i serve nuff nang

Sunday, December 11, 2011

Angan Angan Kita~



Random

Bodoh
Kau ingat tak waktu kecik2 dulu
Kita main2 lumpur tengah padang
Aku baling lumpur kat muka ko, ko baling balik
Aku ingat lagi
Kita cekup budak sekolah agama petang
Kita ajar dia apa erti WWF

Weh
Dulu pernah kan terbayang nak jadi dwight yorke 
dan michael owen?
Mana ada, kita main kaki ayam
Kita tunjuk power pada awek2 yang balik sekolah petang
Time tu kita semua jujur

Jatuh Basikal. Banyak kali. Serius.

Sampai parut nya adalagi kat pinggang ni
Time tu jatuh sebab lumba basikal kan
WAktu kecik, cikgu tanya nak jadi apa
Semua nak jadi arkitek, jadi doktor
Paling retard pon nak jadi Polis dan Askar
Jarang ko cakap nak jadi setiausaha, boss besar
TAk pun kita cakap nak gaji tinggi.
Sebab time tu, kita fikir
Hidup ni nak tolong mak ayah kita, nak jaga keamanan
Time tu kita tak berfikir panjang.
Tapi itulah angan2 paling ikhlas

Bila membesar
Kau dah mula pandai pegang duit
Okay akidah kau pon perlu berduit
Tuhan itu adalah duit
Dengan jual nama tuhan pon dapat duit
Ko lupa da apa yang ko impikan
Nak bantu mak bapak ko waktu kecik dulukan?
Tapi aku ingat lagi
Aku masih belum lupa
Aku tahu kita masih rakyat, kita masih kecil
Jiwa aku masih kecil
JIwa besar, tapi pentingkan diri dan jubo ko 
Semata mata apa dapat?

Kau lupakan angan angan tu?
WAktu kita bakar bakar wat bbq,
Waktu kita main sukan rakyat, gasing layang
Sekarang ada lagi ke

Ada Satu hari
Jiran sebelah main gasing
TAk sangka 2011 nie ada orang main gasing 
Aku terharu, terkedu tersenyum
Fak,
Aku cuba main balik game pakuk nie
Tapi aku dah lupa cara dia.


P/s : tinggalkan dunia ini buat seketika.

Sekian
AnakMudaDiary

Monday, December 5, 2011

Surat Dari Bani Haiwan Dan Pokok



Kehadapan Saudara2 alam yang menghuni sekalian,

Saudara
Hari ini aku menconteng secebis surat ini buat kau. Untuk kau sampaikan kepada bani2 manusia sekian alam. AKu tuliskan surat ini kerana aku juga adalah makhluk tuhan, aku menulis surat ini supaya manusia sedar, bukan mereka sahaja yang hidup di atas muka bumi ini. Surat ini isinya mungkin hina, jika manusia berlaung dari Rakyat untuk Rakyat, maka aku  berlaung dari 'Hidupan untuk Hidupan'. Aku adalah moyang kepada bani yang kau pingirkan hormatmu kepada mereka ini, jadi sebelum aku kau tumbangkan dan menghadap ilahi, aku mahu surahkan suatu peringatan kepadamu.

Wahai Manusia
Jika aku pandai berpolitik, nescaya sudah hancurlah hujah2 kamu di muka bumi ini, Jika aku mampu menghayunkan ranting ini tepat kepada kepalamu ketika kau mencabuli kami, pasti kau kan tersedar akan kekejamanmu. Sedang kau mencabul kami, kami hanya berdiam kerana tak diberi kuderat sedemikian rupa. Cuba kau bayangkan, jika aku sebatang pokok mampu mencatas kembali manusia yang telah mencantas baniku di atas muka bumi ini, apa perasaan mu? Adakah kau gembira? tiada lagi towkay2 balak yang merampas kehidupan kami, tiada siapa berani menghalau gajah gajah hutan yang sememangnya penempatannya sejak azali di hutan ini.

Wahai Manusia
Kenapa begitu kejamnya kau kepada kami? Kau hari2 bersurah dengan kata2 tuhan dan bait2 hadith nabi, kau kata membela kucing itu satu yang baik, tapi kenapa kau pula meletakkan taraf yang rendah kepada kaum kami(Anjing Dan Khinzir), adakah surah2 dari tuhanmu supaya membogelkan kami? Mencabuli kami? Wahai manusia yang biadap, tidak sedarkah dosa kau terhadap kami, sedang kian kau tahu kami juga antara saksi2 yang akan menyaksikan kamu dihari penentuan bersama Tuhanmu nanti?

Wahai Manusia
Tak nampakkah hukuman2 setelah kau mencabuli kami? Tanah Runtuh disana sini, hakisan tanah, paras air laut meningkat, air yang kotor, namun kau masih bersenggama dengan kelakuan mu, kau masih bersifat politeriat dan menghukum kami atas kegagalan mu diatas muka bumi? Kami tidak bermata, tidak bertelinga, tidak mampu pula berkata2, tetapi apabila kau terlanggar bani batu dimuka bumi, kau berbisik 'bodohlah batu nie', kemana akalmu? Kemana surah2 tuhan yang kau laungkan? Wahai manusia, jika aku mampu berkata, aku juga akan menuntut hak keatas tanah2 yang kau rampas dari bangsa kami, tanah ini tanah tradisi, dan sesungguhnya kau telah mencabuli budaya dan tradisi kami

Wahai Bani
Saban hari aku semakin menerima kebiadapan kau terhadap bani kami, sesungguhnya kami lah lilin yang membakar diri sendiri untuk kamu semua biarpun kamu tidak tahu erti syukur. Dalam penerimaan kami terhadap kebiadapan mu, kami juga malu apabila kau menggunakan kami untuk menindas banimu sendiri. Kau menjaja kami dengan nilai yang tinggi sedang kami mampu untuk memberi khidmat tanpa mengharapkan sedikit pun bayaran darimu. Tidak malukah kau manusia sekalian? mengambil penempatan kami? menggunakan tanah2 yang dulunya geran itu di atas nama umat didalam bani kami?

Sekalian Manusia
Bertaubatlah,
Sebelum aku juga menggunakan surah2 tuhan untuk menakutkan mu, sebelum ranting2 ini diberi nadi untuk melibas kebiadapan mu. Sebelum kami tandus dimuka bumi dan saat itu kau akan merayu akan kembalinya kami. Sebelum ekosistem bumi ini rosak, sebelum habitat kamu pula kami kerjakan, sebelum gading2 gajah yang kau curi, sebelum kulit2 kami yang kau hiris,  digantikan dengan gigi taringmu yang bersalut emas, sebelum kulitmu menjadi bahan lapik untuk melindungi kami sebelum batu yang kau sepak dahulu memacu laju kearah dahimu. Supaya kau sedar, pentingnya dimuka bumi kurniaan tuhan yang kau selalu surahkan ini, kita hidup adalah untuk saling menghormati, hidup untuk bersyukur dan bukannya menjadi free loader.

P/s : Suara Alam yang kian Mati

AnakMudaDiary

Saturday, December 3, 2011

Romantik itu 'hubungan ranjang' Kah?



Tulisan ke berapa tah, gua harap betul2 satu hari nanti gua boleh jadi penulis yang baik. Penulis yang jujur dalam setiap tulisan yang bukan mencarut poyo berbahasa ibunda mengikut kamus dewan bahasa sahaja yang lebih  banyak berlakon dan menipuh. 


Bagi gua, penulis, penyair, penyajak yang baik akan keluarkan kata2 kasar, ya kata2 yang dalam keadaan marah. Dalam keadaan marah tanpa sedar kau akan terlepas cakap juga kerana di saat itu tahap kejujuran lu berada ditahap 200% dan hampir2 out of control. So, kepada yang selalu cakap tak suka laki panas baran, kadang2 itu lelaki paling jujur, kamu tak suka orang menipukan? SO, berhati2 dengan ayat manis bungaan kami. Tak semua tepat.
Paling kurang pun, mungkin korang akan cakap, 'takpalah, saya lagi suka laki menipu'.





Romantik. Rasa gua ini bukan perkataan dari bahasa melayu, tapi ini adalah pengaruh barat. Bila cakap romantik, otomatik dalam kepala otak jua akan terngiau Rumie dan Julie versi melayu, Romeo dan Juliet versi barat illuminati. Pergi mam lah iluminati ke melayu ke hape, hidup kau ni boleh aman ke tanpa kasih sayang?

 Romantik boleh jadi scene :

Leornado Di caprio lukis gambar kate winslet dalam cite TITANIC
Ciuman adore dalam cite Twilight Breaking Dawn.
Pornografi juga mungkin dianggap Suatu yang Romantik.Kah kah kah



Kasihannya bani melayu hari ini apabila disebut akan romantis, ia adalah kisah sex. Apabila lelaki berkata
'jadilah romantis sket', actually he mean sexuality needs. Pegang2 cium2 hug2. Bagi mani melayu, romantik itu adalah 'sayang tolong bukakan baju abam'. Fak.


Pada pendapat gua, romantik adalah penyempurnaan nafkah batin kau pada seseorang yang kau kasihi. Tapi bukan kisah sex malam2 minum kopi janda tongkat ali tutup lampu ,

'saya ada kat bilik bang'
1. Bila sebut batin2, ko ingat apa? Tok batin penguat?
Tapi bagi gua romantik ni memenuhi kehendak dia. Memenuhi kebutuhannya. Batin itu adalah kehendak hati. memenuhi kehendak dan menggembirakan. Tak semestinya dengan sex kamasutra dan 69 akan menggembirakan pasangan kau 24/7.
Beginilah saya terangkan dari segi bahasa. Batin dikaitkan dengan perasaan hati, jiwa dan semangat seseorang. Mengatakan batin adalah mengenai anu dan apam adalah suatu yang sangat karut bin marut.

Dan bagi gua, nafkah batin yang paling baik ialah 'memahami dan menghormati kehendak pasangan'.
Tapi dalam kepala bana kita, berkahwin, nikah itu hanyalah untuk berentot entot. @ menghalalkan yang haram sahaja.Ceh.

Jika kau dapat bini yang ala ala atheist pon hormatkan dia, dia juga manusia yang dikurnia akal untuk berfikir.

Kadang2 betul jugak orang perempuan melayu ni suka lari ikut bangla, serius, sebab dalam jiwa bangla nie ada sifat 'saya kadang2 tak kenal erti malu'. Bangla boleh datang dan jalan berpimpin tangan sesama mereka laki dan laki, dan korang malaysia sibuk maki hamun diorang buat macam tu. Tapi bagi aku tu lah yang perempuan malaysia suka. 
Kau boleh kira waktu korang pergi jalan kat central market, chowkit tgok anakmuda2 yang baru bertaraf kapel sibuk berpegang tangan. Yang nampak macam dah kahwin? jalan renggang, yap memang ada dapat kekalkan romantis dari saat kapel sampai ke alam kahwin, tapi berapa banyak?

Berjalan berjauhan itu lambang kekacauan dan kedinginan, so, rasa gua tak salah untuk tengok semua pasangan berjalan pimpin tangan untuk mensimbolikkan kasih sayang. Itu juga sangat romantik.

Romantik dalam berkasih sayang jangan dikepala banakan
Kasih Sayang jangan dikepala banakan
Kepala banakan orang yang dengki orang berkasih sayang
Kepala banakan perasaan benci kamu


Love Cures people, both the ones who give it and the ones who receive it.


P/s : Spread love, No Hate ~ Jarex

AnakMudaDiary
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...