i serve nuff nang

Friday, December 13, 2013

Coretan Sebatang

Sejenak tadi Wan pergi menjengah keluar rumah. Bertemankan Pine Strawbery 'Mad in Korea' dia merenung runtuman pokok mangga dihadapan anjung rumahnya.
Seketika, terbalik dia ke 10 tahun dulu, 10 tahun yang mana pokok mangga itu menghasilkan buah mangga yang rare. Iaitu buah mangga bulat. Biasa keluarga memanggilnya mangga Apple. Mangga Apple nie dia panggil Apple sebab bentuknya yang bulat. Bila masak, uisshhh,, ummmpphhh,, seakan akan buah kuinin, tapi lagi lembut rasa nya. Selalu dulu dah petik, kalau rasa belum masak, kami akan benam buah tu dalam beras di dapur. Waktu kecikkan, mungkin Wan sangka buah tu akan bertelur dan hasilkan buah yang satu lagi. 

Bercerita tentang rasa "Ranum Semerbak Kasturi". Katanya

Tapi dibalik cerita ini, dia tersedar satu perkara, selain evolusi buah mangga yang sedang meranum di pagi itu, perubahan yang baru disedari itu bila tiada lagi binatang seakan tupai atau burung datang melawat dan mematuk mana2 mangga yang dah masak dan ranum.

Mama pernah pesan "Haa petik yang tu, yang dah kena patuk tu, bukan busuk, tapi tanda dah masak tu, yang bahagian kena patuk tu boleh buang ketepi."

Bila dalam masa musim pokok nie berbuah lebat, Wan, abg dan adiknya akan panjat pokok dan balut buah2 mangga tadi untuk elak dari ditebuk burung atau dikopek tupai. Sungguh sosok lelaki ini rindu masa tu. 

Perkara yang Wan sedar sebenar nya mana pergi burung dan tupai dulu dulu tu? Kenapa tak da lagi kesan2 patuk pada buah2 mangga yang gugur ke jalan TAR ni? Nak kata gombak nie kawasan berdekatan Chernobyl tak juga, tiada rasanya sisa sisi nuclear dibuang kesini. Rindu rasanya hati anak muda ini. Rindu pada kenakalan alam. Sebab disebalik patukan burung atau tupai tu, pesan yang itu tandanya buah tu dah ranum masak tak pernah dilupa.

Itu belum cerita burung/tupai yang lebih cepat dan tangkas kesan buah mana yang dah masak terlebih dulu. Tak pernah ditebuk buah tu, tapi buah tu kaler kuning kehijauan, ke masam. Powerkan?

Macam dalam hujan yang lebat, ironinya akan ada Pelangi.

Tapi hujan lebat di Kuantan/Terengganu hari tu
menyuburkan hati hati manusia
untuk saling membantu.
Memberi pada yang perlu.
Selepas hujan itu,
Selepas tuhan timpa batu atas bahu
baru kita tahu,
Betapa setiakawan itu perlu.

Coretan


AhmadChin
2.00a.m

Monday, November 25, 2013

Mengenai Cuti Hari Jumaat



Dalam entry ini saya akan mencuit cuat berkaitan cuti hari Jumaat yang digembar gemburkan pada awalnya. Dan akan menjadi kenyataan bermula 1 January 2014.


Orang Kedah Terengganu, dan Kelantan berlagak bangga, konon nya ada negeri lain mengikuti mereka. Orang orang Johor pula akan terasa sedikit lebih Ana Muslim berbanding warga di Selangor.

Untuk mengatakan ini adalah menuju kearah negara Islam, pada saya masih jauh.  Dengan alasan lebih mudah rakyat jelata bersolat jumaat mungkin ada benarnya. Tapi di sudut lain, kenapa kita perlu meletakkan ibadah kita di tangan orang lain. Adakah dengan bekerja hari jumaat menyebabkan ibadah kita terganggu dan kurang khusyuk?
Tidak Rasanya. Sekadar memberi masa. Dan lebih syok juga sebenarnya di hari Jumaat itu untuk tidur.

Namun Begitu, saya ingin mengulas sedikit implikasi jumaat membawa kesan dari sudut ekonomi. Seperti yang kita tahu, zaman ekonomi perlu bergerak selari dengan masa bagi negara2 yang terlibat. Ini analoginya.

Katakan kita Malaysia sedang membuat trading dengan Singapura, iaitu untuk membuat projek KTM untuk sebidang tanah. Sedang di hari jumaat adalah hari untuk menandatangan perjanjian tersebut, tiba2 salah satu pihak dicutikan pada hari jumaatnya. Ini akan melambatkan pergerakan duit dalam pasaran yang seterusnya memberi kesan negatif dalam Pasaran Wang itu sendiri.
Dan asas dalam bab ekonomi itu sendiri, kelembapan pusingan wang dalam atau luar negara memberi impak negatif ke atas pihak terlibat.

Namun, saya tidak mengatakan Cuti Hari jumaat adalah tak elok atau bersifat negatif. Naratifnya, jika kita mempunyai jiwa bangsa yang mahu melanggar agenda kapitalis ini, hari Jumaat kita bercuti adalah permulaan yang baik. Mengurangkan kebergantungan kepada kuasa2 asing untuk memanipulasi wang kita. Cuma persoalannya adakah kita bersedia?

Saya harap janganlah pula si hipster cuti hari jumaat cuba memanipulasi dengan memohon cuti begini di KL. Selaku ibu negara kita, mengambil cuti hari jumaat mampu melumpuhkan kegiatan ekonomi seharian. Memandangkan Trading Time, T1,T2,dan T3 dalam KLSE adalah bergerak aktif pada hari hari bekerja golongan sekular seperti Isnin hingga Jumaat. Di hari Jumaat ialah hari closing counter yang mana lebih byk trading akan dilakukan sama ada dari pembelian atau penjualan saham.

Yup, mungkin pakcik makcik yang meniaga kecil kecilan takkan merasa, kerana watak mereka yang kecil dalam agenda ekonomi negara, tapi kroni seperti Vincent Tan, Tony Fernandez, Syeikh Mokhtar nak biarkan macam tu aje?Nope. Exactly. Dan banyak lagi syarikat2 dalam KLSE yang kalau dia cuti hari Jumaat, macam mana nak trading? Kalau buka counter hari Ahad, negara mana pula yang bersama?

Saya berbesar hati mengucapkan tahniah kepada negeri Johor, yang berani. Dan pastinya, tahniah ini bukan kerana melihat anak melayu boleh Bersolat Jumaat secara senang hati, tapi ini adalah kerana ia permulaan yang baik untuk menggugat Kapitalis. Memandangkan Johor antara negeri yang sedang membangun dan bangga dengan Projek Wilayah Iskandar mereka. Namun, berhati hati juga, jangan lah tergadai tanah KTM di selatan Johor itu ke Singapura. 

Jika anda meragui teks ini, anda boleh fikirkan kenapa ada peniaga di Johor, seperti Bank dan syarikat besar lain memohon status quo, yang mana diorang nak jugak bekerja dihari Jumaat. Ini kerana trading time mereka yang mengikuti Tuan Besar diluar negara.

Suka untuk saya ingatkan, cuti hari jumaat bukan penentu bilangan orang akan bersolat Jumaat lebih ramai di masjid, atau kayu ukur ke arah pembinaan negara islam, Maafkan saya, agak kurang selesa apabila keimanan, keislaman itu begitu mudah digunakan cuti hari jumaat sebagai kayu ukurnya.

Prinsip Saya

Agama Saya, Ibadah saya, Mazhab saya, Doa saya, Amalan saya, itu hak saya. Pihak penguasa tidak mampu menurunkan atau mempertingkat iman dalam jiwa2 kita.


Sekian
AhmadChin

Friday, October 11, 2013

Mabrur sebelum Haji.


Seperti orang ramai, saya juga tertanya agak nya peluang saya kesana. Dengan kos semasa memakan lebih RM30000, pasti seperti membayar hire purchase kereta atau rumah sekalipun. Dan buat golongan bawahan seperti saya, kadang seperti rasa tak mampu pun kesana. Namun itu bukan lah alasan yang baik utnuk katakan kita tidak perlu pergi ke tanah suci.

Semestinya ke tanah suci itu ada dalam keinginan setiap hati umat, tak pernah ke tertanya? kenapa orang keliling kaabah? kenapa berlari2 anak? kenapa bermalam disini dan disana mengikut syaratnya. Dan dari pertanyaan begitu, dengan niat mencari jawapan kita akan dibuka peluang untuk kesana.

Balik kepada persoalan tadi, iaitu haji mabrur, kenapa saya pisahkan keduanya? iaitu haji dan mabrur.
Haji itu kita tahu merangkumi perbuatan fizikal yang kita lakukan disana. TApi disekian kalinya orang mengejar Mabrur, mabrur dari segi bahasa dan pemahaman kepada suatu yang dilakukan itu diterima Allah atau tidak.

Sengaja saya pisahkan supaya kita dapat satu sisi pandang yang lain dari keterbiasaan. MAklumlah bila dah melangkaui keterbiasaan, kita akan rasa bosan dan malas. We need somethinnggg newww..hehe

Justeru, pernyataan pendek saya mudah sahaja, sebelum kita mengejar haji yang mabrur. Sudah kah kita memabrurkan setiap kelakuan kita sebaiknya? Sudah kah memabrurkan kelakuan, pandangan, pendengaran dan perasaan?

Pada pandangan saya, sbelum kita mengejar haji yang mabrur, mungkin lebih baik kita cuba mengejar untuk memabrurkan diri kita terlebih dahulu andai kemampuan itu membataskan. Bukan?

Sepertimana saya yakin, berbanding kita bersusah sedekah ke orang yang susah di sana, apa kata kita cuba untuk membantu warga kita sendiri yang masih tidak memiliki rumah yang tidurnbya berbantalkan kotak dan lampunya adalah mentari pagi.

Apakata. Apakata.

Sekian
AnakMudaDiary
11/10/13

Friday, May 3, 2013

Hari Mengundi.

Ini adalah artikel kedua saya. Sebelum tiba hari mengundi nanti. Dan mungkin juga artikel terakhir disiarkan memandangkan minat untuk menulis semakin menjauh. Pena tak jumpa matanya. Jangan risau, saya hanya akan hasut anda untuk keluar mengundi. Hanya takat keluar mengundi, tidak lah sampai sokong mana2 parti. Ya, saya bajet bebas. Kah kah kah

Dalam masa 2 hari ni, anda akan lihat pelbagai pakar politik tiba2 muncul dari corong corong entah mana. Mungkin baru 1 minggu, atau 2 minggu nie nak mengundi, baru dia ambil tahu hal hal politik. Ada juga hamba yang sudah 1 tahun jagung, ada yang sudah 2 3 tahun, dan saya kenal dengan nama Nik Aziz Nik Mat, dan Mahathir Mohammad, semenjak darjah 1 lagi. Saya ingat lagi peristiwa cikgu suruh kami duduk dalam kumpulan dan beri nama tokoh pada diri sendiri. Dan dari situ, pelbagai nama ada saya dengar.
Yang saya juruskan, ialah kebahayaan kita dalam baru sementara belajar sesuatu, kita sudah macam hero dan pakar ilmu. Itu sahaja. Macamseorang baru nak kenal agama, tiba tiba menjadi extremis pula kepada orang yang berbuat dosa. Maaf, pada saya itu bahaya.

Sedikit ulasan saya,

Pada saya, apabila disebut perpaduan, saya melihat skop yang lebih besar. Iaitu perpaduan sesama manusia membawa ajam kebenaran. Bukan islam, melayu, atau mengikut bangsa atau agama sahaja, kita semua manusia, tuhan kita mungkin berbeza, namun dalam Surah Al Kafirun telah disurahkan,
'Bagi kamu agama kamu, bagi aku agama aku'. Itu bab ugama dan ketuhanan. Kan.

Pada hemat saya, saya agak tak selesa apabila satu parti mendurjakan parti lain. Contohnya, siapa undi parti itu, dia akan keneraka atau syurga. Maafkan saya, mungkin saya masih muda. Mungkin silap saya dalam mentafsir bahasa. Saya bagi analogi, anda disebuah tempat yang wakil rakyatnya, Parti U, dan dia berkhidmat cemerlang, turun padang, bagi bantuan dan sebagainya, so, kita akan rasa lebih selesa dengan dia kerana kecemerlangannya. Itu pasal kita undi dia.

Dan disatu tempat lagi, Parti U juga callonnya, namun gagal berkhidmat dengan baik selain masalah sosial dan keluarga. Maka penduduk disitu mengundi Parti R. Soalannya, apa boleh penduduk U menerakakan parti R? atau parti R menerakakan Parti U?  Tak sesuai rasakan.

Pada hemat saya, kalau kita tak suka parti R menerakakan kita, kenapa pula Parti U kata menentang parti R adalah jihad? Apa bukan itu suatu kesamaan sudah jadinya kan? :)

Pada hemat saya, saya lebih suka sistem pengundian berparti sendiri diubah, ikut lah style demokrat dan republikan, dan rakyat terus mengundi siapa PM mereka. RAsanya susah untuk kritik sistem disini. Saya tinggalkan dahulu.

Pada hemat saya, mengundi sememangnya adalah suatu kewajiban. Tidak kira anda undi parti mana. Namun ingatlah suatu kata hikmah.

'Mengundilah dengan hati, jauhi emosi'

Apa yang saya harapkan, tiada kekecohan akan berlaku sehingga meragut nyawa atau sebagainya. Bergaduh bertumbuk atau apa. Saya menyeru kepada rakan pembaca sekalian, berhematlah dalam kalian menunaikan hak kalian.

Untuk kisah syurga neraka, ini kata saya.

'Sebaik sahaja anda sudah memasukkan kertas undi dan keluar dari dewan.
Berdoalah :

'Ya Allah sekiranya salah undi aku tadi bagi yang akan memerintah seterusnya, kau ampunkanlah aku. Sekiranya baik, maka perbaikkanlah pemerintahannya masa depan nya.'

Doakanlah juga keampunan untuk orang lain jika mereka tersalah, kan? Jika benarpun kisahnya Undi ke syurga dan neraka, dan yakin ada benarnya,

Cuma saya lagi yakin, penting kita untuk memaafkan sesama manusia.

Nescaya. Itu lebih indah. Bukan?


Sekian.
AhmadChin

Thursday, April 18, 2013

Pertama Kali Mengundi

Assalamualaikum

'Asasnya, saya telah melalui dan mengenal sedikit mengenai politik dari zaman MRSM lagi, apa yang saya sampaikan disini sekadar pandangan dan saya bertanggungjawab sepenuhnya atas pandangan saya. Maafkan saya andai terkurang disini sana. '

Kiranya sudah berapa lama saya tidak menulis disini. Harap artikel ini dapat memberi sedikit cetusan idea kepada kita dalam menghadapi proses pengundian nanti. Pastinya golongan muda seperti saya yang akan pertama kali mengundi akan berasa girang dan tidak kurang gusar untuk melakar simbol X.

Ya, kebelakangan ni terfikir, bagaimana kalau tersalah X ke, terdot pulak kat kertas undi tu, namun saya tinggalkan dulu cerita2 ringan itu dibelakang, mari kita pergi ke topik yang sepentingnya. Satu per satu

Sebagai pelajar di mrsm dan kolej matrikulasi mara, saya pernah menjalani proses pengundian. Ironinya, saya dikala itu adalah orang yang akan diundi. Di maktab saya dicalonkan untuk kerusi Dakwah dan kerohanian, sementara di Matrikulasi, saya dicalon atas kerusi Exco kebajikan. Ya,  tiada sistem parlimen dan dewan undangan negeri. Yang ada kerusi yang terus kepada jawatan. Rasanya tidak perlu cerita bagaimana percapaian saya, memandangkan pasti saya akan bercerita kebaikan sahaja yang akan saya tapis kelalaian sepanjang memegang amanah. Biar pembaca yang tahu dan bercerita mengenainya.

Ketika di MRSM,
Ketika beberapa minggu sebelum proses pemilihan diadakan, kami dibahagikan kepada 2 orang setiap kumpulan. Saya diganding dengan Benny yang ketika itu bertanding untuk calon Exco Sukan dan Rekreasi.
Ya, sorang berbangsa cina, sementara saya seorang Melayu. Namun ketika disekolah, saya belum berkenal erti sentimen. Benny seorang yang bersungguh cuba untuk menang. Sementara saya support sikit2.hehe. Siapa tidak malu, apabila gambar mereka dimerata2 maktab. Senior akan tengok rupa rupa junior. Ya, tak kurang ada yang minta jadi akak angkat dan sebagainya, sebagai bakal yb, perlulah saya berlaku ramah dan tidak sombong.:)
 
Alhamdulillah, kami berdua(Saya dan Benny) memenangi pilihanraya tersebut dan keduanya menduduki kerusi masing2. Saya mendapat undi yang kedua tertinggi selepas Presiden Badan Perwakilan Pelajar, Shafiq Aziz. Dia kini semakin popular dan mungkin akan melibatkan diri dalam bidang politik melihatkan perkembangan di muka bukunya. 

Pelbagai manifesto didengar, dari sistem pendobian, sehingga ruangan merokok, ada jga bawa isu di US ada bilik tempat orang hisap rokok,  ada juga mengenai pindaan untuk membawa phone, yang ketika jaman saya handphone adalah suatu larangan untuk dibawa ke asrama.

Apa yang saya cuba saya ceritakan disini, selain Xfactor untuk orang mengundi kita, janji dan cara penyampaian adalah suatu yang penting dalam proses meraih undi. Kami tidak saling memburukkan calon bertanding, kami menang dan kalah seadanya. Cuma kadang kami keliru, sepatutnya kami mewakili pelajar, tetapi kadang kami mewakili guru guru dan warden asrama yang membuatkan keliling pandang serong pada kami. Teringat lagi tika berkempen, sampai ke pakcik dobi, makcik koperasi dan tukang sampah kami pergi jumpa meraih undi. Tak kurang seperti sistem culaan, rumah ke rumah yang kita lihat pada hari ini.
Cuma mungkin sebab phone diharamkan, jika tak kami dah mesej sorang sorang supaya memilih kami untuk diundi.

Tahun ini saya akan tergolong dalam golongan orang yang pertama mengundi. Pelbagai fatwa keluar dan saya telah dengar, mengundi parti itu, haram dan dosa, mengundi parti ini, khawarij dan sebagainya kerana melawan. Pada hemat saya ugama sedang dijual untuk meraih kemenangan sekarang. Saya nampak dari segi agama islam, tak tahu bagaimana agama lain apa ceritanya adakah dijual perkara yang sama.Bagi saya, kita boleh menjuarai pendapat kita sendiri sejuaranya. Namun, bukan bermoral sekiranya kita memijak pandangan mereka yang lain selumatnya.

Sebagai pengundi yang bergelar pertama kali/freshie. Saya amat tertarik kepada beberapa orang tokoh sahaja. Seperti Saifuddin Abdullah dan beberapa lainnya. YB Saifuddin seorang yang sangat openminded pemikirannya. Dikala orang mengatakan pendidikan percuma adalah mustahil, jawapan beliau lebih berhati hati
'PEndidikan percuma tidak ditolak bulat2, tapi bukan juga mudah dilaksanakan, kena tumpu perbelanjaan berhemah'. Jawapan darinya agak mengujakan kerana ia menampakkan ada beberapa perkara kita boleh lakukan andai dirancang sebaiknya.

Saya janggal untuk bercerita mengenai peniruan manifesto atau apa. Sekiranya pembangkang ikhlas, mereka tidak perlu mengungkit mengenai peniruan manifesto, sebaliknya meraih bersama manifesto yang dibawa. Berbalik di zaman MRSM dulu, kami tidak bercangggah bersama apabila manifesto yang dibawa adalah sama kerana kata2 itu sangat mudah dilafazkan, namun tidak mudah dilaksanakan.

*Saya akan ulas mengenai manifesto parti2 dibahagian kedua nanti*

Justeru, selaku pengundi freshie dan masih muda. Saya menyeru kepada rakan semua diluar sana, supaya kami membuat pilihan undian kami sendiri. Tidak perlu datang dan cakap undi itu atau undi ini. Kerana saya percaya jika berpolitik sekadar atas kertas undi, tidak banyak anjakan paradigma yang akan dinukil lagi. Dalam berpolitik, marilah kita berpolitik bakti. Bakti pada masyarakat kita diluar sana. Tangan, kaki jiwa dan hati perlu bersama sekalli untuk berbakti. Benar, perubahan akan dimulakan sebaiknya apabila kerajaan bersedia membuat perubahan dan transformasi. Namun, sebagai masyarakat dan golongan pekerja kelas pertengahan, ada baiknya jika kita keluar sana melemparkan sedikit simpati pada golongan yang tiada tempat pada kelas atasan.

Saya risau, memperlihatkan masyarakat fesbuk yang suka berdebat dengan gelaran, macai, anjing, orang suruhan, hamba abdi, ini amat melambangkan ketaksuban kepada sesuatu dalam kita membuat suatu penilaian. Ini kerana, saya seorang yang percaya pada pendamaian dan kestabilan. Namun bukan kedamaian yang rakyatnya ditendang tendang, namun kedamaian dalam menerima perbezaan. Toleransi untuk perbincangan. Itu nilai yang penting.

Memperlihatkan orang yang selalu membuat andaian betul dan salah. Saya ditepi berfikir secara logiknya, ketika agama islam berkembang dalam 4 mazhab utama. Mereka adalah golongan ulama yang pakar dan berilmu. Namun kita dapat lihat, perbezaan pendapat mereka disini dan situ. Adakah mereka mengharamkan satu sama lain? mengawarijkan si anu dan sifolan? tidak!

Ini kerana hebatnya mereka adalah apabila berdepan orang tak sependapat mereka, mereka berlapang dada selapangnya. Perbincangan dan diskusi diteruskan.
Dan sejujurnya, itulah transformasi yang terbesar saya ingin dalam masyarakat pada hari ini.
Sebagai pengundi pertama dan freshie. Saya boleh menjadi warga barisan yang tegar dan segar, Saya juga boleh menjadi keluarga pembangkan yang cekal dan lekang. Tapi saya memilih untuk menjadi diri saya, mungkin ini nampak tidak berprinsip, namun itu saya seadanya, prinsip, maruah dan akidah saya bukan ditentukan sesiapa, ia adalah hak mutlak saya. Namun saya selalu membuka perbincangan untuk semua perkara.

Dan itulah peranan saya ketika bekerja selaku exco agama dahulu, saya tidak memandang orang agama sebagai orang yang berselimutkan sejadah bila tidur, ini kerana orang beragama dulu orang berilmu sains dan matematik juga, mungkin mereka juga penat belajar sehingga berdengkur. Namun, Apa kita pada hari ini? Cubalah ukur!


Wallahualam.

AhmadChin
18//4/2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...