Maybe saya juga tak reti berfikir
Assalamualaikum w.b.t. Anakmuda kembali lagi kali ni untuk posting ke 22. Banyak yang telah berlaku sepanjang cuti anakmuda nie selain dating2 lar kan.Ini post berkaitan isu semasa dam agak terkejut sebenarnya
Menarik, barulah terpandang dalam keadaan Malaysia begini, sedarlah kita sebenarnya menuju ke arah pemikiran yang tidak lagi dikongkong, rakyat sudah sedar dan mara menuntut perubahan. Duit mungkin mampu beli rakyat, tapi proses pengundian di Sibu hari itu menunjukkan rakyat tidak lagi mudah digelapkan dengan duit yang di'sedekah'.
Kali ni post mudah je, kalau 'dulu saya bangga...sekarang?'
- Dulu saya bangga bila belajar ekonomi, tau malaysia tak mengiktiraf hasil perjudian dan perlacuran.
- Dulu saya bangga bila diberitahu kita adalah negara islam yang jadi contoh di OIC tanpa pikir bini PM time pakai tudung ke tak?
- Dulu saya bangga bila tau negara kita membekalkan petrol paling murah dan berkualiti dan diuruskan dengan baik oleh petronas
- Dulu saya bangga bila tengok cerita gerak khas pasal kecekapan polis dalam menguruskan jenayah.Terornya mereka menembak
- Dulu saya bangga Dr.M membaiki ekonomi tanpa membohong rakyat bahwa eko malaysia memg bermasalah,
Ada banyak lagi, siapa siapa sudi tambahkan tak?tak larat nak post panjang panjang.Tapi yang nyata, waktu saya bodoh dulu, saya selalu bangga membuta tuli, sekarang Alhamdulillah dah ada ilmu sikit,mungkin boleh ditipu lagi, tapi tak mudah la kan.
Sekian,posting kali ini dari anakmudadiary,harap readers boleh komen untuk tambah isi. Setiap isi lagi baik dari termenung tanpa berfikir.
Sekian
PMAC @ AnakMudaDiary
No comments:
Post a Comment