i serve nuff nang

Monday, April 30, 2012

Pergi, dan Kenapa Demo Bersih 3.0?


 Ini Scene ibab dan aku.


Assalamualaikum w.b.t

Salam Bersih 3.0

Setelah kali kedua aku join bersih semenjak bersih 2.0, Bersih 3.0 ini sememangnya agenda wajib pergi bagi orang macam aku. Beza dengan Bersih 2.0, kali ini aku tak layak digelar legend dan cool dude, aku betul betul bertandang di atas Jalan raya. Waktu 2.0 dulu, aku terperangkap dibawah terowong KL Sentral yang menyaksikan keakraban aku dengan anak Anwar yang single tu. Dalamnya Terowong Gelap tak berbintang, asap menyelebungi, nak kedepan polis, belakang juga polis. Sejujurnya, aku menangis ketika nafasku di hujung tanduk, rintih 'aku menyesal', aku berborak 'kalau tuhan bagi aku nyawa, aku takkan ke perhimpunan ni lagi', kau nampak itu, agama menjadi candu aku. Saat sesak nafas itu, sampai kau hanya mampu terbayang muka mak kau dan mengharap simpati tuhan. Kau pernah rasa? tidak kan? Yang menambah seri aku apabila berapat dengan Nurul Huda rasanya. Aku mendapat air dari brother lain, atas kemuliaan aku, aku sedekah dekat dia, dan aku pula terus memeluk dinding.

#Serius, kamu takkan rasa kebenaran perit ketika terkena bom asap yang power dan kejam yang buat mata jadi malas, badan jadi sejuk kebah. yang dalam terowong asapnya berkepul kepul
#Ini juga menjadikan aku generasi 907/709

28/4, 11.00 a.M
Aku bangun tidur dengan penuh semangat, hari ini akan berulang sejarah diri. Aku lantas bukak Malaysiakini. Celaka. 20,000 orang dah tawan bandar kolumpo dan aku masih tercegat baru bangun tidur. Dengan tak cukup tidur itu, dan semangat orgasm yang tinggi, aku makan nasik lemak untuk cukupkan zat badan. Aku wassap dengan Pdot dan Ibap, mereka ini kawan aku di kawasan rumah, seorang tinggi melangit, seorang gelap gelap manis. Dalam keghairahan aku yang lebih ghairah dari melihat perempuan seksi, aku bagitahu diorang, pukul 12.30 siap! aku datang rumah! Ibap pulak tak habis 2,3 kali ulang 'Ewen, datang umah aku, aku dah siap, bawak rokok lebih, kita sap rokok dulu'. fish? aku yang sikit lagi nak orgasm ni membuatkan batin dan shahwat aku terganggu. Lalu teremosi kejap.

28/4, 1.30 p.m
Train tiba, naik KTM di Sentul, ini adalah train baru 2nd hand bernilai 1.4 billion. Aku tahu dia delaykan train ni, siap kena pindah sebelah lagi, walaupun dekat dinding train penuh dengan pujian lambung satu Malaysia, aku tengok umat dalam train ini tak cukup senyum, walaupun hensem dan cantik, mereka lupa senyum itu boleh buat free. Tiba dimasjid negara, aku tengok ramai dah berselerakan, dan selepas selesai solat, kami mulakan perancangan untuk berarak. Pdot dan Ibap masih carik kawan diorang, nak berjumpa, aku pulak yang orgasm ni cuba elak tumpuan diganggu. Bagi aku, diperhimpunan ini untuk membuat kawan baru, keluar dari minda dan kebiasaan. itu lah pesan Auntie-Bersih kepada aku tika bertemu di KLCC.Kami mula berarak, lalu bawah terowong pendek, dengar orang melaung Hidup2, hidup rakyat!, itu slogan yang jadi trend Bersih, aku tahu. Sekali aku dengar laungan tu, hati aku betul tersentap, aku rasa aku masih trauma dengan kejadian Bersih 2.0 dulu tu. Dalam laungan semangat ni dululah, nyawa aku tiba tiba macam bakal diragut tuhan. Masakan Aku lupa?

*Tika di Masjid Negara ini, semua khusyuk menanti, duduk bawah FLyover, awek awek cun duduk bersandar, Orang Cina dan India yang juga tekun menanti Orang Islam tengah Bersolat waktu tu. Semua penuh tekun sabar, tak lupa juga ada lelaki islam yang mungkin 'tidak suci' untuk Bersolat turut sama menanti dengan sabar.

28/4, 3.00 p.m
Perarakan diteruskan, sekali sekala kereta polis, lori polis menjengah di tengah demonstran. Hey, fap u siapa yang tak pergi dan judge kami, kami melambai hormat kepada polis, tiap kali helikopter tu melingkar atas kami,  kami melambai menunjuk muka. Kami manusia, kami hormatkan mereka. Demikianlah wajah mereka tersenyum dengan lambaian kami ini. Sekali sekala, ada polis trafik, ada demonstran curi peluang untuk bersalam dengan trafik, kami tahu abam trafik ini penat menjaga dan menutup jalan demi kami. 

Seikhlasnya, ini kali pertama aku lihat umat turun ke jalan begitu ramai. Sangat dahsyat. Aku macam tak percaya berapa puluh kaki barisan demonstran bergasak dengan aman. Sehingga tiba di Lrt Masjid Jamek. Mereka diminta duduk, dengar bual oleh Politician Pembangkang, yang pada aku memang sedang Meng-HiJack perarakan ini. Setahu aku, Kepimpinan Bersih ini tiada di situ, tidak pernah melafazkan untuk mengundi pakatan RAkyat. Macam aku baca dalam puisi Pak Samad, borak dengan Auntie, atau script Dato Ambiga. 

Kenapa Aku di sini? :
(We Are Here For Free And Fair Election.Pilihanraya bukannya seperti main bola atas padang senget. Dalam satu perlawanan bola. dan Refree kepada perlawanan Chelsea Lawan Man. United, rupanya refree itu berdaftar dan menjadi ketua cawangan Manchester united di suatu Daerah. Itu adil? Itu belum kira kisah persempadanan pilihan raya. Maksudnya,  suatu kawasan tu, ada 10,000 pengundi je, tapi nak dibahagi dua adun/bahagian, kepala bana apa tu? Tengok aja waktu PRU Sabah dan Sarawak dulu? Berapa kali persempadanan di buat, tahu?)  

Aku teringat, ada sorang pakcik India ini, tua, aku sebelah dia, dia maki 'MIC BABI dah lama jadi wakil India pun tapi taraf orang India masih macam tu jugak, kasi kaya Sami Vellu dan kroninya sahaja'. Aku cuak gak dengar, tapi aku tepuk je belakang badan dia, 'sabar pakcik', sambil satu senyuman yang cukup kacak aku rasa dapat lembutkan hati seorang tua seperti dia. Dalam perarakan ini, aku jenguk2 juga Muslimat, bertutup Litup. Macam makanan sedap dibawah tudung saji. Aku pun mulalah konon berkawal dibelakang mereka sambil bergurau dengan pidot dan ibab. Pidot tak habes dengan lawak Orgasm nya, Ibab pulak masih terpegun tengok punya ramai orang di atas Jalan Raya. Kehadiran Muslimat ini, jelas sekali, aku lupa kejap trauma yang aku pernah lalui dulu.

Sebenarnya, banyak lagi kisah2 yang aku nak kisahkan untuk bersih 3.0 ini, tapi, buat apa, sudah cukup kamu semua tengok video dan gambar dekat Facebook, buletin utama, berita hairan, dan Utusang. Cerita aku bawak adalah biasa, terhidu gas yang jauh dibawa angin, namun effectnya sangat mencelakakan pipi tembam aku nie(Riak gak aku kan?) adalah sangat biasa. Jika nak buat revolution dan nak komplen sangat kena gas juga tak guna, kamu sedang melawan sistem, kebiasaan dan budaya, terutama di Malaysia negara yang 'Berbudaya' ini.
Nak berdemo ini melawan budaya yang susah, macam kau nak hapuskan sifat perkauman dalam setiap bani dan bangsa di Malaysia ini, kau akan dipandang bangsat bila ada pemikiran yang menentang arus.

#dan semestinya, nak berbicara dengan orang yang anti-demonstran ini, yang fap fap demonstran ini juga susah. Mereka tidak pun join perarakan, tapi bercakap dan post Video seakan mereka di tempat itu. Dan bersifat 'Ghoulier Then Thou'(Lebih Maha Tahu), tak kira penyokong atau anti-demonstran. Mereka ini ibarat penyokong Anti -Torres yang dah biasa dengan Torres menjadi bangang tak buat Goal, bila torres buat Hat-Trick, semua terdiam dan termalu.

#Untuk ceritakan polis mula provokasi, atau demonstran mulakan. Semuanya hanya mungkin, nak kata dalam perarakan itu ada 2,000 SB bertugas untuk buat provokasi juga adalah kemungkinan. Tapi cult pendemo juga patut ada nilai diri mulia untuk halang provocator dari terus belasah membelasah polis/sama sendiri.

#Cerita pasal provokasi takkan habis, aku boleh cerita, kau berdepan dengan 100 umat dalam office yang marah dengan kau sebab kau pergi kentut sampai satu office terkesima dan tak mampu orgasm seharian, kau gila nak stay lagi dalam office tu? kalau semua muka dah macam jerung nak baham orang. same goes, Polis itu tahu Pendemo sedang berang di tembak Tear Gas dan Semburan Asid, tiba2 ada satu kereta Polis lalu. Tak ke bangang tu?

# buat demonstran, jangan merungut sangat kena tear gas dan simbah asid, dalam sejarah demo, Demontran akan kena, dan berita pecah perut memburukkan Peserta memang akan ada, Nak komplen pasal Polis dan Fru je, tak ke bangang tu? Kita patut fokus kepada tuntutan pembersihan Sistem Pilihanraya.

# Buat pendemo dan demonstran, today we learn the words 'Unity', kalau balik demo masih tak ambil pengajaran yang India Cina dan Melayu akan bersatu, jangan kembali ke dalam demo lagi.

# Buat SPR, sila belajar ini, jika kamu dibawah kendalian kerajaan, dan jika benar Presiden dan Timb. Presiden ketua cawangan Umno yang boleh bagi alasan 'Kami tak ingat', fap u.

# Buat pembangkang, jangan nak hi-jack sangat perhimpunan ni, ingat, satu hari jika benar anda naik ke atas, kami tanpa malu akan turun lagi ke Jalan Raya jika kamu masih ditahap mahu mengawal anu dan punai kami kemana mana. Kami tak malu untuk turun berarak lagi.

#Buat anti-demonstran, waktu aku dan demos terperangkap bawah Terowong Kl Sentral dengan zalim dilontar peluru berasap dalam terowong waktu bersih 2.0, kami disepak dimaki, macam nak mati, korang ada bagi kisah kasihan dan simpati? Thats y aku tak bagi tahi (I don't give a shit) pada apa yang korang nak benci sangat.

**Akan bersambung 'Pergi, dan Kenapa Bersih 3.0' 2?
-Aku akan uraikan sama ada berjaya ke Bersih ini dari perspektif aku.

Sekian


P/s : Demo Lo ni Tak Supo Mulo

AnakMudaDiary

Thursday, April 19, 2012

Berdiri Penat


Berdiri, tidak tersungkur

Mata terus terbuka
Namun sayup sayup

Lihat Mereka. Lihat Diri
Dengar Mereka Membisu diri
Senyum Mereka. Suram Diri

Ibarat
Malaikat menyulam kehidupan mereka
Dengan kehebatan dan kelebihan

Ibarat 
Aku disuguli kesugulan
Malu dan serba kekurangan

Lelap?
Bangkit dengan bergaya?
tidak pernah terjadi
Tidak tahu
Lantaran dari egois
Atau menolak perubahan diri

Bukan salah mereka yang tidak faham
Mungkin kerana aku yang lemah dan tak berubah
Pernah orang kata
Bab kerja, aku boleh pergi jauh
Bab bercinta
Maju setapak pun belum tentu.


P/s : I feel so sudden.

Saturday, April 14, 2012

Wanita Pilihan

Just a foolish entry.

Kuat agama/solehah : apa maknanya? duduk dirumah dan bersolat baca AlQuran sahaja?

Keturunan baik : keturunan melayu? tak pon syed dan sharipah?

Cantik : macam siapa? neelofa? siti nur haliza? fairuz ustazah pilihan?

miskin/kaya : most people nak hidup senang? senang bagaimana? kind of senang yang aku selalu maknakan adalah hidup dalam kebebasan, tiada nak condemn itu dan ini.

Jika gabung kan ciri diatas, namanya mungkin adalah :

Ustazah Sharifah Neelofa binti Dato' Kamaruzzaman




P/s : aku percaya, dalam membuat pilihan hidup, ia berkenaan orang yang kita lihat, ia menyenangkan hati. Walapun kita buat sesuatu yang pasangan kita tu tak suka, tetap juga dia akan bersama akan kita. kan?

Sekian
AnakMudaDiary.

Thursday, April 12, 2012

Dunia Tanpa Sempadan Agama 2.

Ini adalah sambungan dari tulisan sebelum ini - http://anakmudadiary.blogspot.com/2012/03/dunia-tanpa-sempadan-agama-bahagian.html

Dalam tulisan ringkas kali ini, aku akan surahkan mengenai apakah dunia tanpa sempadan agama yang aku selalu bayangkan. Mengikut kata kata Plato, ia dinamakan sebagai UTOPIA. Yang mana negara ini masyarakatnya hidup berharmoni, sama warna rambut, lain warna kulit, berlainan agama, namun sifat masyarakat atau kerjasama yang tinggi sebagai nilai murni hidup mereka. 

Aku telah menukilkan mengenai bagaiman dunia hari ini, specifically di Malaysia yang dikatakan negara Islam. Bagi aku, tiada guna label bagi sesebuah negara, even negara Amerika Syarikat, Sweden atau Canada, tidak pernah mendeklarasikan negara mereka adalah dimiliki oleh sesebuah agama. Mahupun negara Arab Saudi, aku belu mpernah jumpa special phrase yang mengatakan mereka adalah negara Islam. Apatah lagi kalau ada istilah seperti 'keistimewaan bangsa islam, bangsa kristian, atau keistimewaan bangsa itu dan ini,' jika ada pon, ia sudah menjadi sejarah ketika belajar mengenai Dasar Aparteid yang in the end hanya bawak keburukan dan lahirkan rebelion macam Mr. X. Ada pon hari ini, aku nampak orang labelkan bangsa yahudi sebagai bangsa yang menganggap diri mereka sahaja benar dan terbaik berbanding bangsa lain. Jika itu ada pada mereka, adakah kita perlu ikuti nya? sedangkan kita sering berborak sumbing mengenai illuminati? deh.

Dunia tanpa sempadan agama ini apabila masyarakat mula pandai berfikir. Umat Islam tidak akan totok mengangguk segala kata kata ulamak. Umat kristian tidak mudah percaya kata Paderi. Dan ada pun umat agama lain tak mudah kepada ustad2 atau ilmuwan agama yang kononnya tidak pernah buat salah dan dijaminkan Syurga. Ini kerana, pada pandangan aku, apabila kita dapat memberhentikan melabong mengenai kehebatan agama kita, dengan itu, nilai murni dalam bermasyarakat akan naik dengan sendirinya. Aku juga ada adik di Amerika, dia pernah ke Euro Trip, dia bercerita mengenai org Sweden yang selamba memberi kunci rumah kepada mereka untuk tumpang menginap. Kalau di Malaysia? Kau tinggal je lah henfon dalam tandas awam, beg tangan atau apa, ia akan hilang, dan kau akan disalahkan dengan ayat 'tak pandai jaga barang'. adil?

Contohnya macam pemain import yang bawak duit Rm38,000 dalam kereta dia dan dicuri semua duit tu waktu training bola. Banyak soseh soseh dari lebai kata tak da rezeki, padan muka, bodoh, bagi aku, orang itu tunjukkan hormat yang tinggi dengan memberi kepercayaan kepada masyarakat kita. Bangangnya dia cuma sebab anggap masyarakat malaysia ini adalah super bertamadun dan tidak pandai mencuri. 

Dalam sebuah dunia tanpa sempadan agama, kita akan bebas berkawan, bebas masuk ke rumah suci agama lain. Kau akan bebas mempelajari sesuatu agama atau mana2 agama kau nak. Bagi aku, kepercayaan kepada tuhan itu, suatu nilai yang sangat konstruktif, ia bergantung pada diri sendiri dan kemampuan untuk berfikir. Bila kita dah mengerti susur galur agama lain, kita akan faham yang pentingnya nilai hormat menghormati. Dan aku percaya, tiada agama yang ajar kau untuk membunuh agama lain. Agamaitu adalah suci bagi penganutnya jadi ia bebas untuk disebarkan, jika orang islam boleh, kenapa kristian tidak? Mahu kata dunia ini ciptaan tuhan orang islam? bagaimana kalau kristian declare dunia ini milik tuhan mereka? kalau orang buddha dan hindhu juga buat pengakuan yang sama? what u will expect at the end? a war? fak u.

Dunia tanpa sempadan agama ini yang aku maksudkan apabila masyarakatnya hidup bersatu padu. Aku meletakkan matlamat, contohnya dalam Malaysia, katakan kau nampak sebuah kereta dipandu dan membahayakan kau, aku harap sumpah macam 'kuanghajo cina ni, ingat ni negara dia ke'? akan terbatal dan tak kedengaran lagi. Dan orang cina atau india juga takkan marah bila dengar laungan azan waktu pagi dan senja. Jika wujud sikap hormat dan saling mengerti, aku percaya azan yang slow pon tak da masalah, kerana masing2 akan mengerti mengenai peradaban masing2. Dalam dunia ini, kamu bebas untuk mempercayai apa apa, namun akan menyusahkan bila kamu cakap hanya agama kamu sahaja yang betul di dunia dan akhirat sana. Dengan kata lain, dalam bab beragama, sekalian umat akan bersederhana, tidak perlu memetakan agama mereka sebagai perkara maha suci atas muka bumi ini. Ataupun tak perlu terlalu takut apabila bible ditulis dalam bahasa melayu. mudah, kan?

Hari ini, aku lihat unsur kegamaan sedang digunakan oleh golongan pemodal. Akan dikhabarkan mengenai Islam itu sebagai pengganas, dan agama kristian atau yahudi itu pengancam utama umat islam. Seriously, aku tak perlukan pembela atau pejuang akkidah yang sibuk mahu berdemo ditepi jalan, akidah melibatkan hati, apabila sebut mengenai hati aku tidak tahu apa hati kamu anuti, Boleh jadi orang yang aku kenal selama ini, tidak sama kepercayaan kami mungkin? takkan sampai tahap aku nak kene paksa diorang declare agama kot? Dan bagi aku, orang yang memainkan unsur keagamaan ini sebenarnya takut apabila umat dunia bersatu. Contohnya dalam perperangan, motif utama golongan ini bukan untuk memenangi perperangan, mereka tidak kenal pon askar2 mereka yang terbunuh, tapi mereka tahu apa yang mereka hasilkan apabila menjual senjata api atau pun uranium nuclear. Jika tak, aku percaya tiada guna Malaysia beli kapal selam second hand dari Peranchis untuk buat tontonan umum. 

Pemodal, nak nak lagi dalam mazhab ekonomi kapitalis yang sesat ini tanpa merujuk pada terori yang dikemuka oleh adam smith,  akan gunakan apa juga cara untuk kaut untung. Menjual peranan agama. Kerna dari peranan agama, umat hari ini sangat sensitif, mudah ditipu dengan frame frame tulisan jawi dan logo halal.
Dari perpecahan ini, masyarakat yang berpecah itu akan mencari tempat perlindungan dari masyarakat lain, lalu wujudlah konsep raja/pemodal/boss/tokay yang dikatakan mampu memberi mereka kemewahan.

Dalam suatu masyarakat yang harmoni, mereka tidak mudah ditipu, takkan mudah dipermainkan kepercayaan mereka walaupun pemimpin mereka berucap sambil memegang Al Quran dan mencium keris sumbing. Kerana mereka tahu dalam hidup, pentingnya berjasa kepada rakan dan umat sekeliling mereka. jika tidak, kenapa diciptakan manusia dalam pelbagai rupa dan paras, adakah sememangnya dari azali tuhan sudah ciptakan manusia ini untuk berperang sesama sendiri? kan bangang tu.
  
P/s : Dilahirkan aku sebagai manusia, untuk mengerti kehidupan manusia lain.

Sekian, 
AnakMudaDiary

Friday, April 6, 2012

Teros Mencoba Sajjak.

Sekian kali

Terus mencoba
Menderaikan perasaan
Dan diamatikan didalam bentuk sajak
Namun seringkali gagal

Bunyinya tidak kena
merdunya kurang menyengat telinga
Aromanya tak kemana
Emosinya sukar dirasa

Ya, aku bukan lah puitis
Tidak mungkin menjadi seorang
Baru 3 bulan di dunia baru namiun sistemnya lama
Itulah berkerja

Mencari ilmu
Mengais rezeki
Penatnya sama
Puasnya beda

Aku akan terus begini
Mungkin keras hati
Mungkin terlalu menyenangi
Bila bersendiri

Terus beimaginasi.

Sekian
AnakMudaDiary
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...