i serve nuff nang

Monday, April 30, 2012

Pergi, dan Kenapa Demo Bersih 3.0?


 Ini Scene ibab dan aku.


Assalamualaikum w.b.t

Salam Bersih 3.0

Setelah kali kedua aku join bersih semenjak bersih 2.0, Bersih 3.0 ini sememangnya agenda wajib pergi bagi orang macam aku. Beza dengan Bersih 2.0, kali ini aku tak layak digelar legend dan cool dude, aku betul betul bertandang di atas Jalan raya. Waktu 2.0 dulu, aku terperangkap dibawah terowong KL Sentral yang menyaksikan keakraban aku dengan anak Anwar yang single tu. Dalamnya Terowong Gelap tak berbintang, asap menyelebungi, nak kedepan polis, belakang juga polis. Sejujurnya, aku menangis ketika nafasku di hujung tanduk, rintih 'aku menyesal', aku berborak 'kalau tuhan bagi aku nyawa, aku takkan ke perhimpunan ni lagi', kau nampak itu, agama menjadi candu aku. Saat sesak nafas itu, sampai kau hanya mampu terbayang muka mak kau dan mengharap simpati tuhan. Kau pernah rasa? tidak kan? Yang menambah seri aku apabila berapat dengan Nurul Huda rasanya. Aku mendapat air dari brother lain, atas kemuliaan aku, aku sedekah dekat dia, dan aku pula terus memeluk dinding.

#Serius, kamu takkan rasa kebenaran perit ketika terkena bom asap yang power dan kejam yang buat mata jadi malas, badan jadi sejuk kebah. yang dalam terowong asapnya berkepul kepul
#Ini juga menjadikan aku generasi 907/709

28/4, 11.00 a.M
Aku bangun tidur dengan penuh semangat, hari ini akan berulang sejarah diri. Aku lantas bukak Malaysiakini. Celaka. 20,000 orang dah tawan bandar kolumpo dan aku masih tercegat baru bangun tidur. Dengan tak cukup tidur itu, dan semangat orgasm yang tinggi, aku makan nasik lemak untuk cukupkan zat badan. Aku wassap dengan Pdot dan Ibap, mereka ini kawan aku di kawasan rumah, seorang tinggi melangit, seorang gelap gelap manis. Dalam keghairahan aku yang lebih ghairah dari melihat perempuan seksi, aku bagitahu diorang, pukul 12.30 siap! aku datang rumah! Ibap pulak tak habis 2,3 kali ulang 'Ewen, datang umah aku, aku dah siap, bawak rokok lebih, kita sap rokok dulu'. fish? aku yang sikit lagi nak orgasm ni membuatkan batin dan shahwat aku terganggu. Lalu teremosi kejap.

28/4, 1.30 p.m
Train tiba, naik KTM di Sentul, ini adalah train baru 2nd hand bernilai 1.4 billion. Aku tahu dia delaykan train ni, siap kena pindah sebelah lagi, walaupun dekat dinding train penuh dengan pujian lambung satu Malaysia, aku tengok umat dalam train ini tak cukup senyum, walaupun hensem dan cantik, mereka lupa senyum itu boleh buat free. Tiba dimasjid negara, aku tengok ramai dah berselerakan, dan selepas selesai solat, kami mulakan perancangan untuk berarak. Pdot dan Ibap masih carik kawan diorang, nak berjumpa, aku pulak yang orgasm ni cuba elak tumpuan diganggu. Bagi aku, diperhimpunan ini untuk membuat kawan baru, keluar dari minda dan kebiasaan. itu lah pesan Auntie-Bersih kepada aku tika bertemu di KLCC.Kami mula berarak, lalu bawah terowong pendek, dengar orang melaung Hidup2, hidup rakyat!, itu slogan yang jadi trend Bersih, aku tahu. Sekali aku dengar laungan tu, hati aku betul tersentap, aku rasa aku masih trauma dengan kejadian Bersih 2.0 dulu tu. Dalam laungan semangat ni dululah, nyawa aku tiba tiba macam bakal diragut tuhan. Masakan Aku lupa?

*Tika di Masjid Negara ini, semua khusyuk menanti, duduk bawah FLyover, awek awek cun duduk bersandar, Orang Cina dan India yang juga tekun menanti Orang Islam tengah Bersolat waktu tu. Semua penuh tekun sabar, tak lupa juga ada lelaki islam yang mungkin 'tidak suci' untuk Bersolat turut sama menanti dengan sabar.

28/4, 3.00 p.m
Perarakan diteruskan, sekali sekala kereta polis, lori polis menjengah di tengah demonstran. Hey, fap u siapa yang tak pergi dan judge kami, kami melambai hormat kepada polis, tiap kali helikopter tu melingkar atas kami,  kami melambai menunjuk muka. Kami manusia, kami hormatkan mereka. Demikianlah wajah mereka tersenyum dengan lambaian kami ini. Sekali sekala, ada polis trafik, ada demonstran curi peluang untuk bersalam dengan trafik, kami tahu abam trafik ini penat menjaga dan menutup jalan demi kami. 

Seikhlasnya, ini kali pertama aku lihat umat turun ke jalan begitu ramai. Sangat dahsyat. Aku macam tak percaya berapa puluh kaki barisan demonstran bergasak dengan aman. Sehingga tiba di Lrt Masjid Jamek. Mereka diminta duduk, dengar bual oleh Politician Pembangkang, yang pada aku memang sedang Meng-HiJack perarakan ini. Setahu aku, Kepimpinan Bersih ini tiada di situ, tidak pernah melafazkan untuk mengundi pakatan RAkyat. Macam aku baca dalam puisi Pak Samad, borak dengan Auntie, atau script Dato Ambiga. 

Kenapa Aku di sini? :
(We Are Here For Free And Fair Election.Pilihanraya bukannya seperti main bola atas padang senget. Dalam satu perlawanan bola. dan Refree kepada perlawanan Chelsea Lawan Man. United, rupanya refree itu berdaftar dan menjadi ketua cawangan Manchester united di suatu Daerah. Itu adil? Itu belum kira kisah persempadanan pilihan raya. Maksudnya,  suatu kawasan tu, ada 10,000 pengundi je, tapi nak dibahagi dua adun/bahagian, kepala bana apa tu? Tengok aja waktu PRU Sabah dan Sarawak dulu? Berapa kali persempadanan di buat, tahu?)  

Aku teringat, ada sorang pakcik India ini, tua, aku sebelah dia, dia maki 'MIC BABI dah lama jadi wakil India pun tapi taraf orang India masih macam tu jugak, kasi kaya Sami Vellu dan kroninya sahaja'. Aku cuak gak dengar, tapi aku tepuk je belakang badan dia, 'sabar pakcik', sambil satu senyuman yang cukup kacak aku rasa dapat lembutkan hati seorang tua seperti dia. Dalam perarakan ini, aku jenguk2 juga Muslimat, bertutup Litup. Macam makanan sedap dibawah tudung saji. Aku pun mulalah konon berkawal dibelakang mereka sambil bergurau dengan pidot dan ibab. Pidot tak habes dengan lawak Orgasm nya, Ibab pulak masih terpegun tengok punya ramai orang di atas Jalan Raya. Kehadiran Muslimat ini, jelas sekali, aku lupa kejap trauma yang aku pernah lalui dulu.

Sebenarnya, banyak lagi kisah2 yang aku nak kisahkan untuk bersih 3.0 ini, tapi, buat apa, sudah cukup kamu semua tengok video dan gambar dekat Facebook, buletin utama, berita hairan, dan Utusang. Cerita aku bawak adalah biasa, terhidu gas yang jauh dibawa angin, namun effectnya sangat mencelakakan pipi tembam aku nie(Riak gak aku kan?) adalah sangat biasa. Jika nak buat revolution dan nak komplen sangat kena gas juga tak guna, kamu sedang melawan sistem, kebiasaan dan budaya, terutama di Malaysia negara yang 'Berbudaya' ini.
Nak berdemo ini melawan budaya yang susah, macam kau nak hapuskan sifat perkauman dalam setiap bani dan bangsa di Malaysia ini, kau akan dipandang bangsat bila ada pemikiran yang menentang arus.

#dan semestinya, nak berbicara dengan orang yang anti-demonstran ini, yang fap fap demonstran ini juga susah. Mereka tidak pun join perarakan, tapi bercakap dan post Video seakan mereka di tempat itu. Dan bersifat 'Ghoulier Then Thou'(Lebih Maha Tahu), tak kira penyokong atau anti-demonstran. Mereka ini ibarat penyokong Anti -Torres yang dah biasa dengan Torres menjadi bangang tak buat Goal, bila torres buat Hat-Trick, semua terdiam dan termalu.

#Untuk ceritakan polis mula provokasi, atau demonstran mulakan. Semuanya hanya mungkin, nak kata dalam perarakan itu ada 2,000 SB bertugas untuk buat provokasi juga adalah kemungkinan. Tapi cult pendemo juga patut ada nilai diri mulia untuk halang provocator dari terus belasah membelasah polis/sama sendiri.

#Cerita pasal provokasi takkan habis, aku boleh cerita, kau berdepan dengan 100 umat dalam office yang marah dengan kau sebab kau pergi kentut sampai satu office terkesima dan tak mampu orgasm seharian, kau gila nak stay lagi dalam office tu? kalau semua muka dah macam jerung nak baham orang. same goes, Polis itu tahu Pendemo sedang berang di tembak Tear Gas dan Semburan Asid, tiba2 ada satu kereta Polis lalu. Tak ke bangang tu?

# buat demonstran, jangan merungut sangat kena tear gas dan simbah asid, dalam sejarah demo, Demontran akan kena, dan berita pecah perut memburukkan Peserta memang akan ada, Nak komplen pasal Polis dan Fru je, tak ke bangang tu? Kita patut fokus kepada tuntutan pembersihan Sistem Pilihanraya.

# Buat pendemo dan demonstran, today we learn the words 'Unity', kalau balik demo masih tak ambil pengajaran yang India Cina dan Melayu akan bersatu, jangan kembali ke dalam demo lagi.

# Buat SPR, sila belajar ini, jika kamu dibawah kendalian kerajaan, dan jika benar Presiden dan Timb. Presiden ketua cawangan Umno yang boleh bagi alasan 'Kami tak ingat', fap u.

# Buat pembangkang, jangan nak hi-jack sangat perhimpunan ni, ingat, satu hari jika benar anda naik ke atas, kami tanpa malu akan turun lagi ke Jalan Raya jika kamu masih ditahap mahu mengawal anu dan punai kami kemana mana. Kami tak malu untuk turun berarak lagi.

#Buat anti-demonstran, waktu aku dan demos terperangkap bawah Terowong Kl Sentral dengan zalim dilontar peluru berasap dalam terowong waktu bersih 2.0, kami disepak dimaki, macam nak mati, korang ada bagi kisah kasihan dan simpati? Thats y aku tak bagi tahi (I don't give a shit) pada apa yang korang nak benci sangat.

**Akan bersambung 'Pergi, dan Kenapa Bersih 3.0' 2?
-Aku akan uraikan sama ada berjaya ke Bersih ini dari perspektif aku.

Sekian


P/s : Demo Lo ni Tak Supo Mulo

AnakMudaDiary

1 comment:

  1. aku rasa xmencapai perspektif tuntutan sebab pemimpim pembangkang menyemak.

    cuma the good thing gov takot dengan rakyat yg bersatu padu

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...