Dalam tulisan ringkas kali ini, aku akan surahkan mengenai apakah dunia tanpa sempadan agama yang aku selalu bayangkan. Mengikut kata kata Plato, ia dinamakan sebagai UTOPIA. Yang mana negara ini masyarakatnya hidup berharmoni, sama warna rambut, lain warna kulit, berlainan agama, namun sifat masyarakat atau kerjasama yang tinggi sebagai nilai murni hidup mereka.
Aku telah menukilkan mengenai bagaiman dunia hari ini, specifically di Malaysia yang dikatakan negara Islam. Bagi aku, tiada guna label bagi sesebuah negara, even negara Amerika Syarikat, Sweden atau Canada, tidak pernah mendeklarasikan negara mereka adalah dimiliki oleh sesebuah agama. Mahupun negara Arab Saudi, aku belu mpernah jumpa special phrase yang mengatakan mereka adalah negara Islam. Apatah lagi kalau ada istilah seperti 'keistimewaan bangsa islam, bangsa kristian, atau keistimewaan bangsa itu dan ini,' jika ada pon, ia sudah menjadi sejarah ketika belajar mengenai Dasar Aparteid yang in the end hanya bawak keburukan dan lahirkan rebelion macam Mr. X. Ada pon hari ini, aku nampak orang labelkan bangsa yahudi sebagai bangsa yang menganggap diri mereka sahaja benar dan terbaik berbanding bangsa lain. Jika itu ada pada mereka, adakah kita perlu ikuti nya? sedangkan kita sering berborak sumbing mengenai illuminati? deh.
Dunia tanpa sempadan agama ini apabila masyarakat mula pandai berfikir. Umat Islam tidak akan totok mengangguk segala kata kata ulamak. Umat kristian tidak mudah percaya kata Paderi. Dan ada pun umat agama lain tak mudah kepada ustad2 atau ilmuwan agama yang kononnya tidak pernah buat salah dan dijaminkan Syurga. Ini kerana, pada pandangan aku, apabila kita dapat memberhentikan melabong mengenai kehebatan agama kita, dengan itu, nilai murni dalam bermasyarakat akan naik dengan sendirinya. Aku juga ada adik di Amerika, dia pernah ke Euro Trip, dia bercerita mengenai org Sweden yang selamba memberi kunci rumah kepada mereka untuk tumpang menginap. Kalau di Malaysia? Kau tinggal je lah henfon dalam tandas awam, beg tangan atau apa, ia akan hilang, dan kau akan disalahkan dengan ayat 'tak pandai jaga barang'. adil?
Contohnya macam pemain import yang bawak duit Rm38,000 dalam kereta dia dan dicuri semua duit tu waktu training bola. Banyak soseh soseh dari lebai kata tak da rezeki, padan muka, bodoh, bagi aku, orang itu tunjukkan hormat yang tinggi dengan memberi kepercayaan kepada masyarakat kita. Bangangnya dia cuma sebab anggap masyarakat malaysia ini adalah super bertamadun dan tidak pandai mencuri.
Dalam sebuah dunia tanpa sempadan agama, kita akan bebas berkawan, bebas masuk ke rumah suci agama lain. Kau akan bebas mempelajari sesuatu agama atau mana2 agama kau nak. Bagi aku, kepercayaan kepada tuhan itu, suatu nilai yang sangat konstruktif, ia bergantung pada diri sendiri dan kemampuan untuk berfikir. Bila kita dah mengerti susur galur agama lain, kita akan faham yang pentingnya nilai hormat menghormati. Dan aku percaya, tiada agama yang ajar kau untuk membunuh agama lain. Agamaitu adalah suci bagi penganutnya jadi ia bebas untuk disebarkan, jika orang islam boleh, kenapa kristian tidak? Mahu kata dunia ini ciptaan tuhan orang islam? bagaimana kalau kristian declare dunia ini milik tuhan mereka? kalau orang buddha dan hindhu juga buat pengakuan yang sama? what u will expect at the end? a war? fak u.
Dunia tanpa sempadan agama ini yang aku maksudkan apabila masyarakatnya hidup bersatu padu. Aku meletakkan matlamat, contohnya dalam Malaysia, katakan kau nampak sebuah kereta dipandu dan membahayakan kau, aku harap sumpah macam 'kuanghajo cina ni, ingat ni negara dia ke'? akan terbatal dan tak kedengaran lagi. Dan orang cina atau india juga takkan marah bila dengar laungan azan waktu pagi dan senja. Jika wujud sikap hormat dan saling mengerti, aku percaya azan yang slow pon tak da masalah, kerana masing2 akan mengerti mengenai peradaban masing2. Dalam dunia ini, kamu bebas untuk mempercayai apa apa, namun akan menyusahkan bila kamu cakap hanya agama kamu sahaja yang betul di dunia dan akhirat sana. Dengan kata lain, dalam bab beragama, sekalian umat akan bersederhana, tidak perlu memetakan agama mereka sebagai perkara maha suci atas muka bumi ini. Ataupun tak perlu terlalu takut apabila bible ditulis dalam bahasa melayu. mudah, kan?
Hari ini, aku lihat unsur kegamaan sedang digunakan oleh golongan pemodal. Akan dikhabarkan mengenai Islam itu sebagai pengganas, dan agama kristian atau yahudi itu pengancam utama umat islam. Seriously, aku tak perlukan pembela atau pejuang akkidah yang sibuk mahu berdemo ditepi jalan, akidah melibatkan hati, apabila sebut mengenai hati aku tidak tahu apa hati kamu anuti, Boleh jadi orang yang aku kenal selama ini, tidak sama kepercayaan kami mungkin? takkan sampai tahap aku nak kene paksa diorang declare agama kot? Dan bagi aku, orang yang memainkan unsur keagamaan ini sebenarnya takut apabila umat dunia bersatu. Contohnya dalam perperangan, motif utama golongan ini bukan untuk memenangi perperangan, mereka tidak kenal pon askar2 mereka yang terbunuh, tapi mereka tahu apa yang mereka hasilkan apabila menjual senjata api atau pun uranium nuclear. Jika tak, aku percaya tiada guna Malaysia beli kapal selam second hand dari Peranchis untuk buat tontonan umum.
Pemodal, nak nak lagi dalam mazhab ekonomi kapitalis yang sesat ini tanpa merujuk pada terori yang dikemuka oleh adam smith, akan gunakan apa juga cara untuk kaut untung. Menjual peranan agama. Kerna dari peranan agama, umat hari ini sangat sensitif, mudah ditipu dengan frame frame tulisan jawi dan logo halal.
Dari perpecahan ini, masyarakat yang berpecah itu akan mencari tempat perlindungan dari masyarakat lain, lalu wujudlah konsep raja/pemodal/boss/tokay yang dikatakan mampu memberi mereka kemewahan.
Dalam suatu masyarakat yang harmoni, mereka tidak mudah ditipu, takkan mudah dipermainkan kepercayaan mereka walaupun pemimpin mereka berucap sambil memegang Al Quran dan mencium keris sumbing. Kerana mereka tahu dalam hidup, pentingnya berjasa kepada rakan dan umat sekeliling mereka. jika tidak, kenapa diciptakan manusia dalam pelbagai rupa dan paras, adakah sememangnya dari azali tuhan sudah ciptakan manusia ini untuk berperang sesama sendiri? kan bangang tu.
P/s : Dilahirkan aku sebagai manusia, untuk mengerti kehidupan manusia lain.
Sekian,
AnakMudaDiary
No comments:
Post a Comment