i serve nuff nang

Monday, November 25, 2013

Mengenai Cuti Hari Jumaat



Dalam entry ini saya akan mencuit cuat berkaitan cuti hari Jumaat yang digembar gemburkan pada awalnya. Dan akan menjadi kenyataan bermula 1 January 2014.


Orang Kedah Terengganu, dan Kelantan berlagak bangga, konon nya ada negeri lain mengikuti mereka. Orang orang Johor pula akan terasa sedikit lebih Ana Muslim berbanding warga di Selangor.

Untuk mengatakan ini adalah menuju kearah negara Islam, pada saya masih jauh.  Dengan alasan lebih mudah rakyat jelata bersolat jumaat mungkin ada benarnya. Tapi di sudut lain, kenapa kita perlu meletakkan ibadah kita di tangan orang lain. Adakah dengan bekerja hari jumaat menyebabkan ibadah kita terganggu dan kurang khusyuk?
Tidak Rasanya. Sekadar memberi masa. Dan lebih syok juga sebenarnya di hari Jumaat itu untuk tidur.

Namun Begitu, saya ingin mengulas sedikit implikasi jumaat membawa kesan dari sudut ekonomi. Seperti yang kita tahu, zaman ekonomi perlu bergerak selari dengan masa bagi negara2 yang terlibat. Ini analoginya.

Katakan kita Malaysia sedang membuat trading dengan Singapura, iaitu untuk membuat projek KTM untuk sebidang tanah. Sedang di hari jumaat adalah hari untuk menandatangan perjanjian tersebut, tiba2 salah satu pihak dicutikan pada hari jumaatnya. Ini akan melambatkan pergerakan duit dalam pasaran yang seterusnya memberi kesan negatif dalam Pasaran Wang itu sendiri.
Dan asas dalam bab ekonomi itu sendiri, kelembapan pusingan wang dalam atau luar negara memberi impak negatif ke atas pihak terlibat.

Namun, saya tidak mengatakan Cuti Hari jumaat adalah tak elok atau bersifat negatif. Naratifnya, jika kita mempunyai jiwa bangsa yang mahu melanggar agenda kapitalis ini, hari Jumaat kita bercuti adalah permulaan yang baik. Mengurangkan kebergantungan kepada kuasa2 asing untuk memanipulasi wang kita. Cuma persoalannya adakah kita bersedia?

Saya harap janganlah pula si hipster cuti hari jumaat cuba memanipulasi dengan memohon cuti begini di KL. Selaku ibu negara kita, mengambil cuti hari jumaat mampu melumpuhkan kegiatan ekonomi seharian. Memandangkan Trading Time, T1,T2,dan T3 dalam KLSE adalah bergerak aktif pada hari hari bekerja golongan sekular seperti Isnin hingga Jumaat. Di hari Jumaat ialah hari closing counter yang mana lebih byk trading akan dilakukan sama ada dari pembelian atau penjualan saham.

Yup, mungkin pakcik makcik yang meniaga kecil kecilan takkan merasa, kerana watak mereka yang kecil dalam agenda ekonomi negara, tapi kroni seperti Vincent Tan, Tony Fernandez, Syeikh Mokhtar nak biarkan macam tu aje?Nope. Exactly. Dan banyak lagi syarikat2 dalam KLSE yang kalau dia cuti hari Jumaat, macam mana nak trading? Kalau buka counter hari Ahad, negara mana pula yang bersama?

Saya berbesar hati mengucapkan tahniah kepada negeri Johor, yang berani. Dan pastinya, tahniah ini bukan kerana melihat anak melayu boleh Bersolat Jumaat secara senang hati, tapi ini adalah kerana ia permulaan yang baik untuk menggugat Kapitalis. Memandangkan Johor antara negeri yang sedang membangun dan bangga dengan Projek Wilayah Iskandar mereka. Namun, berhati hati juga, jangan lah tergadai tanah KTM di selatan Johor itu ke Singapura. 

Jika anda meragui teks ini, anda boleh fikirkan kenapa ada peniaga di Johor, seperti Bank dan syarikat besar lain memohon status quo, yang mana diorang nak jugak bekerja dihari Jumaat. Ini kerana trading time mereka yang mengikuti Tuan Besar diluar negara.

Suka untuk saya ingatkan, cuti hari jumaat bukan penentu bilangan orang akan bersolat Jumaat lebih ramai di masjid, atau kayu ukur ke arah pembinaan negara islam, Maafkan saya, agak kurang selesa apabila keimanan, keislaman itu begitu mudah digunakan cuti hari jumaat sebagai kayu ukurnya.

Prinsip Saya

Agama Saya, Ibadah saya, Mazhab saya, Doa saya, Amalan saya, itu hak saya. Pihak penguasa tidak mampu menurunkan atau mempertingkat iman dalam jiwa2 kita.


Sekian
AhmadChin

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...