'Perjuangan kita belum selesai
Kerana hanya yang tabah dan cekal
Mampu membina mercu tanda bangsanya
Yang berjaya'
Tun Mahathir Mohamad
Assalamualaikum...anakmudadiary kembali mencoret lagi...untuk menyatakan perjuangan seorang hamba tidak akan selesai...ibarat penulisan hamba yang insyaallah akan berterusan selagi hayat dikandung badan..
Alhamdulillah setelah menghabiskan workshop UBS tadi..ade juga sedikit sebanyak input yang tersemat di buku hati. Terngiang ngiang di minda dr hairy berkata manusia, pendengaran pertama terhadap sesuatu hanya akan berlalu, dan tiba pada pendengaran kedua dan seterusnya, dia kan kembali memberi fokus dan tumpuan. Mungkin sebab itu kita dianjurkan supaya pasti habis kan ape yang sudah dimulakan. Tidak kisah, samada kita pernah terbehenti di persimpangan dan lopak2 jalan.
Sebagai anakmuda,masih banyak lagi perjuangan yang hendak di teruskan,masih banyak perkara yang belum diterokai, merasa senang tak bermakna kita dah menguasai, merasa susah tak bermakna kita tak mampu untuk menggapainya. Insyaallah dengan berkat, usaha dan tawakkal pada Dia, semua yang diimpi tidak lagi tinggal mimpi. Apa yang selama ini wujud di fantasy, akan terbit menjadi realiti.
Anakmuda akan menghabiskan masanya dengan menekun pelajaran. Pada masa yang sama anak juga adalah pejuang revolusi diri dan masyarakat. Anak muda harus bijak menyelongkar isi disebalik kulit. Kita harus percaya, salah satu ciri kemerdekaan adalah kebebasan berfikir dan melontarkan idea tanpa ada halangan dan sekatan luar. Anakmuda juga perubah pemikiran golongan veteran, ibarat kat TG Nik Aziz
'anakmuda juga boleh menegur orang yang lebih tua'
Dari pernyataan ini,yakinlah, didunia ini sesiapa juga mampu membawa kebenaran yang hanya 1. Sekiranya kebenaran ada banyak,pening la kan??huhu.
Golongan berumur ataupon veteran lebih kepada pengekalan tradisi,dan kurang yang mampu mencapai idea yang dimiliki anakmuda.Ini tak bermakna perjuangan golongan veteran sudah selesai, mereka juga perlu berjuang untuk membantu anakmuda dalam mencanang pemikiran yang lebih kritis dan inovatif.
Wahai anak muda,beringatlah,
Permulaan perjuangan adalah ilmu,
tanpa ilmu, Kau pasti buntu,
tanpa ilmu, takut kau menjadi hantu,
tanpa ilmu, dirimu hanyalah ibarat
Lilin yang bertamu dikalbu
Dengan ilmu, ia akan menjadikan
Kau ibarat tembok yang melindungi empayar
dengan ilmu, kau akan menjadi
matahari yang menyinari sekalian alam
Dan dengan ilmu,pastinya kau akan
menghadapi cabaran tanpa rasa
takut diganggu
Anakmuda,untuk berilmu,
pentingnya kau mempunyai guru.
Terima dan pintalah ilmu
sebesar mana yang kau mahu
Tapi jangan pula diakhir nanti,
dengan ilmu,kau lupa
Dulu kau berjalan pun terpijak batu
Jangan lupa, sebanyak mana ilmu
masih ada yang lagi berilmu darimu
Dan janganlah sesekali lupa,
terlalu banyak ilmu
tanpa menyebarkanya,akan
menyebabkan minda dan akalmu dibebani
dengan ilmu yang akhirnya
Akan membuatkan kau jemu
dengan segala ilmu
Yang kau miliki.
sekian..anakmudadiary....
p/s : sajak anakmuda dan ilmu adalah keluaran sendiri..direct..first time..
eden torai....
No comments:
Post a Comment