i serve nuff nang

Tuesday, April 13, 2010

Sokonglah Hak Keistimewaan Orang Melayu;;;AnakMudaDiary


MARILAH KITA BERSAMA-SAMA MEMARTABATKAN DAN MENINGGIKAN KEISTIMEWAAN MELAYU.

Assalamualalikum w.b.t
Alhamdulillah..dalam kesibukan peperiksaan. Anakmuda sempat untuk post lagi artikel kat blog. Atas sokongan anda dan kudrat yang ada, insyaallah aktiflah blog ini hingga akhir hayat anakmuda nanti. Kali ini, anakmuda nak bukak minda pembaca melayu, cina dan india mengenai hak keistimewaan orang melayu. Terutama kepada yang menentangnya,dan peringatan anakmuda, MELAYU...sedarlah..

Kita analisis dengan lebih terperinci pertikaian, perdebatan dan isu mengenai Hak Keistimewaan Orang Melayu yang sering diperkatakan.



Situasi 1 : Dunia menentang Amerika Syarikat atau dunia sebenarnya menentang George W Bush apabila beliau melancarkan peperangan dan serangan ke atas Iraq? Cuma secara kebetulan beliau merupakan seorang Presiden Amerika Syarikat maka seluruh dunia terus tanpa disedari menentang Amerika Syarikat seolah-oleh keseluruhan negara dan Amerika Syarikat yang seharusnya dipersalahkan dalam isu ini.

Cuma bayangkan kalau pemerintah itu bukan Bush tetapi Bill Clinton yang tidak menyerang Iraq. Adakah dunia akan menentang Amerika Syarikat? Jawapan ini jelas membuktikan kepada kita sebenarnya dunia menentang Bush dan bukan Amerika Syarikat. Dan lebih tepat kita juga bukan menentang Bush sebagai seorang manusia tetapi hanya kerana tindakannya terhadap Iraq. Kalau Bush tidak menyerang Iraq maka Bush juga tidak akan ditentang.

Natijahnya, masyarakat bukan Melayu sering dituduh menentang keistimewaan Melayu tetapi kalau kita fikir kembali dan berbanding dengan situasi di atas sebenarnya rakyat menentang Hak Keistimewaan Melayu atau sebenarnya menentang pelaksanaan hak keistimewaan orang Melayu oleh pelaksana keistimewaan Melayu?

Kalau Hak Keistimewaan orang Melayu dilaksana dengan baik, bersih, adil, cekap dan amanah maka mengapa perlu orang menentang Hak Keistimewaan Orang Melayu? Sebab itu masyarakat hanya menentang cara pelaksana yang memerintah negara selama 52 tahun dalam melaksanakan Hak Keistimewaan Orang Melayu. Kalau hak keistimewaan itu tidak baik, adakah persetujuan Barisan Nasional yang membawa kepada kemerdekaan Malaysia dulu tidak munasabah, padahal kita diberitakan dengan berita waktu itu, semua kaum bersatu?

Lagipun antara orang-orang Melayu yang kaya di Malaysia seorang adik kepada seorang Perdana Menteri. Seorang anak kepada seorang bekas Perdana Menteri. Seorang lagi menantu kepada seorang bekas Perdana Menteri. Kalaulah ini Hak Keistimewaan Melayu yang hendak kita perjuangkan. Kalaulah Melayu sendiri pun bersetuju dan suka orang yang 'tertentu' sahaja.Ahaks...

Maka kepada bukan Melayu hari ini AnakMuda sarankan kamu semua supaya mula berdiam dan jangan lagi bersuara. Biarlah Melayu sendiri merampas Hak bangsa mereka sendiri. Sebab bila kamu bersuara kamu dituduh biadap, bersifat perkauman, dan mempertikaikan Hak Keistimewaan mereka.

Kalau kamu ditindas pun banyak lagi Melayu di negara ini juga ditindas oleh Hak ini. Kalau Melayu lain hendak keadaan Hak Keistimewaan Melayu kekal begini mengapa anda semua harus bersuara? Mungkin bila majoriti Melayu semakin ke belakang mereka hanya akan mula merindui suara-suaramu

Ini agenda pertama anakmuda, kita pergi on by one, insyaallah anakmuda akan bawa agenda seterusnya kepada anda dalam posting yang lain.

Hak Istimewa Ekonomi

Kaum bukan Melayu tidak perlu lagi terus bersuara. Mengapa hendak bersuara jika Melayu selesa dengan keadah DEB ini untuk menjajahi bangsa mereka sendiri? Lagipun ramai dalam kalangan kamu untung melalui konsep Ali Baba.

Anda sepatutnya berterima kasih kepada DEB. DEB yang menjadikan anda semua berdaya saing. Anda terpaksa bekerja dan berusaha berlipat kali ganda untuk meneruskan kehidupan ini dan keadaan ini menjadikan anda semua berjaya.

Situasi 2 : Isu DEB ibarakatkan kalau ada ujian di sekolah. Markah 30% terus diberi kepada Melayu. Mereka hanya perlu 10% lagi untuk lulus dan 50% lagi untuk mendapat A dalam ujian tersebut. Maka sepatutnya mereka berusaha mendapatkan 80% mereka hanya perlu berusaha mendapatkan 50% untuk dapat A.

Sekali nampak memang banyak membantu mereka. Sebab itu banyak statistik menujukkan kejayaan DEB dalam membasmi kemiskinan. Namun realitinya keadaan ini sebenarnya melemahkan mereka atau memperkuatkan mereka? Bagaimana mereka boleh hidup dalam dunia sebenar jika kualiti mereka sebenarnya hanya 50%? Sebab mereka akan set dalam minda mereka untuk hanya dapat 50% untuk dapatkan A.

Ya. Anda semua mungkin perlu susah sedikit. Banyak membaca. Perlu berusaha dapatkan 80%. Akhirnya kamu juga tetap yang untung. Keadaan ini menekan kamu untuk menjadi lebih baik.

Jangan lihat pada markah tapi usaha. Usaha mereka 50%. Usaha anda 80%. Siapa yang untung dari segi usaha?

Falsafah dan perlaksanaan ini seolah-olah pepatah English giving a person a fish to eat instead of teaching them how to fish. Maka jika benar satu hari nanti penjajah mereka sudah tidak dapat membekalkan mereka ikan dan mereka tidak tahu cara menangkap ikan.

Kamu rasa kamu semua yang sudah tahu cara menangkap ikan tanpa diberi. Siapa yang lebih untung? Sebab itulah banyak Ali Baba sebab mereka perlukan kamu untuk menangkap ikan untuk mereka.

Itupun penjajah hendak marah Melayu. Kata mereka mudah lupa. Kata mereka jual hak mereka. Tapi mereka tidak sedar sebenarnya penjajah sendiri yang patut dipersalahkan. Siapa suruh anda tidak mengajar orang kamu untuk menangkap ikan? Siapa suruh kamu asyik bagi ikan? Sebab itulah mereka perlu mencari orang lain untuk tangkap ikan untuk mereka. Jangan salahkan mereka kerana mereka berbuat demikian disebabkan kegagalan sistem kamu sendiri.

Oleh itu, kepada bukan Melayu. Mulai hari ini jika mereka suka bangsa mereka dijajah dan selama-lamanya tidak tahu menangkap ikan dan kamu tahu walaupun perlu bangun awal-awal pagi untuk menangkap ikan dan kerja susah tetapi apa ruginya anda semua selain susah sedikit?

Analoginya. Skim Cepat Kaya memanglah dalam masa jangka pendek menguntungkan. Jangka pangjang?Kan?


Hak Istimewa Dalam Pentadbiran Awam

Mengapa harus berbuat bising jika anda semua yang tak dapat atau ada yang tidak berminat hendak memasuki sektok pentadbiran awam dan kaki tangan kerajaan anda semua untuk banyak di sektor swasta bahkan anda yang membuka gerai kecil di pasar pun keuntungan lebih lumayan berbanding majoriti yang bekerja di sektor awam.

Gaji mereka hanya cukup sekadar kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Biarlah mereka kalau mereka hendak terus tinggal dalam Hak Keistimewaan ini. Mereka yang susah dan bukannya kamu.

Cuma dalam isu ini anda akan dituduh tidak mahu menerima mereka di sektor swasta sedangkan majoriti mereka tidak berani mencuba nasib di sektor swasta yang jauh lebih berisiko dan mencabar. Mereka hendak aman dan tenang di sektor awam.

Kualiti mereka lemah sebab mentaliti mereka semua terikut dengan keluarga dan ibu bapa mereka yang selamat dan cukup selesa di sektor awam sehingga mereka tidak mampu berdaya saing di sektor swasta. Anda rugi atau tidak?

Biarlah kalau Hak Istimewa mereka dalam sektor awam. Sebab kamu hendakkan pekerja yang tahu menangkap ikan. Kalau kamu terus menentang nanti semua lambakkan yang tidak tahu menangkap ikan memaksa kamu mengaji mereka pula di syarikat kamu.



Hak Istimewa dalam Pendidikan

Keadaan ini lebih merugikan mereka daripada merugikan anak anda semua. Sebab keadaan ini membunuh bangsa mereka yang benar-benar bijak dan berkebolehan. They are killing their own best students. Mengapa? Kalau hanya yang betul-betul layak secara sihat bersaing maka Melayu yang layak dan berkualiti tersebut akan bersinar di antara semua dan kualiti mereka boleh digunakan untuk menyumbang kembali kepada negara dan bangsa mereka.

Kalau mereka lambakkan mereka yang separuh separa dan suku layak keadaan ini tidak akan memberi kelebihan kepada pelajar Melayu yang terbaik sebab kesemua mereka adalah sama dan sukar untuk kita bezakan yang mana adalah terbaik.

Mereka sebenarnya walaupun menyusahkan anda semua tapi secara tidak langsung juga telah membantu menapis yang terbaik dalam kalangan yang baik. Anda juga yang untung. Sebab semua yang baik akan bersaing untuk menjadi terbaik. Berbanding mereka semua yang sederhana hanya akan bersaing untuk menjadi baik.

Dan kalau mereka benar-benar adil kepada anda semua tidak semestinya baik untuk anda semua. Sebab itu ramai dalam kalangan anak anda dihantar ke luar negara untuk belajar tidak kira terpaksa atau secara sukarela. Bila kembali ke negara permintaan terhadap mereka jauh lebih tinggi dalam pasaran kerja.

Lambakan Melayu dalam IPTA hanya memberi peluang kepada Melayu berebut dan bersaing dengan Melayu sendiri sahaja.

Anda rugi atau Melayu rugi?

Kalau Melayu rugi anda mengapa perlu bising lagi? Biar sahajalah sebab Melayu sendiri tidak kisah.

Mereka terlalu suka memegang kepada falsafah hak mereka sebab mungkin sudah lama dijajah.

Sebab kalau kamu diam. Percayalah sistem dan hak ini akan satu hari nanti menyebabkan Melayu sendiri bangun menentang Hak perlaksanaan hak mereka sendiri. AnakMuda berani bertaruh dan menjamin. Ada masanya Melayu sendiri akan menentang sistem dan perlasanaan hak ini bila mereka semakin lemah dan menderita. Biar sahaja mereka terus percaya akan membantu mereka. Biarlah mereka pilih dibantu oleh Hak ini. Bila sampai masa mereka bangun dari tidur dan rasa mereka telah terpedaya dan ditipu oleh retorik dan gimik serta dijajah selama ini mereka akan dan pasti menentang pelaksana-pelaksana dan pejuang keistimewaan yang sedia ada.

Anda juga tidak perlu lagi dituduh tidak menghormati mereka.

Sesungguhnya silapnya bukan pada haknya! Silap pada pelaksana yang melaksanakan hak tersebut.

Sekian;;AnakMudaDiary

RACIST BROUGHT TO BAD IMPLICATIONS

LETS KICK RACISTSM OUT OF MALAYSIA

4 comments:

  1. haha... very well written... kill 2 birds with one stone

    ReplyDelete
  2. didnt mean to kill anyone..just one to make these to alive and leave with harmony

    ReplyDelete
  3. good job. keep it up yah! this country need more people with insight like u...

    ReplyDelete
  4. thx bro;;share my believe;;;need more helpp;;;

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...