i serve nuff nang

Friday, December 10, 2010

Kini aku dah dihantui!!!







Assalamualaikum

 Apekabar semua
time aku nulis nie
ada lagi satu paper untuk abeskan sem 7
boley mati woo paper nie
Sebenarnya aku ada problem lah
semenjak 2 3 menjak nie
aku di datangi masalah
dalam pimikiran nie aku duk berkira
agak2nya apelah kerja aku pas abes kalau dah
tamat belajar nie,,kalau lah

Aku naik gila bila pikir2 menda macam nie
okay, pointer aku 2.lebih je
kalau aku 3, konfem aku dah state kat sini
Aku harap pandangan korang memang boleh tolong
bagi la aku sepatah dua kata.eheh

Aku ngaku kesilapan masa lepas menghantui
dan aku masih keep say 
as if time could be turnback
So i will do different
aku malu nak gtau depan muke korang
sebab takot nanti korang pikir ape je aku nie

Anyway aku pernah kene puji woo
Dalam satu kelas tue
shazwan, how could u perform in class??
but in exam u r collapse!!hahaha
Tak taulah, aku memang suke membetah sikit
Lagi open lecturer, lagi aku suke,hehehe

Aku dah atur strategi
Nanti bila praktikal
Aku nak bg fulll pushing!!
Kuli pon kulilah, janji ada ker,aku nak kawen bai
Insyaallah ada rezeki aku nak terus sambung kerja
ada gak yang bg idea
ko da ada blog, ape kate promote
your nuffnang je,,akakkaka,,,

tak terbayang aku....

Memandangkan korang sume syok nak tinggalkan sini
Aku pulak kiok kat uum nie,,malu ada,segan ada

Aku akan ingat korang nye peringatan dalam post b4 nie
Aku akan jadi kan permergian korang kali nie
Satu inspirasi untuk aku tinggalkan tempat nie sem depan

Tapi aku still takot,
hari ni maybe aku da postive
tapi esok yang mendatang, sem depan,
Pemikiran sama akan menjelma lagi
Buat aku tak ley tido
buat aku jadi gila!

thx taw,,

Sekian :::: P.M.A.C @ facebook::::

Wednesday, December 8, 2010

Deklamasi dariku :::: buat sahabat uum

Assalamualaikum..
 



Hari nie lagi seminggu untuk tinggal kan uum dalam sem 7 nie...ramai kawan2 akan pergi tinggalkan aku, aku extend, atas kemalasan aku pada semester2 sebelum nie, yes, i wish i could turn back and do thingS!whatever it it, i can't, but i got to know u friends, you make me realize, and even makes me wonder, so make me live in beautidul in uum, i would like to deklamasikan sajak untuk anda semua, harap2 sudi menjamahnya

Kawan
WAktu tu aku di semester pertama
aku menghulur tangan, kau pula berjabat mesra
nama ku ahmad, kau pula ali dan siti
Kau memberiku keceriaan untuk terus hidup di sini
Di saat aku tergapai mencari harga diri


Kawanku?
Ada yang berhidung panjang,ada yang berjambang tajam
Ada yang giginya tersiur kedepan
Ada juga yang hitam manis, ada yang jambu
Ada juga yang mata selalu kelabu kerana kerap tidur membisu
muke ala ala amoy ada juga minachi
Ada yang suka membahan, ada juga yang suke gelak sakan
Ada yang berpipi tembam ada yang kurus kerimping
Ada si hensem dan si kacak
Ada yang berkaca mata dan berkontek lens
tapi..
Keindahan itu semua tidak menghalang kita untuk bersatu
Membina perpaduan dan ukhwah yang satu


Di semester satu juga aku bertindak seorang di fakulti
Ada 2 orang bidadari selalu menemaniku
Bergelak tawa bersamaku sehingga kan
Mereka anggap aku adik kepada mereka
Aku pula camburu apabila mereka
rapat dengan kawan mereka yang lain
Ini bukan cinta kekasih
Ini cinta seorang teman


Kawan di semester 2
Aku kembali dengan fesyen dan gaya aku
Aku bercekak dan mereka memandang ke arahku
Ada yang mencemuh, ada yang memerli
 tapi aku tak peduli, dan kenapa?
Kerana aku ada kau kawan, yang masih sudi menemaniku
Berjabat tangan dan melayan kerenahku
Tak sangka
Kawan, kau lebih setia
kau lebih terbuka dan menerima

Kawan
Aku juga sekadar bertemu kau di FB
tapi kemesraan mu ibarat bersama dikelas IB
Di luar kita belum tentu cam muka
Kerana kita tak berjanji untuk bersua
Tapi mahukah kau tahu
Pemergianmu juga kan meninggalkan
parut di sanubariku
Aku kenal si jubah merah
aku kenal si pakar silat
aku kenal si kuat nyanyi


Kawan

kau tinggal di MISC, aku pula di tnb
Tapi FPK mempertemukan kita
Aku lihat kau mambawa kamera slr kemana
Teringin aku mencubanya
Tapi setelah mengenali mu aku lupe semua itu,
yang aku tahu nilai perhubungan kita lebih berharga
dari kamera dislr itu
Kita masing2 mempunyai teman rapat
Tapi kita tetap juga saling sakat menyakat
Kita apabila didalam gambar
Saling berpeluk bahu dan bererat erat


Kawan
kaulah yang selalu menasihati di kalaku alpa
kata orang aku alpa kerana kawan
YA, aku tak nafikan
Tapi pada masa yang sama
aku tahu kesilapan itu adalah dariku
yAng mengendahkan nasihatmu buatku
Yang ego dengan permainan di notebookku
Yang terlupa bahawa keluarga sedang mengharapkan aku


Di waktu itu
Aku dijemput untuk pergi ke sukan
AKu bermain bola jaring
Kita baru je berkenal, jarang kita bertegur
Tapi kau memberi sokongan di kala kua bermain
Tak sikit pon aku rasa janggal bermesra dengan mu
Kau lawak, kau garang, kau ramah, kau bebel
Aku penyebab kekalahan
Kau terus mengankat tangan
Untukku meraih kekalahan sebagai kemenangan



Kawan,
Ini sajak tentang kita, aku berbual bicara, kau pula pembaca setia
Ada yang bergadjet kamera, ada yang berstyle gila
Ada yang memberi cahaya, dan ada yang mengadu duka
Maafkan ku ketika kamu berduka
Aku bermadah selamba
Ketika kau bercerita
Aku pula menambah luka
Ketika kau memberi kata dua
Aku pula naik kepala


Terima kasih kawan
Kau memberi pedoman baru dalam hidupku
Kau memberiku kemaafan atas keegoaan dan kealpaan
Kau beri peluang untuk aku mengenali kau
Seperti kata ibuku
Walaupun perkara itu kecil
Is seperti sudah cukup 1000nikmat buatku



Kawan
Kini, kita akan berpisah
Mungkin ini pertemuan terakhir kita
Mungkin ini kali terakhir kita berbicara
Mungkin ini kali terakhir kamu bertemu saya
Mungkin ini kali terakhir kawan mengingati saya
Mungkin ini kali terakhir kita bergelak bersama

Kawan!
Di luar sana lebih banyak kerenahnya
Kau akan bekerja dan berjumpa teman baru
Aku berdoa
SEmoga kau menjadi seorang yang berguna
Semoga kau mendapat isteri cantik dan baik hati
Semoga kau mendapat suami kacak lagi mithali
Dan ingatan selalu yang diberi
Bila kahwen, jangan lupe menjemput nanti :)



Kawan, mahukah kau mendengar cerita
Ada seorang budak lelakinya
Memperingati hari2 akhirbersama rakkannya
Menguliti bait2 nya untuk temannya
Dan dia juga mengubah kata peribahasa
Jika harimau mati meninggalkan belangnya
Kawan pula berpisah meninggalkan
Kenagan dan ingatan bersama


P/S : They said that the moon has the shine from the sun, but friends are shining their friends :) (PMAC)


Sekian:::Ukhwah Fillah, Abadan Abadaa


PMAC @ AnakMudaDiary
UUM ACCOUNTING INFO SySTEM
07/08 - 10/11...Insyaallah

Saturday, December 4, 2010

UpDATED!!Dari cerita keadilan dalam beragama!!

UPDATED!!Apa yang ingin saya bawakan?saya bawakan disini bahawa lihatlah umat islam, inikah penindasan yang islam anjurkan??kita duk bising islam ditindas lah bagai, tapi pada masa sama kita sendiri menindas kaum dan agama lain. Kita selalu mengatakan islam agama yang adil dan membawa kesejahteraan, tapi selepas saya menulis nie, saya pun terfikir, adakah manusia terlalu fanatik terhadap agama sendiri sehingga membawa cacian ke agama lain? Itu belum saya cerita orang yahudi juga ditindas,

Janganlah bertopen topen lagi saudara maraku. Kita diajar supaya bertindak adil, melawan apabila dilawan, bukan memulakan sesuatu perlawanan, agama yang mengajar untuk melakukan perlawanan adalah agama yang wajib ditentang!

Anyway : Orang ada kata,
Yahudi dulu tak sama dengan yahudi sekarang
Kristian dulu tak sama dengan kristian sekarang
Non muslim dulu tak sama dengan non muslim sekarang

Pernah tak terfikir
Adakah ISLAM dullu sama dengan ISLAM sekarang?

Yang merosakkan agama adalah manusia, ISLAM memang sesuai sepanjang zaman, tapi syg manusi merosakkannya hingga kelihatan cantik dan tak molek!!

sekian..
Panglima Muda Ahmad Chin @ AnakMudaDiary
Wassalam

Wednesday, December 1, 2010

Ini Cerita Keadilan Dalam Beragama :)

Sakinah J. Elwell, adalah seorang pekerja di sebuah ladang jagung milik syarikat KYCornell Corportation, pengeluar hasil jagung terkenal di Eastwood, Kentucky. Sakinah tinggal bersama-sama dengan suaminya Malcolm Mohammed Elwell dan tiga orang anak perempuan mereka yang membuka sebuah bakeri di Woodland Hills, 11 km dari Pekan Eastwood.

Keluarga Sakinah sama seperti kebanyakan keluarga lain di Eastwood. Hanya kini kehidupan mereka lebih sejahtera selepas Sakinah dan keluarganya memeluk Islam sejak beberapa tahun yang lepas. Semuanya bermula selepas pertemuan suami Sakinah, Malcolm dengan seorang pelanggan beragama Islam yang kemudiannya menjadi rakan baiknya. Pelanggan tersebut, Mary Stephenson dari Boston, pernah menceritakan tentang Islam kepada Malcolm. Pendedahan tehadap agama baru itu mengubah persepsi Malcolm yang sebelum ini seperti kebanyakan rakyat Amerika yang lain, hanya menganggap Islam sebagai agama orang Arab dan gasar, pagan dan tidak bertamadun.

Selepas beberapa lama, Malcolm akhirnya nekad untuk memeluk agama Islam. Peristiwa bersejarah itu berlaku di Islamic School of Louisville. Langkah ini kemudiannya diikuti oleh Sakinah dan anak-anak perempuan mereka, Amanda, Alicia dan Patiricia. Sakinah dan Malcolm kemudiannya menukar nama asal mereka, Malcolm dan Jennifer Elwell kepada Malcolm Mohammed dan Sakinah J. Elwell.

Menjadi seorang Muslim di kawasan lingkaran segi tiga konservatif Amerika Syarikat tidak semudah seperti di negara-negara majoriti Islam seperti Pakistan, Bangladesh dan Indonesia atau sekurang-kurangnya di kawasan yang lebih toleran seperti di kota London. Sakinah dan keluarganya ditanggapi sebagai pengganas dan musuh negara oleh jiran-jirannya. Sesetengah pekedai di Eastwood enggan berurusniaga dengan keluarga ini menyebabkan Sakinah terpaksa memandu beberapa kilometer dari kejiranan mereka ke minimart milik seorang Yahudi beragama Mormon yang lebih terbuka dan menghormati perbezaan kepercayaan di antara mereka.

Tiga orang anak perempuan Sakinah sering didiskriminasikan walaupun ketika berada di sekolah. Anak keduanya, Alicia pernah digantung persekolahan kerana didakwa bergaduh dengan tujuh rakan sekelasnya akibat perselisihan agama sehingga Alicia terpaksa dimasukkan ke dalam hospital kerana patah tulang. Ironinya hanya Alicia yang menerima hukuman berat, manakala teman-teman lainnya hanya dikenakan tahanan kelas. Peristiwa ini berlaku dua tahun lepas ketika keluarga Elwell baru memeluk Islam dan Alicia mula berjinak memakai tudung ke sekolah.

Tetapi kemuncak pendiskriminisasian terhadap Sakinah dan keluarganya bukan di dalam peristiwa tersebut. Ia berlaku di ladang KYCornell Corporation di mana Sakinah bekerja. Pada suatu musim menuai di pertengahan tahun 2010, Sakinah telah diarahkan oleh majikannya untuk membawakan air untuk rakan-rakan sekerjanya. Namun apabila minuman tersebut dibawa kepada mereka, rakan-rakan sekerjanya menolak untuk meminum dengan alasan ia dibawa oleh seorang ahli neraka. Beberapa orang pekerja wanita kemudiannya berkonfrontasi dengan Sakinah dan memaksanya kembali kepada agama Kristian. Dalam perbalahan itu, pekerja-pekerja ladang tersebut telah menghina Islam dan Nabi Muhammad menyebabkan Sakinah berang dan kemudiannya membalas dengan mempersoalkan ketuhanan Jesus. Ini mengakibatkan kemarahan mereka dan seterusnya bertindak memukul Sakinah beramai-ramai.

Insiden itu kemudiannya dileraikan oleh sepasukan Polis Kentucky. Sakinah kemudiannya ditahan dan selepas interogasi, pihak berkuasa di negeri Kentucky telah mendakwa Sakinah di atas tuduhan menghina agama Kristian, satu kesalahan jenayah yang boleh membawa kepada hukuman mati di kerusi Elektrik mengikut undang-undang negeri Kentucky. Sakinah akhirnya menjadi mangsa ketidakadilan, hanya kerana agama pilihan beliau berbeza dengan agama anutan orang lain di kejiranannya.

Tammat.

Okay, sebenarnya cerita di atas cuma tipu dan rekasaya yang aku buat. Terima kasih sebab membaca. Kesian kan watak dalam cerita ni, rasa bengang betul bila terpaksa hidup dalam ketidakadilan semata-mata kerana mempunyai pilihan dan pendapat yang berbeza dengan orang lain. Ingat kisah Marwa el-Sharbini tahun lepas yang mati ditikam 18 kali oleh penyerangnya dalam mahkamah di German disebabkan fenomena yang dipanggil sebagai Islamophobia. Watak Sakinah dan semua nama-nama lain dalam cerita ni memang tak wujud. Tapi kisahnya wujud. Ia kisah seorang gadis bernama Asia Bibi dengan latar belakang berbeza. Asia Bibi terpaksa hidup dalam ketidakadilan yang sama dengan apa yang dilalui oleh watak Sakinah dalam cerita ini. Hanya realitinya Asia Bibi bukan seorang Islam di negara sekular Amerika Syarikat.

 

                             Dia adalah seorang Kristian di negara Islam Pakistan.

sekian..
Panglima Muda Ahmad Chin @ AnakMudaDiary
Wassalam
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...