Sejarah kita pelajari...mana silapnya???
Kesilapan wujud kerana penekanan pembelajaran sejarah amat dikaitkan dan disangkutkan dengan beberapa tokoh dan individu. Ketika kita belajar sejarah atau tawarikh – anak-anak sekolah selalu dipaksa untuk mengenal nama, apa yang berlaku dan tahun berapa kejadiannya.
Pembelajaran dan pemahaman sejarah cara ini tidak penuh. Sejarah menobatkan si anu dan si anu sebagai manifestasi dalam babak-babak sejarah agar ia dapat difahami. Hakikatnya, perjalanan sejarah tamadun manusia lebih luas daripada hanya mengenali nama orang, nama tempat dan tarikh berlaku.
Pendekatan sejarah jenis ini dilakukan untuk permulaan pengenalan kita dengan babak sejarah. Contohnya, memang lebih senang untuk kita memahami Revolusi Bolshevik 1917 atau Revolusi Tiongkok 1949 dengan melihat peranan yang dimainkan oleh Marx, Lenin, Trotsky, Mao, Chao En Lai atau Sun Yat Sen.
Tetapi harus disedari bahawa susuk-susuk ini sebenarnya hanyalah manifestasi daripada babak sejarah itu. Melalui susuk-susuk ini, kita akan dapat memahami perjalanan babak sejarah tersebut. Kita memahami sejarah melalui peranan yang dimainkan oleh susuk ini. Tetapi sejarah perjalanan tamadun manusia lebih luas daripada peranan sejarah susuk-susuk ini.
Individu memang diakui memainkan peranan dalam sejarah tetapi ia hanya sebahagian daripada lakaran sejarah pergerakan tamadun manusia.
Sejarah perubahan sosial manusia bukan dibuat oleh individu tetapi oleh orang ramai. Orang ramai - rakyat jelatalah - yang sebenarnya mengubah perjalanan sejarah. Kemerdekaan republik Indonesia tidak akan wujud jika orang Indonesia tidak menyahut panggilan Bung Karno. Tiongkok akan terus dijajah jika suara Mao tidak dipedulikan oleh berjuta-juta orang China.
Di Malaysia, terlalu ramai politikus yang menyangka bahawa susuk mereka cukup penting untuk membawa perubahan sosial. Ia anggapan yang amat salah. Susuk memang penting tetapi jika rakyat tidak mengambil pot, susuk ini akan terpeleok.
Cuba perhatian bagaimana Mat Ezam (Mohd Nor) dilihat bagitu gedebe ketika zaman Reformasi. Beribu-ribu orang datang mendengar ucapan Mat Ezam. Mat Ezam dilihat gah hingga dia berasa bahawa tanpa dirinya maka reformasi boleh kecut dan kempis. Congak ini salah.
Mat Ezam hanya menyuarakan pandangan dan keinganan orang ramai yang ingin berubah dan melakuan rombakan sosial. Mat Ezam hanyalah manifestasi daripada harapan ini.
Buktinya: sebaik sahaja Mat Ezam meninggalkan PKR, Mat Ezam sendiri menjadi kempis dan kecut. Kalau dulu berduyun-duyun rakyat datang berkumpul mendengar Mat Ezam. Sekarang mereka berduyun-duyun meninggaklkan Mat Ezam.
Kesian, apabila dilaporkan bahawa ada kalanya ceramah Mat Ezam tidak cukup jemaah - untuk bersembahyang Jumaat; kalau dahulu, sepuluh masjid tidak mencukupi. Ini adalah hakikat sejarah - kerana sejarah dibuat oleh orang ramai, bukan oleh individu.
Jadi, sedarlah sahabat dan rakan rankan sekalian..kita adalah pencipta sejarah..
bukan aku
bukan kau...tapi kita dan mereka....
Ombak rakyat yang mahukan perubahan tidak akan mengambil kira berapa tebal lilitan serban sang politikus. Tidak kira berapa banyak ijazah yang telah dibeli, tidak kira berapa ramai raja yang telah memberi gelaran Tun Tan Tin.
Apabila ombak rakyat sudah sampai – semua akan lingkup.
Dalam arus perubahan yang kita lihat pada tanggal pilihanraya dahulu adalah contoh orang ramai telah membuktikan bahawa mereka ingin berubah. Apabila rakyat ingin melakukan perubahan, tidak ada satu pun kuasa dalam dunia ini dapat menahan ombak itu...percayalah dan marilah membentuk perpaduan...nescaya
SEJARAH AKAN TERCIPTA
Huhu..its a good one..yes i agree with it...
ReplyDeletethx...our youth generation should think to challenge...
ReplyDeletelike study...why we think it would be
1 + 1 = 2 , it not be 1 + 1 = 3...
Ahmadchin
kalau nak copypaste tulisan orang pun at least letak kredit lah. letak lah "dipungut dari Tukar Tiub"
ReplyDelete