i serve nuff nang

Tuesday, April 6, 2010

Bersajak dikala Sunyi dan TErtekan;;; ;);;Dari ANakMuda buat Si AnakMuda



AnakMuda
Bangkitlah
Masih ingatkah dikau
disaat kau dilahirkan
Senyuman keriangan mengiringimu
Laungan azan dialunkan ditelingamu
Bait bait Iqamah didendangkan
untuk tatapan hari hari mendatang

AnakMuda
Tahukah kau
Berkumpul jiran dan saudara mara
mengiringi kelahiranmu
Sedarkah kau akan keriangan ibumu
umpama panglima perang
yang berjaya melangsaikan tugasannya

AnakMuda
Sedarkah kau
Hidup di dunia yang fatamorgana
Jauh kau nampak keriangannya
Bila kau dekatinya, kehausanlah kau
kerana terpedaya oleh tipu helahnya

Anakmuda
Kawan kawan menjadi kepentingan kau
Kau terlupa akan si ibu
yang melahir dan membela kau
Beranjaklah kau, dengan redha keluargamu
semuanya berada di hujung jari engkau

AnakMuda
Kehidupan
Dunia penuh dengan tipu daya
Ada yang menikammu dari belakang
Sekiranya kau terlambat untuk menangkis
Janganlah diperlakukan perkara sama
kerana takot kau hanya
akan dikuasai sifat amarahmu

AnakMuda
Bersenilah
Seni mencipta revolusi
Seni mencipta idea
Seni melahirkan sesuatu yang baru
Jangalah kau berang apabila dikritik
kerana kritikan itu adalah
anak kepada SENI

Berevolusilah kau

Janganlah kau berseloroh panjang
apabila kejayaan mengiringimu
janganlah pula kecewa meniti
titian kegagalan

AnakMuda
Kaulah pencipta revolusi
Keulah pengendala dunia
berhati hatilah di setiap
langkahmu

kerana
Dunia memerhatikanmu

sekian PMAC @ AnakMudaDiary

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...