Saudara
Hari ini aku menconteng secebis surat ini buat kau. Untuk kau sampaikan kepada bani2 manusia sekian alam. AKu tuliskan surat ini kerana aku juga adalah makhluk tuhan, aku menulis surat ini supaya manusia sedar, bukan mereka sahaja yang hidup di atas muka bumi ini. Surat ini isinya mungkin hina, jika manusia berlaung dari Rakyat untuk Rakyat, maka aku berlaung dari 'Hidupan untuk Hidupan'. Aku adalah moyang kepada bani yang kau pingirkan hormatmu kepada mereka ini, jadi sebelum aku kau tumbangkan dan menghadap ilahi, aku mahu surahkan suatu peringatan kepadamu.
Wahai Manusia
Jika aku pandai berpolitik, nescaya sudah hancurlah hujah2 kamu di muka bumi ini, Jika aku mampu menghayunkan ranting ini tepat kepada kepalamu ketika kau mencabuli kami, pasti kau kan tersedar akan kekejamanmu. Sedang kau mencabul kami, kami hanya berdiam kerana tak diberi kuderat sedemikian rupa. Cuba kau bayangkan, jika aku sebatang pokok mampu mencatas kembali manusia yang telah mencantas baniku di atas muka bumi ini, apa perasaan mu? Adakah kau gembira? tiada lagi towkay2 balak yang merampas kehidupan kami, tiada siapa berani menghalau gajah gajah hutan yang sememangnya penempatannya sejak azali di hutan ini.
Wahai Manusia
Kenapa begitu kejamnya kau kepada kami? Kau hari2 bersurah dengan kata2 tuhan dan bait2 hadith nabi, kau kata membela kucing itu satu yang baik, tapi kenapa kau pula meletakkan taraf yang rendah kepada kaum kami(Anjing Dan Khinzir), adakah surah2 dari tuhanmu supaya membogelkan kami? Mencabuli kami? Wahai manusia yang biadap, tidak sedarkah dosa kau terhadap kami, sedang kian kau tahu kami juga antara saksi2 yang akan menyaksikan kamu dihari penentuan bersama Tuhanmu nanti?
Wahai Manusia
Tak nampakkah hukuman2 setelah kau mencabuli kami? Tanah Runtuh disana sini, hakisan tanah, paras air laut meningkat, air yang kotor, namun kau masih bersenggama dengan kelakuan mu, kau masih bersifat politeriat dan menghukum kami atas kegagalan mu diatas muka bumi? Kami tidak bermata, tidak bertelinga, tidak mampu pula berkata2, tetapi apabila kau terlanggar bani batu dimuka bumi, kau berbisik 'bodohlah batu nie', kemana akalmu? Kemana surah2 tuhan yang kau laungkan? Wahai manusia, jika aku mampu berkata, aku juga akan menuntut hak keatas tanah2 yang kau rampas dari bangsa kami, tanah ini tanah tradisi, dan sesungguhnya kau telah mencabuli budaya dan tradisi kami
Wahai Bani
Saban hari aku semakin menerima kebiadapan kau terhadap bani kami, sesungguhnya kami lah lilin yang membakar diri sendiri untuk kamu semua biarpun kamu tidak tahu erti syukur. Dalam penerimaan kami terhadap kebiadapan mu, kami juga malu apabila kau menggunakan kami untuk menindas banimu sendiri. Kau menjaja kami dengan nilai yang tinggi sedang kami mampu untuk memberi khidmat tanpa mengharapkan sedikit pun bayaran darimu. Tidak malukah kau manusia sekalian? mengambil penempatan kami? menggunakan tanah2 yang dulunya geran itu di atas nama umat didalam bani kami?
Sekalian Manusia
Bertaubatlah,
Sebelum aku juga menggunakan surah2 tuhan untuk menakutkan mu, sebelum ranting2 ini diberi nadi untuk melibas kebiadapan mu. Sebelum kami tandus dimuka bumi dan saat itu kau akan merayu akan kembalinya kami. Sebelum ekosistem bumi ini rosak, sebelum habitat kamu pula kami kerjakan, sebelum gading2 gajah yang kau curi, sebelum kulit2 kami yang kau hiris, digantikan dengan gigi taringmu yang bersalut emas, sebelum kulitmu menjadi bahan lapik untuk melindungi kami sebelum batu yang kau sepak dahulu memacu laju kearah dahimu. Supaya kau sedar, pentingnya dimuka bumi kurniaan tuhan yang kau selalu surahkan ini, kita hidup adalah untuk saling menghormati, hidup untuk bersyukur dan bukannya menjadi free loader.
P/s : Suara Alam yang kian Mati
AnakMudaDiary
No comments:
Post a Comment