i serve nuff nang

Friday, February 24, 2012

Aku islam yang tidak menghina bangsa dan agama lain

Assalamualaikum
Selamat Selamat

okay, lepas beberapa hari aku tinggalkan blog ni, aku jadi boring. rindu gila nak menulis, aku akan teruskan azam aku untuk jadi penulis blog, walau tak reti nak ajak orang baca macam mana, tapi at list kalau aku mati awal, ada nak, dia akan dapat lihat dan komen legasi pandangan aku kat dunia ketika aku hidup. Tinggalkan anak dengan harta je masih belum cukup berbaloi, aku akan tinggalkan dia pandangan dan pendapat, yang mengajak dia berfikir.

"Duhai anak, diwaktu 
papamu ini masih hidup, usia mencecah 24 tahun, papa telah pun lebih membuka mata melihat dunia. Ketika ini, kami sedang berhadapan identiti krisis, akibat dari ketaksuban kepada selebriti, ustad selebriti dan ulama' sehingga terlupa yang diri ini boleh berfikir sendiri. Dikala ini, banyak projek projek yang terbentang menggunakan nama islam, kononnya mahu membela umat islam yang katanya ditindas, ada yang terlalu agamist sehingga tak sanggup tidak menerima kewujudan kerpercayaan lain selain dari kepercayaan mereka. Kala ini, kami menggunakan facebook, ramailah pendakwah selebriti yang diikuti, banyaklah status2 mereka yang kononnya mahu menjadikan diri mereka hero agama, sedangkan mereka itu ada rasa 'diri aku lebih baik dari dia tu'.

Wahai Anak Kesayanganku
Papa juga sedang berkrisis dengan masyarakat, papa tidak sehaluan dengan kebanyakan umat islam melayu ini. Tidak pasti, papa dikrisiskan atau, masyarakat kita dalam krisis. Iaitu mereka memandang semua orang kristian dan yahudi sebagai perosak dunia. Tahukah kau anak, mereka amat sensitif apabila dikatakan orang yahudi mahu masuk kerumah mereka kerana pada mereka yahudi ini adalah bangsa laknatullah, sedangkan orang islam yang mennyalahguna kuasa juga patut diberi gelaran yang sama.

Duhai anak,
Orang islam ketika ini sangat sensitif jika babi, arak, yahudi, kristian masuk ke rumah mereka. Tetapi mereka melompat gembira jika ada orang kaya datang membawa berguni guni duit kedalam rumah mereka tanpa rasa risau. bagi papa, mereka ini kuman diseberang laut nampak tetapi gajah didepan mata buat donno. Kenapa? ini kerana umat islam di negara malaysia sekarang sedang sebok menyebarkan cerita mengenai orang orang di palesti yang ditindas oleh yahudi. Namun, mereka terlupa orang di tanah kampung baru bandar kuala lumpur sedang ditipu hidup2 tanah mereka yang katanya akan dimajukan. Mereka tak kisah pon melihat kehidupan orang2 yang susah yang mana dikejar along, dikejar JAIS, yang tidak dapat zakat akibat terlalu banyak kerenah birokrasi. Sedangkan yang buat itu adala orang islam sendiri. Berapa banyak pula orang islam yang kaut keuntungan, makan komisen, dan ada beberapa orang besar di ketika ini, tidak perlu bekerja banyak, namun baju disalut emas kuning, membeli kereta kereta mahal boleh minta tanah rakyat sesuka hati. Dan mereka ialah orang islam.

Wahai Anak yang aku sayang
Papa tidak akan mengajarmu bersikap racist, ataupun agamist, papa hanya mahu kau membentuk peribadi diri. Jika kau sayangkan agama kau, bukannya kau menutup pintu kehidupan agama lain, tetapi kau pahatlah islam sebaiknya di hati kau. Kerana orang sekarang menganggap orang Nasrani boleh buat magik, dengan BIBLE android, makan di gereja, orang islam akan terus jadi murtad. Kau tahu tak anak, papa juga menggunakan quote2 dari tokoh komunis dan yahudi, mahupun nasrani, namun tidak pernah terlintas pon untuk menukar agama. Orang islam zaman ini sangat pelik, mereka percaya agama islam benar disisi tuhan, tetapi kelakuan mereka ibarat mengiktiraf agama lain pula yang seperti ada mukjizat dengan mudah boleh membuat orang islam menukar agama. Pada papa, mantapnya agama bukan kerana ada pahlawan perang, tetapi kerana mempunyai ciri baik dan murni yang diketengahkan dalam kehidupan. jangalah kau berkasar terhadap yang bukan islam, mereka adalah saudara kau, jika kau percaya tuhan Allah menciptakan manusia, maka wajib juga kau untuk menyayangi orang bukan islam sejujurnya.

Duhai Anak
Ketika zaman ini, umat sedang dikepala banakan, mereka sangat mudah percaya dengan kata kata orang yang balik dari haji, mereka sangat mudah terikut dengan membuta tuli. Sedangkan Allah sudah mengurniakan akal untuk berfikir, dan beberapa kali ditanya didalam kitab 'Tidakkah kamu dari golongan yang berfikir?'

Anak, selagi mana seseorang itu baik, maka lindungi dan dampingilah dia tidak kira bangsa yahudi mahupun nasrani, papa tahu kau adalah anak yang akan jadi pendita. Papa dizaman agama sedang dijual beli untuk meraih sokongan dan kepercayaan, sentimen digunakan untuk memecahbelah.Dan lebih menyedihkan, umat islam sangat suka libatkan islam dengan kes tudung dan free hari, kes zina dan sex, kes orang tak sembahyang, tanpa mereka terfikir sedikit pon apakah hak orang susah didalam sesebuah negara. Sedangkan agama sangat menitik beratkan kebajikan dan hubungan sosial dalam sesebuah masyarakat.


Anak, sedang orang islam sendiri sedang terkial mencari apakah tanda kebagusan islam, namun orang islam lebih sibuk berhimpun dalam isu akidah, sedangkan lebih baik mereka join cuepacs dan berjuang untuk meningkatkan had gaji kepada lebih tinggi.


With regards
Ahmad Shazwan 
AnakMudadiary

Puisi untuk Dia yang Aku Damba

Tidak pernah gagal mencuri hati

Tidak tidak pernah tewas memenangi diri
Tertaut bukanlah kerana rupa
Tetapi kesenanganmu memberi derma

Setiap langkahnya didahului makna
Setiap renungannya mencari ilham
Melangkah untuk membela
Merenung kerana hiba

Selalu didampingi senyuman
Kadang malu pipi kemerahan
Senyumannya memberi cahaya
Malunya memupuk keimanan

Sederhana dan Cool
Tidak tipikal, counter culture
tidak malu membela yang susah
Tidak alpa dihimpit kemewahan
Tidak menghina mereka yang berbeza
Berhikmah, itulah pedoman

Ya,
bila terlihat, mata menjadi redup malu
Kening melentuk malu
Adakah diri ini layak untuknya?
bukanlah cinta
Jika hati hamba tidak terasa hiba
Kadang rasa diri ini selalu meluka
Tidak mampu menghargaimu
Insyaallah,
Selagi kudrat masih bertakhta
kau tersenyum bahagia.

Kala diri terhimpit
Kala bila diri memerlukan rasa berseorangan
Kala diri merasa hina
Walaupun cinta tidak berbalas
Kau masih memberi nyawa

Sekian
AnakMudaDiary

Monday, February 6, 2012

Israel dan Boikot

Sejahtera

Aku menulis ini sekitar 7 Julai 2012 dalam masa 7 hari lagi yang akan diadakan tibanya hari berkasihan, V Days. Takpon umat islam suka bercerita hari ini hari maksiat, hari murtad, hari beromen2 yang sebenarnya kadang2 takda bukti jelas pon. Sekadar berita kat buletin utama tv3 siarkan anak2 muda yang ditangkap basah yang aku rasa budak2 ni tak amek hak diorang apape pon. Anyway, JAKIM, JAIS, Mahkamah syariah, semua act seperti jabatan anti Sivil dan Sex (JASS) atau Jack AsS!. Al maklumlah, umat islam hari ini sangant suka berita berita dan agenda seuksualiti dan hal dalam kain orang lain berbanding hak orang lain yang ditindas.

Aku mula menulis untuk V days ni pada tahun lepas, macam biasa, orang akan terasa aku ini mengikut budaya kafir yahudi yang ingin merosakkan islam. Dengan kononnya sejarah itu berkaitan turunnya raja sepanyol ketika itu yang bagi aku sahih ke tak, sedangkan hang tuah pon dipertikai, kah kah kah.

Israel. Aku sebenarnya memang tak da masalah kalau malaysia nak berdagang dengan negara israel ni. Benda ekonomi beb, aku tak tahu kenapa dari kecik aku dah disurahkan supaya membenci israel, haram berniaga dengan israel, sedangkan dulu Nabi Muhammad S.A.W sendiri bagi makan kat orang israel buta yang benci dia sendiri. Mengatakan haram berhubung dengan israel samalah macam haram kau guna mana2 bank, bank islam jadah apa semua yang ada interes riba' dan konon ada yang nama ujrah, islamik? ceh. Tukar nama sajalah. takkan tak dapat kot?

Aku ber'ym' dengan orang israel, dia sangat cool, cool dude, dia mengutuk orang israel aku mengutuk orang islam. So we could be nice fren, akalau aku cerita pasal ketuanan islam pada dia, apa mau dapat, instead, dia sangat jujur dan baik dalam berkata2.Point orang Malaysia benci Israel? Palestin! for sure! aku tak nafikan kalau orang palestin hidup tertekan dan sebagainya. TApi aku jadi rimas bila tengok semua duk post pasal amerika rogol, israel bunuh, hoi! dekat negara iran tu pergi google sket kes orang ditindas ko akan jumpa jugak, pergi google kat china kaum yang ditindas, negara pakistan yang menindas orang kristian dekat sana? Aku jugak terjumpa tahanan iran yang dipukul hanya sebab tak pakai tudung, apa kes? ke korang ijinkan pukulan tu sebab dia tak pakai tudung? duh.

Boikot. taksilap aku dari aku form 5 lagi aku pernah jumpa benda2 artikel pasal boikot2 produk yang kononya memberi duit pada yahudi dan israeliat ni. Lets see a shorter effect, kau boikot mcd malaysia, then kilang mcd tutup, ko ingat kilang tu tutup macam tu je? weh banyak lagi tanah negara lain boleh dibukak dan jana balik untung ini. Dalam ilmu ekonomi kapitalist, agenda bukan nak memurtadkan orang, tapi menggemukkan orang, dan mengkayakan tuan modal. Dan bila kau boikot ni, aku akan tengok brother delivery, awek jaga kaunter yang kau suka usha tu jugak hilang kerja dan merempat. Bila takda kerja, akan mulalah kes kes mencuri merompak sebab tandus takda duit. Itu lagi buruk.

Dari ko boikot mcd, baik ko tutup akaun dari mana2 bank, jangan buat loan dengan mana2 bank, sebab akhirnya duit tu akan potong dan sampai ke bank dunia. Dan bank dunia ni lah barua besar yahudi yang korang benci gila babi tuh sampai tak nampak negara islam sendiri yang buat tindasan kat agama dan kaum2. Atau, sebab negara tu negara islam, so kau akan biarkan orang bukan islam ni tindas atas sebab itu 'negara islam'? begitu?

Sekian
AnakMudaDiary

Thursday, February 2, 2012

Mengadu Dengan Tuhan

Tuhanku
bilakah diri ini akan kembali 
kepada fitrah sebenar
Di kala malam, sedang aku 
menulis keluhan ini
Aku mungkin masih beringat

Dikala siang pula,
Esoknya aku akan lupa
Di petangnya aku alpa
Ya Allah
Kau Pengasih dan Penyayang

KAta kata itu.
Selangkah aku cuba mendekatimu
Seribu langkah Kau mendekati aku
Ya benar, dikala ini,
Aku dapat rasakan seram sejuk itu
Walaupun dosa yang bertimbun dikhabarkan kepanasan
Adakah seram sejuk ini petanda
Kau sedang murka pada tulisan ini
Atau Kau masih memberi keampunan
Iaitu Melalui sejuk ini,
Kau hilangkan bara Dosa tadi.

Bilakah aku akan kembali pada fitrah sebenar
Walau aku solat dan sujud padamu,
Ia masih hakmu untuk memilihku sebagai ahli syurga
Lalu aku masih tandus, kian terasa
Ya Allah, betapa jauhNya HambaMu
Kembalikanlah diri pada fitrah

Oh Tuhanku,
Kau pimpin, jadilah soul guidance kepada
Jiwa yang kosong dan kian ranap ini
Yang imannya senipis nipis perkara
Mudah Berbolak Balik
Namun ada kalanya,
Ada rasa rindu akan cinta kepadaMu
untuk kembali berputik.

Tuhan, diri ini tidak layak kesyurgaMu
Tapi tidak pula sedikit sanggup untuk merasa
bahang api nerakaMu
Semoga Kami selamat
Semoga kami selamat

Ya, kami malu untuk mengadu, sedang kami selalu melupakanMu,
Namun, jika bukan Engkau
Pada siapa lagi akan kami
Tempat untuk Beradu?


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...