i serve nuff nang

Friday, January 8, 2010

MenCAri KebEnaRAn : Isu Allah s.w.t Dan majalah Herald

Assalamualaikum w.b.t

Lame Dah tak mencoret cetusan hati disini...kepada yg memberi pendapat dan komen terima kasih saya hulurkan...

Saya akan terus meluru kepada point yg sebenar disebalik penulisan ini...Kita rakyat malaysia dikejutkan lagi dengan isu terbaru
-majalah herald cristian yang memenangi perintah makamah untuk menggunakan kalimah Allah di dalam penulisan mereka....

ya, saya juga dengan pendirian saya pada awalnya yang menentang sekeras kerasnya penggunaaaaa kalimah Allah s.w.t kerana anggapan saya pada mulanya ia mencabul kehormatan org Islam...serta menganggap Allah s.w.t hanyalah tuhan kepada orang islam sahaja...namun begitu saya tidak membiarkan pencarian saya muktamad begitu sahaja, saya terus berfikir menyertai diskusi cyber, saya terjumpa dua point yang boleh kita fikir kan bersama..






1 : DEFENSIVE, ramai watak watak politik islam kini hanya memainkan peranan defensive,perhimpunan di hadapan masjid,membakar rumah ibadat org kristian...dan rata2 menyatakan ketakutan generaasi kini dan akan datang akan terpesong sekiranya hak penggunaan itu diberikan juga kepada majalah herald..takut anak islam tersesat.persoalan saya kalu iita terus bersikap begini, anak islam semakkin henyut sebenarnya,kerana anda boleh lihat sekarang anak2 muda yg berpeleseran di sana sini, ad yg tergagap disuruh mengucap, ad yg terkedu apabila minta dilagukan Al FAtihah,inikah generasi islam yang kita mahu??belum kira yg tertayang muka didalm video lucah..

2 : OFFENSIVE, sikap ini nampaknya lebih terbuka dan jika dilihat secara kasar nyata ia byk kelemahan,ibarat kita memberi laluan kepada gol tertentu untuk mengeksploitasi kan hidup kita,tetapi dengan bersikap offensive ini,kita juga akan mulai sedar betapa pentingnya Ilmu Agama Islam di dalam kehidupan Ummah, betapa pentingnya ia dan tidak patut kita meletakkan ilmu ini di level yg lebih rendah seperti zaman ini...Sekiranya kita sudah mempunyai pahlawan muda yang berilmu dr sudut agama dan dunia,kita tidak perlu lagi takut kepada hujah si DEFENSIVE tadi,,kerana orang yg berilmu tahu apa dia lakukan,org berilmu juga yg memilih untuk menggunakan nya dijalan yang benar atau pon tidak....

Seringkali jua terhinggap difikiranku, adakh ini semua juga adalh ujian getir dari Allah terhap umat islam keseluruhannya, kita mesti sudah terlupa, org islam yg tidak menghormati Agama hindhu dengan memijak kepala lembu di perkarangan masjid shah alam,sedangkan mereka sudah tahu anggapan org hindhu terhadap lembu tersebut.Sedang kan kita Umat Islam diminta untuk menghormati orang lain, adat dan kepercayaan mereka, barulah mereka akan teruja dan hormat akan kita.

Saya kini hanya mampu menunggu ape pula ujian dari tuhan setelah kita disaksikan selepas solat jumaat semalm beberapa gereja telah dibakar oleh orang islam. Percayalah ini ini akan lebih membuatkan mereka @ non muslim lebih menyampah dengan kita, dan bersiaplah umat islam, tindakn anda hanya akan membahayakan nyawa para pendakwah islam di Malaysia,,,

sekian ; anakmudadiary

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...