i serve nuff nang

Wednesday, January 27, 2010

Cerita PAnas;;;AJL -24 daN FREEmason;;;Check It Out

Assalamualaikum w.b.t..dan salam pembaca....

Dalam Posting terbaru anakmudadiary nak berkonsi satu cerita panas hot dan sensai...dalam tv confirm takkan ada, kecuali kat blog blog....macam lagu too phat cerita kedai kopi....cuma tukar ket, cerita kedai kopi @ anakmuda diary...

Harap2 semua yg bakal anda lihat hanyalah kebetulan....

Selepas anda gembira dan puas menonton Anugerah Juara Lagu ke 24, mengenai apa yang ada pada malam AJL 24 dengan tema Origami tersebut? Saya tidak mahu berkata mengenai dosa atau tidak diadakan program seperti itu kerana saya tahu anda lebih arif mengenainya. Apa yang membuatkan jari jemari saya menekan papan kekunci di laptop ini adalah untuk memberitahu dan berkongsi dengan anda illuminati sial ini memang sudah lama wujud di tanah air kita. Cuma sejak-sejak kebelakangan ini, mereka seolah sengaja menampakkan wajah mereka yang ditutupi ‘kain hitam’ itu.

Cadangan: Adalah lebih baik kalau anda boleh tonton kembali AJL 24 di website www.tv3.com.my selepas anda baca apa yang saya dapati dari siaran tv tersebut.

1) Pertama sekali, sila perhatikan gambar dibawah ini;



2) bandingkan dengan 2 gambar nie pula k??





Ada persamaan tak korang rasa???berhati hatilah...sepertimana yang ade antara kalian ketahui, freemason sudahpon mendapat di Mlaysia cuma sedar dan tak je...tak per caya..g search freemason malaysia dekat ustad google....mesti ada...

Ada lagi anakmudadiary nak konsi dengan korang.....



Untuk pengetahuan umum, lambang hitam putih yang biasa kita lihat di logo cartoon network, dan dimana mana adalh propaganda orang penyokong freemason..ia dipercayai golongan freemason ini untuk raja mereka yg terulung akan berjalan diatas kotak hitam putih itu,raja yang dimaksudkan di sini adalh DAJJAL...suatu yang mereka sambut..dan akan tiba ditengah kegelapan umat nanti....






Untuk gambar seterusnya ni,akan menunjukkan sikit lakaran, bagaimana raja atau king yang dimaksudkan oleh freemason nie pakai. Bentuknya...semuanya ada maksud yang tersirat. Bagi pembaca yang peka, mereka mungkin dah menonton siri the ARRIVAL dekat youtube.Bagi yang belum pergi cepat cari,download,sebarkan, bgtau kawan2.....





Bukanlah niat di hati anakmudadiary untuk memburukkan seni dan ilmu yang ada pada artis2 yang terlibat. Tapi banyak kemunkinan yang kita boleh timbulkan dari kesah ini kan??mungkinkah freemason telah melaburkan sejumlah wang yg banyak di sebalik semua ni,atau memg hanya kebetulan??WALLAHUALAM..

Dan disebabkan search adalah buat persembahan terakhir malam tu, ini juga gambar terakhir dari anakmudadiary..

ONE EYES SEE EVERyTHING!!



cuba tengok logo search tu,tak ke menimbulkan kesangsian



Buat pembaca sekalian..ajaran freemason adalh bg mereka yang tidak mempercayai hukum tuhan..dan prinsip keagamaan..ia bukanlah ajaran dr agama kristian atau sesiapa..Ia adalah propagan da israel yang mau lihat anak muda terbiasa dengan lambang2 nie,supaya satu hari nanti, bila dah biasa, tak da masalah untuk raja yang mereka agungkan itu muncul untuk pengaruhi anak anak muda....

BAgi yang masih tidak jelas, g la tengok video THE ARRIVAL kat youtube, siap ada yang da translate bahasa melayu!!SATU KEDATANGAN..


credit to ohartis.com

sekian anakmudadiary.....

Friday, January 22, 2010

Perjuangan Kita Belum Selesai;;;mesti diteruskan

'Perjuangan kita belum selesai
Kerana hanya yang tabah dan cekal
Mampu membina mercu tanda bangsanya
Yang berjaya'

Tun Mahathir Mohamad

Assalamualaikum...anakmudadiary kembali mencoret lagi...untuk menyatakan perjuangan seorang hamba tidak akan selesai...ibarat penulisan hamba yang insyaallah akan berterusan selagi hayat dikandung badan..

Alhamdulillah setelah menghabiskan workshop UBS tadi..ade juga sedikit sebanyak input yang tersemat di buku hati. Terngiang ngiang di minda dr hairy berkata manusia, pendengaran pertama terhadap sesuatu hanya akan berlalu, dan tiba pada pendengaran kedua dan seterusnya, dia kan kembali memberi fokus dan tumpuan. Mungkin sebab itu kita dianjurkan supaya pasti habis kan ape yang sudah dimulakan. Tidak kisah, samada kita pernah terbehenti di persimpangan dan lopak2 jalan.

Sebagai anakmuda,masih banyak lagi perjuangan yang hendak di teruskan,masih banyak perkara yang belum diterokai, merasa senang tak bermakna kita dah menguasai, merasa susah tak bermakna kita tak mampu untuk menggapainya. Insyaallah dengan berkat, usaha dan tawakkal pada Dia, semua yang diimpi tidak lagi tinggal mimpi. Apa yang selama ini wujud di fantasy, akan terbit menjadi realiti.

Anakmuda akan menghabiskan masanya dengan menekun pelajaran. Pada masa yang sama anak juga adalah pejuang revolusi diri dan masyarakat. Anak muda harus bijak menyelongkar isi disebalik kulit. Kita harus percaya, salah satu ciri kemerdekaan adalah kebebasan berfikir dan melontarkan idea tanpa ada halangan dan sekatan luar. Anakmuda juga perubah pemikiran golongan veteran, ibarat kat TG Nik Aziz

'anakmuda juga boleh menegur orang yang lebih tua'


Dari pernyataan ini,yakinlah, didunia ini sesiapa juga mampu membawa kebenaran yang hanya 1. Sekiranya kebenaran ada banyak,pening la kan??huhu.
Golongan berumur ataupon veteran lebih kepada pengekalan tradisi,dan kurang yang mampu mencapai idea yang dimiliki anakmuda.Ini tak bermakna perjuangan golongan veteran sudah selesai, mereka juga perlu berjuang untuk membantu anakmuda dalam mencanang pemikiran yang lebih kritis dan inovatif.


Wahai anak muda,beringatlah,
Permulaan perjuangan adalah ilmu,
tanpa ilmu, Kau pasti buntu,
tanpa ilmu, takut kau menjadi hantu,
tanpa ilmu, dirimu hanyalah ibarat
Lilin yang bertamu dikalbu

Dengan ilmu, ia akan menjadikan
Kau ibarat tembok yang melindungi empayar
dengan ilmu, kau akan menjadi
matahari yang menyinari sekalian alam
Dan dengan ilmu,pastinya kau akan
menghadapi cabaran tanpa rasa
takut diganggu

Anakmuda,untuk berilmu,
pentingnya kau mempunyai guru.
Terima dan pintalah ilmu
sebesar mana yang kau mahu

Tapi jangan pula diakhir nanti,
dengan ilmu,kau lupa
Dulu kau berjalan pun terpijak batu
Jangan lupa, sebanyak mana ilmu
masih ada yang lagi berilmu darimu
Dan janganlah sesekali lupa,
terlalu banyak ilmu
tanpa menyebarkanya,akan
menyebabkan minda dan akalmu dibebani
dengan ilmu yang akhirnya
Akan membuatkan kau jemu
dengan segala ilmu
Yang kau miliki.

sekian..anakmudadiary....

p/s : sajak anakmuda dan ilmu adalah keluaran sendiri..direct..first time..
eden torai....

Thursday, January 21, 2010

BaRAkah HIdup DaTAng Dari KeluARgamu

Assalamualaikum w.bt,,

Alhamdulillah dalm sedar tak sedar....dah 21 hari kita memasuki tahun 2010...tak sangka...akhir tahun kebelakangan ini, biasanya kita akan digemparkan dengan tragedi2 yang menyayat hati sekian alam...seluruh dunia...

Tapi kita tak dikejut kan apa2 di akhir tahun 2009..sebaliknya dikejutkan denga isu kalimah Allah yg telah dimenangi majalah HERALD di mahkamah...
-disusuli dengan kejadian bom berbalas bom di Malaysia nie...
Akhirnya...masjid pon jadi sasaran...janganlah sibuk nak menyalahkan siapa...salhkan lah orang yang memulakan dengan merosakkan rumah ibadah orang kristian...non muslim...

this just call embrassing...rite???
but at least....people see 1malaysia also had an effect from this iissuee...

Tinggallah kejap..kita balik pada tajuk utama

Dalam permulaan hidup di tahun 2010...anakmudadiary juga idak kurang hebat ditimpa musibah yang agak menyedarkan dirinya...bermula dengan keputusan peperiksaann..keperingkat keluarga...dan hanya tangisan dapat melegakan hati yang tertusuk dengan perasaan kecewa dan hampa...

Sering jua aku bertanya kepada diriku...kenapa aku gagal menjadi anak yg membanggakan keluargu sendiri...sevelum ini aku sentiasa yakin..tapi kini keyakinan tue pudar...dan diriku telah dilolosi dengan kebobrokan hati yang teramat sangat...

mampukah atau tidak untuk aku menjadi insan yang cemerlang....sememangnya atas diriku sendiri..atas kemahuan dan keupayaanku....

Ibu, sudah lama anakmu ini tidak menyatakn sayang kepadamu,sudah lama anakmu ini tidak melafazkan rindu kepadamu.sudah lama anak mu ini tidak mengalirkan air mata kebanggaanmu..dan terlupa juga anakmudamu pada barakah, doa dan harapanmu..

ibu,ketahuilah jatuh bangun hidupku ini...aku tetap jua anak mu,andai satu hari nanti aku gagal dalam kehidupan,aku masih tetap anakmu,sekiranya anakmu ini tersesat di lembah beracun, perbetulkan ankmu ini, senantiasalh doakan diriku akan pulang membawa berita gembira, tidak terlintas dihatiiku untuk mengecewakan hatimu dan ahli keluargaku...

Apapun yang terjadi..rintihan dan tangisan ku terhadap mu hanyalah untuk mencari ketenangan dalam diriku...dan insyaallah aku akn pulang membawa ape yang kau impikan ibu,andai aku masih lagi gagal,masih juga aku berharap kepulanganku tetap dan selalu dirinduimu wahai ibu ku yang tercinta...

Harapanmu akanku gendong bersamaku...untuk mengembalikan senyuman kebanggaanmu...

Terima Kasih ibu

anakmudadiary.blogspot.com

Monday, January 11, 2010

Takutkan MAnusia vs Takutkan Allah s.w.t

Assalamualaikum...ahmad chin mencoret lagi pemikirannya di dlam diskusi cyber bersama anda semua,,,huhu...kali nie nak kata ustad kita nie tak gak..tapi org kate..selagi ade ilmu tue sebarkanlah..sbb itu lah ciri pemegang ilmu yang baik

TAKUTKAN Manusia boleh diklasifikasikan dari banyak sudut kan..takutkan orang tue sbb kita da bersalah, takut sebab dia mempunyai kuasa yg tinggi, takut dengan kemampuan seseorang tu. Secara umunya, kita kan menjauhhi seseorang tu apabila takut padanya,w'pon saya akui ade jenis org, dia lagi suke nak wat benda yang dia takut, kita sebagai pemerhati juga mampu melihat ketakutan seseorang tu pada orang lain



TAKUT PADA ALLAH S.W.T pula,? YA semua kita mengaku kita takutkan Allah s.w.t pada setiap masa, tapi jangan kita lupa kalo kita tanya pada artis ker,peminum arak ke,pembuat maksiat sedang dalam waktu diorang ni sedang buatbenda yang tak baik sekalipon, jawan mereka pon sama, ya,saya takut pada Allah. DAn ketakutan pada Allah lebih abstrak banding ketakutan pada manusia. Umum sukar untuk melihatnya. Beza yang dapat saya nyaatakan lagi disini, kalau betul kita benar takut pada Allah, nescaya kita akan MENDEKATINYA.ayat mudah nye,buat kebaikan tinggal kejahatan. Dan yakin dengan janji2 Nya.

Zaman kini memperlihatkan kita dengan ketakutan pada satu kuasa besar yg mana penggerak kuasa itu adalah manusia itu sendiri,kita tidak lagi yakin pada Allah s.w.t,kita masih lagi menyebut takkan melayu hilang didunia, tapi tiada yang berani sebut TAKKAN ISLAM HILANG DIDUNIA.

Memakan rasuah yang haram tu pon da biasa da,macam tak berdosa,haram kan mende tu disisi islam???tapi bila nampak orang makan khinzir, sume brani kate haram,walhal,kedua duanya adalah haram. Bila lihat golongan lelaki yang menyerupai wanit yang semakin berleluasa, tak de siapa nak SOUND 'Nabi TAk mengaku Umat,'
nak tau sebab ape, sebab kita LEBIH TAKUTKAN MANUSIA BANDING TAKUKTKAN ALLAH S.W.T.

anakmudadiary menyeru diri dan kawan2 dan sahabat diluar sana supaya kembalilah pada islam,tinggalkan lah PERJUANGAN MELAYU anda yang sudah tidak lagi relevan, PERcaYalah dan YAKinlah Akan JANJI ALLAH S.W.T.

sekian...anakmudadiary.blogspot.com

Friday, January 8, 2010

MenCAri KebEnaRAn : Isu Allah s.w.t Dan majalah Herald

Assalamualaikum w.b.t

Lame Dah tak mencoret cetusan hati disini...kepada yg memberi pendapat dan komen terima kasih saya hulurkan...

Saya akan terus meluru kepada point yg sebenar disebalik penulisan ini...Kita rakyat malaysia dikejutkan lagi dengan isu terbaru
-majalah herald cristian yang memenangi perintah makamah untuk menggunakan kalimah Allah di dalam penulisan mereka....

ya, saya juga dengan pendirian saya pada awalnya yang menentang sekeras kerasnya penggunaaaaa kalimah Allah s.w.t kerana anggapan saya pada mulanya ia mencabul kehormatan org Islam...serta menganggap Allah s.w.t hanyalah tuhan kepada orang islam sahaja...namun begitu saya tidak membiarkan pencarian saya muktamad begitu sahaja, saya terus berfikir menyertai diskusi cyber, saya terjumpa dua point yang boleh kita fikir kan bersama..






1 : DEFENSIVE, ramai watak watak politik islam kini hanya memainkan peranan defensive,perhimpunan di hadapan masjid,membakar rumah ibadat org kristian...dan rata2 menyatakan ketakutan generaasi kini dan akan datang akan terpesong sekiranya hak penggunaan itu diberikan juga kepada majalah herald..takut anak islam tersesat.persoalan saya kalu iita terus bersikap begini, anak islam semakkin henyut sebenarnya,kerana anda boleh lihat sekarang anak2 muda yg berpeleseran di sana sini, ad yg tergagap disuruh mengucap, ad yg terkedu apabila minta dilagukan Al FAtihah,inikah generasi islam yang kita mahu??belum kira yg tertayang muka didalm video lucah..

2 : OFFENSIVE, sikap ini nampaknya lebih terbuka dan jika dilihat secara kasar nyata ia byk kelemahan,ibarat kita memberi laluan kepada gol tertentu untuk mengeksploitasi kan hidup kita,tetapi dengan bersikap offensive ini,kita juga akan mulai sedar betapa pentingnya Ilmu Agama Islam di dalam kehidupan Ummah, betapa pentingnya ia dan tidak patut kita meletakkan ilmu ini di level yg lebih rendah seperti zaman ini...Sekiranya kita sudah mempunyai pahlawan muda yang berilmu dr sudut agama dan dunia,kita tidak perlu lagi takut kepada hujah si DEFENSIVE tadi,,kerana orang yg berilmu tahu apa dia lakukan,org berilmu juga yg memilih untuk menggunakan nya dijalan yang benar atau pon tidak....

Seringkali jua terhinggap difikiranku, adakh ini semua juga adalh ujian getir dari Allah terhap umat islam keseluruhannya, kita mesti sudah terlupa, org islam yg tidak menghormati Agama hindhu dengan memijak kepala lembu di perkarangan masjid shah alam,sedangkan mereka sudah tahu anggapan org hindhu terhadap lembu tersebut.Sedang kan kita Umat Islam diminta untuk menghormati orang lain, adat dan kepercayaan mereka, barulah mereka akan teruja dan hormat akan kita.

Saya kini hanya mampu menunggu ape pula ujian dari tuhan setelah kita disaksikan selepas solat jumaat semalm beberapa gereja telah dibakar oleh orang islam. Percayalah ini ini akan lebih membuatkan mereka @ non muslim lebih menyampah dengan kita, dan bersiaplah umat islam, tindakn anda hanya akan membahayakan nyawa para pendakwah islam di Malaysia,,,

sekian ; anakmudadiary
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...