i serve nuff nang

Tuesday, May 25, 2010

CErita Seni Di Malaysia

Assalamualaikum w.b.t

AnakMudaDiary kembali lagi....
Kali nie cerita pasal seni kat malaysia
Kenapa kita merundum??
1.Media Dan Seni Dikongkong


Hari ni tulisan anakmuda muda bertumpu kepada seni di malaysia.Firstly lebih suke untuk anakmuda menceitakan tentang perspektif seni itu sendiri. SENI bukanlah hanya sekadar berlakon dan menyanyi. Mereka yang bergiat di bawah SENIMAN adalah orang seni. Tapi adakah mereka yang tidak berdaftar tidak diangga orang atau anak seni?Seni meliputi konsep yang luas, dan asasnya ialah SASTERA. Semua seni ada sasteranya yang tersendiri, contohnya bagi suatu jalan cerita, akan diselitkan bait2 dan pengajaran di dalam suatu slot sebuah penceritaa. Tak kisahlah samada cerita berentuk cinta, rasuah, penipuan, action, ataupun horror. 


Jom kita kecilkan lagi skop kita dengan meliputi skop SENI di malaysia. Seni dimalaysia setelah 52 tahun merdeka hanya ade 2 zaman yang kita boleh bandingkan. Iaitu seni di zaman Tan Sri P.Ramlee dan seni di zaman teknologi yang meliputi rancangan tv berwarna. Tidak ketinggalan juga sajak2 dan penyair yang berbeza di dua zman. Lebih senang kjita membezakan antara dua zaman ini kerana perbezaannya yang begitu ketara. Yang mana dulu, orang kita meminati sastera dan karya penulisan berbanding dunia perfileman. Karya karya warga dulu yang bangkit menentang penjajahan sentiasa diratap dan dihayati sepanuh hati. Filem p.ramlee, yang mana peminatnya tidak pernah hilang ditelan masa. Ada saja. Kebanyakan ceritanya yang bergenrekan kelakar menjadi hiburan hingga kehari ini. Kerana ramai yang tahu cerita zaman P.ramlee membawa maksud yang mendalam kerana semangat patriotik beliau terhadap Malaysia dan tidak mengira batasan kaum. Dia tidak mengamalkan amalan 'BODEK' untuk menghasilkan karyanya. Karya yang dihasilkan boleh melakonkan watak Pemerintah iaitu 'sultan' yang berperangai tamak,baikhati,lucu dan mendengar cerita rakyat. 

Apabila kita tiba ke zaman 'Millenium', mampukah kita kasa hasil seni di malaysia adalah meningkat atau merundum? Hasil seni yang dihasilkan dengan asas cinta yang meleh leleh, tanpa ada DYnamic di dalam industri sendiri membuatkan penonton mandom dan menolak untuk menonton wayang dan prefer membeli CD cetak rompak. Sememagnya ada cerita yang dihasilkan oleh pengarah seperti Afdlin Shauqi yang mempunyai perspektif yang berlainan, ceritanya sentiasa menimbulkan buah fikiran di hati ni dan tunjuk telatah manusia dan bagi aku dia hampir menandingi bakat TAn Sri P.RAmlee. Bila cerita macam nie, ada Afdlin pernah keluar kutuk cetak rompak?tak rasanya sebab penonton pandai dan mampu menilai perkara nie, ceritanya selalu menjangkau BOX OFFICE. Afdlin tak mengikut arus industri seni, dia mengguna perspektif sendiri untuk menarik penonton. Saya suka mengatakan insdustri seni di mlaysia adalh merundum. Nak tau kenapa?kita tengok saja rating filem malaysia dan keseragaman cerita dengan tajuk yang berlainan. Sekarang tiada lagi cerita, fiem,sajak puuisi yang bercorak mengkritik pemimpin ditayangkan. Belum ada cerita yang memperlakonkan watak PErdana Menteri, watak menteri itu ini, lakonkan kelambatan polis, dan lakonkan penyelewangan dan rasuah. Ada cerita pun Gerak Khas, ronda ronda KL, dan sewaktu lagi. Cerita hyang bergenre Bodek ini hanya menunjukkan kecekapan polis yang tiada kelemahannya. Tiada lagi cerita yang melakonkan watak perdana menteri atau pemerintah diMalaysia seperti di zaman p.ramlee dahulu. Ini membuatkan para celik ilmuwan dan it menjadi boring dan bosan dengan karya yang seragam dan membodek dimalaysia.



Mungkin ada kalangan pembaca pernah totntoni cerita GADuh (2009). Cerita menunjukkan realiti kehidupan bangsa dimalaysia.Cerita ini tak de elemen bodek ia tunjukkan student yang dari kecik dah diasah dengan budaya Perkauman.TApi adakah cerita mendapat hak untuk ditotton awam?tak!ceita ini hanya dapat ditonton secara underground macam cerita murah!!. Tapi bagi AnakMuda nielah cerita paling MAHAL di Malauysia buat masa ni.

Nak bandingkan Malaysia dengan barat??Mengarut, jangan kate teknologi yang digunakan, even jalan cerita sekalipun mustahil dapat menandingi diorang. Diorang dengan mudah mempertonton pelakon yang membawa watak presiden amerika, dan lakonanya bukan MEMBODEK,mereka mendedah kegiatan rasuah dan rompakan berlaku kat sana. Ada kisah benarnya, cerita seperti 'CAtch me If YOU can' cerita sepanjang zaman,21 black jack,newyork gansta,dan kisah benar 11 september. Mereka boleh tunjukkan ejen FBI dan POLIs yang bersifat jahat dan tidak mementingkan keselamatan rakyat mereka. Pengarah diberi kebebasan untuk berkarya, kita boleh lihat sendiri kalau pembaca peminat filem dari barat.Banyak lagi cerita seperti New york gangster yang mane cerita realiti penubuhan bandar new york,Philidephia, dan pastinya, cerita mereka yang  2jam ini lah cerita yang berjaya menarik rating penonton yang tinggi di sana berbanding diMalaysia ceita yang berbentuk realiti, hanya 30 minit, nak teka ape?'Siri Kisah Benar'.haha

Yang anakmuda nak hilite disini bukanlah kita pergi mululu mengikut cara orang barat,Malaysia ade ceritanya tersendiri, ade bangsa dan budaya tersendiri. Tapi apabila amalan bodek makin berleluasa,makin menyampah pulak dibuatnya. Cuma mahu industri SENI Malaysia lebih BEBAS dan KREATIF. Pengkritik dianggap pengkhianat tanpa sedar KRITIKAN ADALAH SENI. Yang mane setiap kritikan akan libatkan kehendak untuk memperlihatkan,mengharapkan sesuatu yang lebih baik bukan mengharapkan sesuatu yang buruk. Hasil hasil sastera juga nilainya semakin rendah. Bicara yang mebodek kerajaan sahaja dipublishkan ke stesen tv,radio dan surat khabar. Apabila TUn Abdullah, banyak lah hasil seni menceita islam hadari, apabila tiba PM Najib, berpuasilah pula si pembodek mengenai 1malaysia dan peminat tanpa sedikit persoal curiga dan ternyata tu lah cara paling mudah untuk dapat royalti hasil mereka. 

Media dikongkong. Sebarang penceitaan yang akan membuka cerita Realiti di Malaysia akan disekat, seperti dokumentari Empangan Bakun yang diharamkan tanyangan di TV2. DEbat2 bahas2 politik yang bersifat melobi juga tak kurang hebatnya,nie lah realitinya. Apabila industri dikongkong, pengarah filem juga akan kering idea dan hanya mampu buat cerita yang suam2 sejuk je sambutanya. Kebebasan media harus diberi. Komik Kartun 1malaysia oleh zunar juga munkin boleh dijual, sajak dan puisi yang mengkritik juga perlu diberi ruang untuk dapat royalti hasil mereka. Cerita yang berbentuk underground dan realiti malaysia perlu diberi ruang yang lebih besar dari memberi ruang cerita tangkap leleh untuk dihidang kepada penonton.



Penonton dan peminat seni Malaysia menanti Kebangkitan SENI di MalaysiA!!
Berikan Seni kebebasan!!keRAna Kebebasan juga adalah suatu SENI!!

 Sekian...
AnakMudaDiary @ PMAC

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...