekas aku bangun, owh, ini brother yang laungkan takbir tadi, 'terima kasih, kau lagi mulia dari orang islam kat depan tuh'. Semoga kau mendapat hidayah dari Tuhan Allah. Aku terus berlari, ramai sudah terjatuh, pakcik dan makcik, adakala aku terdengar tangisan budak kecik yang ketakutan, maafkan aku, tak mampu menolong, mata aku sayup, dada semakin tersekat.

Aku bersumpah, sekali kau menghembus gas itu, dada kau akan menjadi sesak nya, Malek noor pon aku yakin tak mampu bertahan untuk hidu asap tu. Mata kau akan terasa pedih, tak payah tunggu stim hisap ganja, mata kau akan automatik jadi stim. Dada kau akan rasa keperitan yang amat, dan aku rasakan itulah hari pengakhiran aku. Dadaku bertambah teruk,  aku ambil masa berehat, ku nampak ramai yang cuba selit dibilik2 kecik dalam terowong, aku sangka ada jalan keluar, rupanya bilik semata2, aku tak mahu masuk, pasti sesak, pasti makin seksa.  Aku ambil kesempatan bersandar ditepi dinding,  ramai bersama aku, nurul hana masih bersama, dan aku nampak wajah tua wan azizah yang kesemputan, tapi masih memegang tangan anaknya, mulianya hati ibu.  Aku si muda ini pon bersandar dan telangkupkan muka didinding, untuk elak menghidu asap, shit, its nothing, makin teruk, dalam terowong ini, asap takkan pergi, ia berkepul.

'Ya Allah, tolonglah hamba mu ini',
'Ya Allah, sesaknya'
 tangisan demi tangisan pakcik2 kedengaran, semua berpegangan, disebelahku wan azizah, dia turut sama telangkupkan kepala ke dinding, tapi tangannya memegang dan menutup hidung anak anaknya. Aku dah tak terfikir lagi, sama ada untuk mencuri senyuman Nurul hana, atau terfikir cuba approach untuk berbaik dengan WAn Azizah, mana tahu, dia akan jadi ibu mertuaku. 
Yang pastinya ada kat segenap pancaindera diri ini,
''Ya Allah, menyesal aku datang sini''
''Ya Allah, bantulah hambamu ini''
kalau boleh aku mahu pergi melutut dan lepaskan aku keluar. Air yang ada seperti tiada efek, aku bagi kepada Wan Azizah tak pun makcik lain air botolku, ego sebagai anakmudaku ini mengajar belas terhadap mereka yang tua.

'teruskan kebelakang' terdengar jeritan, aku dah tiada kudrat agi, asap itu benar menyiksa, tapi aku kene teruskan, barisan FRU semakin dekat, mereka gantang dan kuat, kami pula yang menghidu asap ini hilang kudrat dan semangat,. ''Teruskan berlari''. Dan kali ini aku rasa demonstran benar2 terfaktub, terperangkap, tertipu, kali ini, kami dihambat pula anggota polis dari belakang, yang membawa cotar dan kayu keras hitam tu,  ku nampak ada yang disebat.Ketika berlari,aku tak teruskan larian, aku hanya cari orang ramai untuk bersama, lantas aku pergi bersama geng yang menghadap dinding, terdengar lagi dass dass dass, dalam 10 lagi kelonsong sampai, ada sibelah ku, ada di tengah2, yang pastinya, kami lemas, kami memang tidak bertali, lemas ini kau tak boleh renangi, lemas yang kau kene bertahan dengan semangat, mengharapkan keajaiban tuhan. Di dalam terowong pendek dan gelap ini, aku jadi saksi, batu batu menjadi saksi, ketiadaan cahaya menjadi saksi, tangga dan exclarator jadi saksi, bertapa deritanya kami didalamnya yang mengharapkan belas tuhan. yang mengharap asap itu dilenyapkan oleh anggota atau presiden silat cekak malaysia yang katanya sudah mengasah parang untuk selamatkan orang melayu. Aku harap mereka gunakan ilmu halimunan untuk menghalimunankan asap tersebut.

Aku tak berdaya, kaki semakin loose,badan semakin sejuk efek dari terkena asap tersebut, ia membuat tenaga hilang,  hanya tak sampai 5 minit, dan larian aku pula hanya beberapa langkah, aku terkejut, bagaimana anakmuda seperti aku begitu lemah, bagimana dengan pak samad? bagaimana dengan pakcik yang mengendong anaknya tadi? bagaimana dengan si wanita yang bernama nurul hana

Dan dalam rangkakanku ini,aku dapat lihat, aku toleh ke arah belakang, aku risau jika FRU datang untuk menangkap, aku bersumpah akan gunakan kudrat yang ada untuk melawan, atau terus berlari kehadapan.dalam keadaan berasap itu,  Aku ternampak ada susuk tua yang tak larat sedang merangkak ditengah jalan, dia tak mampu berdiri, lalu datang seseorang berlari, dengan topi merah, berperisai lutsinar dan bertopeng, berlari dan...
PANGGG!!!!, sepakan padu tepat kearah susuk yang merangkak itu.Ya Allah, inikah kebenarannya? sepakan padu kearah perut laki yang membuatkan dia terus terbaring. Lebih teruk dari keadaan atau tackle yang ganas bila kau cakap nemanja Vidic menackle didier drogba atau Kevin Doyle.

P/s : What I tell Is real happen
I Never Regret to join,  i can See Malay, indian and Chinese were really reunited!!

Sekian
AnakMudaDiary @ P.M.A.C

4 comments:

  1. Perghh amad..
    pnjg nye hg menulis~
    well.. nice journey.. tengs for share with us..

    ReplyDelete
  2. Syabas! Anak muda yang berani. Hidup tiada erti tanpa pengalaman. Jadikan pengalaman ini iktibar perjalan hidup dan sebarkan kepada rakan-rakan lain. Tentu bangga bila menceritakannya kepada anak dan cucu cicit kelak.

    ReplyDelete
  3. Perjuangan ke arah kebenaraan adan Izzat Islam adalah sangat dihargai dari sisi Allah di mana-2 muka bumi Allah.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...