Siapa Wanita itu?
Dia lah ibu, dialah bapa, dialah penjaga
Kita membonceng perutnya selama 9 bulan
Dia bawa kita kemana2, dan buat ibu moden
Sudah bawa boncengan itu ke tempat kerja
Dengan gagah berani untuk sesuap nasi
Pernah kau dengar?
Tangan yang menghayun buaian
Dan Mengoncang dunia, itu bukan
tangan lelaki yang kononnya berotot dan gagah
Kalau lelaki menggoncang buaian, dalam mimpilah
Tidak pun, selepas 10 minit, memanggil ibu
untuk menyambung
Lelaki dikatakan gagah,
Maaf aku paling benci pemikiran penindasan
Yang meletakkan wanita di bawah lelaki,
Kerna apabila ada atas dan bawah
Pasti akan ada penindasan, ada ketuanan
Ini akan menyebabkan wanita dijadikan playing tools
Lihat saja kes rogol, bunuh, culik, dan rompak
Ada yang tunjuk alim dengan berkata
' Kenapa wanita itu berpakaian seksi?'
Kenapa perlu salahkan wanita?
Aku lagi suka berkata, kenapa lelaki itu
tak tahan nafsunya?
Kenapa turuti kata syaitan yang berbisik
Lelaki itu yang meletakkan nafsunya di atas,
Percayalah, jika wanita itu berlitup tubuh sekalipun
Si nafsu tetap akan berbisik supaya wanita itu dianiaya
Kau ingat wanita di atas berjuang untuk dirinya?
Tidak, wanita itu berjuang bangkit kerana generasinya
Aku malu dengan dia
Kerana dia lebih berani mengangkat tangan
Menggenggam angin kekuatan demi generasinya
Sedangkan aku mungkin sudah menyerah
Apabila pistol diacu, dia pula tegak berdiri
Menghadap kereta besi yang hodoh dan gemok
Hebatnya wanita?
Cuba kau lihat gambar di atas itu
Ada kau berani menafsirkan dan mengganti tempatnya?
Lihat ibu yang menimang anak meminta sedekah,
Ada kau berani lelaki? aku rasa tidak
Kerana kau diri berpalit ego dan bongkak
Bagimu mereka dibawah
Mereka hebat dan terus hebat
1 akal mereka mengawal 9 nafsu dengan cermat
Kau pula berlagak kuat dengan 9 akal
tapi kau tak mampu pun menahan nafsumu yang satu itu
Kau menganiaya dan terus aniaya
Bagi kau hanya lelaki sahaja mampu berkuasa
Kau tak lihat pula serikandi Aishah Humairah
Kau tidak pula lihat si Benazir butho
Yang mencipta sejarah kegemilangan
Menjadi wanita
Ini khas untuk ibu/mama
Bila aku merajuk, kau bersabar dengan kerenahku
AKu di kejauhan, kau mendoakan
Aku tidak mendengarnya, sayup aku bila
mendapat belaianmu ibu,,
Belaian mu yang sering membuatku terlena
Ibu ibu ibu
barulah ayah
Perlukah aku cerita pencapaianmu di universiti?
cukuplah semua tahu kini kau menguasai segenap skop pendidikan
kini kau boleh memandu kapal terbang
Mungkin satu hari nanti
Anakku yang perempuan pula
akan menjadi angkasawanita pertama sampai ke bulan
Mungkin kamu bakal membonceng roket ke sana dan kemari
Kepercayaan ku padamu
Membuatku percaya, kau mampu melakukannya
Merindumu itu adalah sifat seorang lelaki
Tanyalah lelaki gay sekalipon, pasti mereka
kata ' saya akan berkahwin dengan perempuan'
Kerana rusuk kami sememangnya dicipta untuk
Merindui susuk halus yang menyempurnakan
susuk kami ini
Hebat juga kamu wanita
Mampu membuat laki sepertiku
mengarang untukmu,
Aku tidak memiliki kebolehan ini
Aku harap bait2 aku ukirkan ini
tidaklah sehodoh yang aku sangkakan dimatamu
Aku harap bait2 ini membuat kau
Rasa bertuah dilahir dan bergelar wanita
Aku harap kau sedar, kaum lelaki sangat menghormatimu
Dan berhati juga, masih ada
yang memperdayakan mu
Wanita, perempuan, isteri dan ibu
Sifatmu itu solehah
Merinduimu adalah fitrah
Menyayangimu itu adalah sunnah
Memelihara mu adalah amanah
P/s : No matter what a woman looks like, if she's confident, she's sexy.
Wrote by most apprecitator,
AnakMudaDiary @ P.M.A.C
No comments:
Post a Comment