Assalamulaikum w.b.t
Fuhhh. Lama sanagat rasanya saya tak menulis ini, dah 2 minggu da pas last post, syg nya post lepas si komentar komen pasal bahasa pulak, jadi saya tak boleh melawan, hehe, sebab sayang saya turut komen dalam tu pasal penggunaan bahasa.
#jadi hari ni, tulisan akan lebih sopan#
Okay, hari ni aku nak kongsikan pulak logik akal nie untuk para pejuang melayu dan islam kat Malaysia nie yang so great, yang bila cite pasal sejarah melayu, konfirm A, cite pasal hadith dan sunnah, aku bagi bintang, tapi bagi aku, jika hanya cerita pasal sejarah dan hadith, konfirm korang takkan kemana, takkan lah melayu ni menguasai mana mana segenap pelosok, sebab anda masih tidak duduk dalam realtiti. Masih tidak mencari logik realiti.
1. Pejuang Islam harus berekonomi
Pandangan saya, tugas seorang berserban,songkok tinggi, kopiah putih, bukan terhad kepada azan, mengimamkan solat, bagi tazkirah itu dan ini, terdengar kepimpinan ulamak? ini maksudnya, tugas mereka juga memipin dengan ilmu dunia juga, ilmu politik dan ekonomi. Jom tengok perkemnbangan PAS, dulu 1998 pilihanraya pas adalah parti yang sukar diterima, kenapa? bagi aku sebab mereka hanya bercerita hal2 akhirat, keluar fatwa dosa dan haram, mereka time tu otai seperti mat sabu, mahfuz, tak macam hari ni yang tampak lebih cool bila cerita mengenai rasuah dan penyelewengan. Berbeza hari ini, walaupun tak semua, tapi dalam PAS sendiri dah mula berkembang para ulamak profesional, yang oleh membaca hadith sambil mengaitkan dengan ekonomi dan politik, memberi secara logik sampai sekarang orang cina dan india boleh pakai tali 'I love PAS'. Ini satu reform besar oleh pas, mereka tak tersekat lagi pada hukum hudud, islam untuk islam sahaja, cuma kepimpinan mereka sekarang seperti balik ke asal, cerita fatwa valentine, poco2, ketua pemuda yang tak cool lagi bila jarang bercakap pasal ekonomi. so, golongan profesional dalam PAS semakin tenggelam, jika berlanjutan, ini kerugian, mak aku pernah tanya, kenapa tak sokong mana2, saya jawab, saya buat masa ni menyokong DAP yang lebih liberal dan demokratik, juga realistik dalam keadaan sekarang, mereka bukan untuk orang cina, orang melayu profesional pon makin ramai join. Vote for PAS? kalau diberi peluang golongan profesional menyinar balik dalam PAS.
Pointnya, orang islam kena lebih profesional dan kedepan, bukan hanya post hadith kat facebook pastu ckp macam2 propaganda yahudi, tapi at last kau guna propaganda yahudi yang anda laknat tu jugak, anda tak kan tak tahu malu?
2. Pejuang Melayu : cukuplah cerita sejarah
Sejarah melayu? sekarang makin banyak cita pasal sejarah melayu, keunggulan melayu, fine, saya orang melayu dan orang islam, ada pertikai, kenapa saya tak mengata orang cina dan india yang racist? point nya mudah, sebab kalau kita rasa kebenaran tu adalah orang melayu dan islam, so, orang kita nielah yang pertama sekali perlu diubah dari harapkan orang lain. Sejarah melayu pelbagai, dari barat lah tulisan dari cendekiawan melayu sendiri, taksub sejarah juga budaya yang lekeh, sejarah bagi aku dah lalu, hanya perlu sekadar ambil tahu dan moga tak berulang, lagu pon selalu cakap, dulu lain skerang lain, islam dulu lain orang islam sekarang lain, orang melayu dulu lain, melayu sekarang lain, anda takut kuasa politik, ekonomi melayu hancur. So, stop taksub dengan sejarah, cari kebenaran sejarah, lebih baik anda duduk dalam realiti, duk dalam suasana sekarang, hentikan sifat yang paranoid dengan orang yang tak semelayu dan tak seislam, sebab dunia sekarang ketuanan orang kaya, siapa kaya dia boss, dia kuasa, ini hukum kapitalis, ni bukan hukum orang melayu lagi, bukan hukum, anda orang islam, anda orang melayu, anda berkuasa, slogan ketuanan melayu pon dah makin menipu, sebab yang akhirnya, tipu anda tu, melayu anda juga. Jika masih sibuk baca sejarah, dan timbulkan persepsi buruk, percayalah, lebih cepat anda pejuang akan hilang kelayakan dalam system kapitalis ni.
3. Antara Kesalahan peribadi dan hak, mana satu penting
Benda paling nonsense and ketinggalan dalam raga pejuang nie sekarang adalah perkara nie. Pernah saya cakap dalam post sebelum ni, Kalau seorang perempuan yang dirogol, dicabul kehormatan, ketika dia sedang seksi, umat pejuang nie akan lebih rasa ' padan muka kau perempuan, siapa suruh pakai seksi, siapa suruh ikut jantan itu ini, kan dah kene tebuk', umat pejuang nie takkan cakap sedih sebab perempuan dirogol, tapi salah kan perempuan tu balik, bagi aku, hak perempuan, mahkota perempuan tu telah dirompak, tu lagi besar, lagi perlu bincang, lagi perempuan itu perlu diberi peluang perlindungan, bukan dengan caci maki macam umat pejuang ni adalah penjuang unggul kat muka bumi nie, sama macam, pergi mana2 sama je benda nie kat dalam Malaysia. Lebih concern pasal orang tak pakai tudung, dari orang yang mencuri dan merompak,merogol dan membunuh yang ambil hak orang lain tu. Sebab tu indeks rasuah malaysia akan terus tinggi, sebab rakyat masih kurang sedar tentang hak mereka yang diambil pabila berlaku kes rasuah dan penyelewengan.. Mereka lebih kesah mengenai video seks, lebih kisah mengenai kisaf sodom sodom, please, lebih kisah pasal hari berpoco poco, dari hari orang rasuah ni dibawa bicara ke mahkamah.
4. Hentilah salahkan orang yang tak sebulu dan seagama mu
The best thing is, orang pejuang nie, suka cakap tau tak hari valent tue nak sesatkan orang islam?
tau tak poco poco create lambang salib?
tau tak hiburan nie adalah agenda freemason?
freemason?
tau tak anak melayu nie sekarang dah terlalu diyahudikan?
Hah, saya tak tau nak cakap ape dah, bila disuruh tutup akaun facebook, pandai pulak cakap boleh guna untuk kebaikan, macam cerita maher zain nyanyi pakai gitar, boleh pulak, macam cerita horoscop, bila dr fadilah kamsah keluarkan cerita macam horoscop, sifat mengikut bulan lahir, boleh pulak, ape tue? penyelesaian dia bila saya betah saya nak bagitau, anda buat lah apa ape pon, selagi anda tak ambik hak orang lain, selagi buat atas niat yang tulus ikhlas,suci murni, morally, anda tak bersalah, so, teruskanlah.
5. Jangan lah buat pemimpin tu macam tuhan
Antara problem yang tak boleh dibincangkan di Malaysia nie, bila pemimpin dikritik. Tak kisah lah. PAs ke, PKR ke , Umno ke. Pejuang ni selalu kata, jangan jadi macam golongan yang menganggap pemimpin ni tuhan, wakil tuhan ke apa, tapi bila pemimpin mana2 mula dikritik, terus marah cakap tak bersyukurlah apa. apa ni? orang tu beserban jubah macam na pon, tiu tetap manusia, tak naik taraf dia setanding malaikat, dan bila dikritik, kene pandai terima, barulah anda pemimpin yang coolled!!.. Bila ada pemikiran pemimpin harom dikritik ke apa, tu bila nak tukar menteri itu ini jadi takot, nak buat pembaharuan kabinet dan undi baru jadi takot, sebab ada dalam hati, hanya orang itu sahaja boleh memimpin. Weh, jepun dengan korean pernah dalam 2 3 bulan mereka betukar pucuk pimpinan, kenapa? sebab pemimpin tu tau mereka tak mampu nak penuhi menifesto pilihanraya, orang kita yang bongkak, sombong konon dengan nilai sopan santun nie, dah masuk mahkamah, buat hal sana sini, still tak sedar diri lagi. haiihhhhh..
Okay. nie time aku nak pergi beriadah, cukuplah 5 tips nie aku bagi kat para pejuang melayu unggul dan islam soleh, harap2 berguna, sebab sebelum ni aku mengkritik, tapi dalam kritik tu,,benda nielah aku cube jelas kan, tak da benda lain dah, so, hari ni aku berterus terang je.
Aku harp anda faham dan IANYA JELAS. :P
Sekian
AnakMudaDiary @ P.M.A.C
good wrote anakmuda,ada benar apa yang kau tulis, keep wrote
ReplyDeleteand i am waitng to read
be a man