i serve nuff nang

Saturday, July 31, 2010

Semangat Yang Berterusanl;;;

Assalamualaikum w.b.t



Nie?tak yah ckp, stylo kan gambar nie?



 





























Ape khabar kawan?hari ni tanggal 1 ogos 2010. Hari ni aku rase nak cerita pasal diri sendiri sket plak, tak tau nape...

Masalah : 

1. Kenapa aku dah mals menulis blog?aku pun tak tau nape, mungkin sebab fb dah memnbuatkan banyak idea dan permikiran yang cuba diutarakan menjadi terbantot.kemanakanh semangat aku nak berblogging dulu?

2. Diam tak diam dah sebulan aku balik UUm nie, Alhamdulillah setakat nie semua berjalan lancar, cuma masalah malu malu tue masih ada, dah masuk sem 7 da, memg byk malu aku dapat kurangkan,sem nie mungkin akan bertambah bz, am i leaaving my blog?no...but what i got a do with it?semangat belajar??kejap membara.kejap merundum, lecturer Alhamdulillah semua okay, semua mula tunjuk suka kat aku,,huhu,,bangga kejap, tapi...ape masalah semangat nie yang susah nak motivate slalu dan berterusan?

IMan..ade gaya bakal pemimpin tak?
3. maslah bosan, aku tak nafikan kawan2 yang dah chow semua membuat aku bosan, tinggal jareq ijat eric abukl sem 7, pastu kawan2 ngan ganu,yoe, and adi,ehehe,,betul kate orang kawan datang dan pergi,futsal pun dah tak menarik cam dulu, bila time abis kelas awal..time tue la rase bosan.study?let me think first?haha
ome and ejun..BFF...


4. Aku pernah dicemuh atas result aku yang merundum, result teruk, tapi tue jadi sebab ke untuk aku terus berdiam?aku ada kritik ketua hakim negara tapi aku kene balik, which one ethics?me or kenyataan ketua hakim tue?ada ke sbb dia ketua hakim?so i need to diam?hah...bodoh ke aku?haajha


Time nie lah kami bersusah payah, rndu oo
5. Semangat bersukan pun da tak da, dul semangat bola tampar tinggi, skarang hampeh,haha,kene tipu ngan junior, kate deme mereka hebat,tapi masuk kort aku terus sangsi, mane hebat tue ek?haiyo...tolong jgn tipu aku, aku tak marah korang pun kalo ckp tak ley men,tapi jgn tipu,kesian aku, kesian kolej tnb,


Ejat!dia berusaha nak jad affrat
6. SAmpai bulan 8 nie, banyak perstiwa buat aku masih tak ley bangkit semangat, seluar yang lusuh pun aku salahkan tak bagi aku semangat, aku salah ke seluar tu salah?

Sebahagian Keluarga aku


7. Aku rindu nak balik umah jumpe anakbuah baru, tapi nak balik,aku akan terpikir, ape agaknya mereka akan pandang aku?beban?anugerah?pandai?cerdik?bodoh?tue pun satu hal, nanti mesti kene sound punya, aku harap semangat dari semua, abg aku datang aritue kat sini bwk jaln2, Alhamdulillah, walau lame da tak jumpe, semangat kekeluargaan masih kuat, tak segan aku menerima nasihatnya, da tak maki aku, tapi dia tegur dan nasihat aku, buat readers, nasihatlah aku, tegur keoveran aku, boleykan

Sekian itu sajalah kehendak aku dalam hidup nie...semoga aku akan jd the 
goods slave
goods sons
better student
best human
solehman


Anakmudadiary

Saturday, July 24, 2010

Apa Yang AnakMuda mahu dalam sebuah sistem pendidikan

assalamualaikum w.b.t

Kita berjumpa lagi sekalian readers. hari nie aku bawak kan sedikit buah pemikiran untuk kta kongsi bersama. idea tulisan nie tercetus dari borak2 dengan rakan dan sahabat handaik. Susulan dari intitut pendidikan yang aku duduk banyak buat projek TERGEMPAR waktu sem baru ni.

Aku borak dengan kawan aku haritu, bercerita mengenai sistem pendidikan kita.Terjumpa jugak status Fb di page kawan mengenai pendidikan,bunyinya macam nie

'Teringat kata-kata ini, "dalam menuntut ilmu, jadilah seperti anak kecil yang mempunyai tahap curiosity yang tinggi, sering bertanya dan bertanya'

Statusnya simple,tapi kalau korang peka korang akan rase, itu adalah tempelak kepada cara kita dididik sebenarnya,Biarlah aku mula dari zaman sekolah, sekolah?apa tu?tempat kita belajar yang mana KEPatuhan pada guru amat dituntut. Mak ayah pun selalu pesan, 'dengar cakap cikgu.Cikgu pula sering mengancam dengan memegang sepotong rotan atau lebih biasa dengan panggilan 'roti panjang.haha. dalam sistem kita, sifat curiosity akan menimbulkan rasa tak senang duduk pendidik sebenarnya. Dengan anak kecik telah diubat mengenai kepatuhan dan taksuban pada cikgu/pendidik. Dengan itu, memang tak kesah, kalau bila dah keluar sekolah, seorang murid tue takot untuk bersuara dan meluahkan pendapat sendiri.Alik2 murid tue jugak yang dimarah sebab tak lancar betutur dan tak berani melontar pendapat dan idea baru. Mak ayah pun terlupa mereka yang ajar anak mereka supaya 'pendamkan isi hati dan idea yang nak diluah kan.

Sampai ke peringkat u, pening dan ada yang tergelaklah golongan lecturer yang mengajar. Apabila di ajukan soalan kedalam kelas, mahasiswa/i akan terdiam kerana terbiasa, bukannya sebab hanya disuap ilmu dari dulu, tapi sebabkan mereka da diajar supaya berdiam diri. Negara sentiasa mengimpi idea baru dari mahasiswa/i, tapi macam mana kalau pengajar masih terikat pada skema jawapan?skema jawapan is the only fact, not the real situation, ini buatkan individu akan takot untuk mencuba sesuatu yang baru kerana 'baru' itu adalah salah!haha. jadi macam mana nak lahirkan tenaga kerja yang kreatif dan berfikiran kritis dan jauh kat masa depan?kesian mahasiswa, akhirnya mereka sendiri di dumb dan di marah.!

Jadi, apa yang kita mahu?dalam sebuah sistem pendidikan, terlalu 'straight' akan jadikan seseorang seperti askar, ikut ckp tuan sahaja, sepatutnya adalah lebih fleksible. Menuntut ilmu bukan sahaja mengikut ckp cikgu, tapi jugak ikut pengalaman hidup yang dialami dan logik pemikiran yang boleh dicetus. Bila pelajar berjaya mengusai suatu pemikiran logik, akan tercetus lah pertanyaan yang membawa kepada idea2 baru. Ya betul, pioneer untuk suatu imu adalah perlu diingati,tap bukan untuk ditaksubi. Sistem perlu ada matlamat untuk melahirkan pioneer ilmu yang baru! Skema jawapan juga perlu dilonggarkan. supaya dea yang betul dan dicetus dapat dimangkinkan. Jawapan yang bedasar logik akal juga perlu dikira sebenarnya, asalkan bukan logik yang mengarut dan melalut.


Contoh: kenaikan harga barang asas dan pelarasan subsidi, logiknya perlu ke orang miskin berjimat untuk barang keperluan?ia bukan barang kehendak, sepatutnya orang yang kaya perlu jimatkan belanja. perbelanjaan yang melampau oleh orang yang memimpin kene turun, rumah rumah berlebihan sampai ada 5 rumah, bayar pada outsider, tue yang perlu dijimat.Logik ke makcik makcik yang ade 9 orang anak perlu kurangkan belanja makan dan tempat tinggal anak diorang?Walhal tue adalh belanja keperluan.


okaylah.tue je aku nak bercerita. pandangan aku dan rakan2 lah.Mungkin ada antara korang yang rasa sistem kita dah grade Akan?terpulang.


Sekian dari aku


AnakMudaDiary





Monday, July 19, 2010

Nak Cerita je UUM boleh tak?

Assalamualaikum w.b.t

Aku nak mulakan dengan apa khabar semua...terutama readers uum,ex uum, alumni uum. Tahun nie aku masuk sem 7 kat uum nie. Alhamdulillah banyak pengalaman dan kenangan yang ditimba, insyaallah kedewasaan aku pun bertambah. kali entry aku nak bercerita je kisah2 baru kat uum nie.


Uum sakarang dalam proses menaik taraf dan pembangunan. Banyak projek macam dewan kuliah ke 6, bangunan HEP yang sedang dibina, Alhamdulillah macam kat KL dah aku rasa.haha. Tapi pelik kenapa pelajarnya masih takot berbicara isu semasa?kenapa pelajar ckp isu politik nie isu yang perlu di elak, isu eeleekk, isu ngarut. mungkin mereka tak tahu lagi kot, Politik ekonomik adalah satu perkara yang interdependant. DEngan kata lain saling berkaitan. Bila da berkait dengan ekonomi, ia juga melibatkan isi rumah, perbelanjaan dan pergunaan, siapa isi rumah??mak bapak kita,dan kita sendiri la!.


Hari ni aku masuk kelas international business. Aku da tau lama pasal quiz online buat kat bilik. Tapi masuk sem nie dengan pengurusan yang baru, rate pun da baru. Haihh, nak amik kuiz online pun kene wajib beli buku skarang. Bukunya Rm60 above, dalam buku tue ade passcode untuk access ke laman quiz on9 tersebut. buku adalah keluaran McGrowHill. Pelik gak aku amende la pulak projek duit nie, da wajib pulak. Then, pelajar dikaburi dengan ayat usaha sendiri lah,berdikari, boleh jawab quiz dengan lebih baik. Kah kah kah. ape bende tah, pastu kene wajib beli buku. Dengan kata lain, tak beli buku tue, anda boleh sia2 hilang 10markah tue.Baru baru nie, ura ura spotcheck makin meluas nie antara hukumannya


Sebarang barang yang ada kat bilik


Iron : Dirampas
Puntung rokok : rm 10/unit
bantal lebih : Dirampas/ denda
Extension : dirampas
Speaker : saman rm 50 ke atas 
Pelekat pada pintu bilik : rm250
Periuk nasik : saman
meja besi kecik : saman


Haih, ape la pulak saman banyak nie, takkan uum tak de duit?mustahil. Saman tiap tahun byk dapt duit, ada staf pun penah cakap duit kebajikan pelajar da cecah rm3 juta lebih. Hilang mana? Takan nak student teka apa lagi projek duit berbayar lepas nie?Aku ingat masuk uum kos murah, hidup pun tak susah sangat pkir duit. Setahu aku ipta nie disedia untuk rolong orang susah, yang nak sambung belajar dengan menawar kos yang rendah. Nie juga adalah badan berkaitan kerajaan, pengurusan pun dah baru, pengurusan nie kerja dia kene fikir camne nak rendah kan kos bagi anakbuah dan keluarannya tapi dengan kualiti yang tinggi. 


Pasal isu bus pun satu, skarang bayarannya mungkin rm60 above lagi,. Kesahnya , dulu perkhidmatan bus free dan skarang dah berubah, dah kene bayar dengan service yang mengecewakan. Duk kat dalam hutan jauh dari a.star, tapi byr duit mahal, service pulak ciput je. Kat UPM bayar pun rm60 gak, tapi bus dia boleh bersaing dengan bus rapid kl yang tambang murah.. Bus upm bergerak sampai ke The Mines lagi untuk amik student dia, then student diorang tak bising pun, Bus diorang lagi baru dan cantik dari UNIC nie, kenapa macam tue ek? Bus Unic dalam UUM je, sampai ke chanloon pun tidak, bersaing dengan HBR dan mara yang harga mahal,susah gak ke? Mungkin kos kehidupan kat SIntok nie lagi tinggi dari Kuala Lumpur!haha.


Mungkin orang kate betul UUM= universiti untuk meniaga, universiti untuk menyaman,belum cerita pasal kosiswa yang konon nak bg ajar student meniaga, tapi tengok kat mall tue?da tak seindah macam aku baru masuk sini dulu yang mane time tue, kosiswa tak kate lagi nak 'tolong pelajar'. Tapi semua jadi macam pelik pas kosiswa amik alih, kosiswa pun pandai REMBAt duit ke?kah kah kah


Universiti untuk mengurus, first choice universiti? Visi tue masih terlalu jauh untuk dicapai,nampaknya bukan student je yang patut amik kos Pengurusan kat sini, staff dia pun kene pergi kursus pengurusan dan belajar apa tue pengurusan yang efektif dan efisien!


sekian


AnakMudadiary

Friday, July 16, 2010

Kenyataan Rasmi Ahmad Shazwan Berhubung kenaikan Harga Barang Semasa

Assalamualaikum w.b.t

  Serta salam sejahtera kepada pembaca bukan islam. Kenyataan ini saya lahirkan setelah dikecewakan lagi dengan tindakan kerajaan yang menaikkan harga barang dalam keaadaan ekonomi yang meruncing ketika ini. Ia mengingatkan saya mengenai kenyataan Datok Idris Jala bahawa Malaysia akan Bankrup menjelang tahun 2020 sekiranya pemberian subsidi diteruskan? Tetapi ramai menteri lain yang mengatakan fakta yang diberi Datok Idris Jala Adalah salah dan tidak bertanggungjawab.

 Ingin saya bertanyakan semula, dengan kenaikan harga minyak dan gula ketika ini menunjukkan kenyataan Malaysia Bankrap adalah salah? Atau kenyataan itu dahulu telah menyebabkan para menteri dan pemilik kereta besar tak senang duduk,?arak yang diteguk sudah berasa rambuta? Lampu bulat di kelab malam suram menjadi lampu pendaflour? Kenyataan itu juga menyebabkan pemidato tidak lagi bercakap 'sedap', suara mereka tersekat dan takut untuk melawan.

 Apa sudah jadi dengan model ekonomi baru PM najib? adakah kesannya yang meningkat yang degembar gemburkan adalh fakta atau tipu untuk memberi kesenangan pada rakyat malaysia? Dalam suatu ekonomi, petunjuk ekonomi yang mudah apabila harga barang naik tiba dalam beberapa tahun, maka ekonomi itu sedang mengalami masalah. Kehabisan aliran tunai, hutang minimbun, dan rakyat menanggung sengsara. Realiti ekonomi Malaysia masih baik atau tidak hanya diketahui para pemimpin besar sahaja, tapi dari tindakan mereka kita juga sudah boleh membuat kesimpulan awal. 


 Kenaikan harga barang dan minyak semalam juga menjadi tanda tidak akan ada pilihanraya mengejut seperti yang di ura kan oleh semua pemimpin politik, Keputusan kenaikan harga barang yang tidak popular ini pasti membawa keruntuhan kepada kerajaan BN pada masa kini yang sememangnya seperti kapal titanic menanti belah. Semua ini sekiranya anda mengikuti perkembangan nya, banyak novel pendek yang anda boleh karang.


Anda boleh agak bila harga barang akan naik, apa tanggungjawab media utama sebelum kenaikan dan selepas kenaikan harga minyak dan gula. antaranya


1. Gula tak baik untuk kesihatan
2. Rakyat Malaysia byk mengalami obesiti
3. Harga gula di Canada adalah murah
4. Minyak sudah habis
5. Harga minyak US meinigkat
6. Pencemaran udara
7. Rakyat perlu berjimat cermat
8. Ekonomi mempu melonjak


Kalau tak percaya anda hanya perlu lihat iklan tv, baca surat khabar utusan dan berita harian. Saya yakin anda akan menjumpainya. This calls CheaTS WITH GooDS. BErjimat cermat? perlu berjimat untuk beli barang dapur? barang keperluan??bagilah teori ekonomi mana yang kata begitu?Yang perlu berjimat adalah YB YB yang pergi melancong keluar negara, yang perlu berjimat adalah menteri yang ada kediaman peribadi di CAnada, yang perlu berjimat adalah Isteri Orang kenamaan yang syok berbelanja di Paris, Beli barangan COACH, yang perlu berjimat adalah orang menukar kereta nya setiap bulan
Yang perlu berjimat apabila ada pilihan raya kecik, jangan lah menaburkan duit rakyat sesuka hati semata mata ingin menang pilihanraya kecil.


Pembaziran dan ketirisan dalam aliran wang kerajaan juga perlu dikurang kan. Skandal seprti 12 billion pkfz??landasan keretapi bekembar, perwaja Steel dan Magnum yang melibatkan puluhan billion tidak sepatutnya ada. Jumlah semuanya menghampiri dan lebih 100 billion, Anda boleh kira Rm 100 Billion yang dijimatkan ini boleh menanggung keperluan subsidi yang dikatakan membebankan kerajaan! Berbanding kerajaan kata boleh jimat hanya RM753 juta setahun dengan pengmuman semalam.


Perlukah rakyat menanggung pembaziran dan perbelanjaan yb yang membazir ini untuk kepentingan yb ini sendiri?


Apabila ada harga barang yang menurun, anda nantikan itu adalah tanda pilihanraya semakin dekat.




sekian


Ahmad Shazwan Bin Abdul Aziz @ AnakMudaDiary
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...