i serve nuff nang

Wednesday, September 1, 2010

Kenapa Lelaki Menangis~


Assalamualaikum w.b.t

Entry kali nie lebih kepada kisar mengenai kehidupan aku sendiri.. Tajuk mudah kenapa lelaki menangis. Nak ceritera laki ni dikatakan mempunyai hati yang ego dan keras untuk menangis. Pada aku, tue semua benda lame sebab dunia sekarang da terbalik, dah bukan laki saja dam wanita, tapi wanita pun dam lelaki.haha. Eleh, bukan sekali 2 je kes nie, banyak kali da, tak kisah dah laki bini ke, sweet couple ke, kalau dah kene dam dam jugak!haha. Aku bukan lah nak cerita kelooseran lelaki yang kene dam nie. Aku just nak cerita kenapa banyak laki masih sukar menangis. nak buat readers tersentuh?aku bersajak sket ley ar, tak reti n tak bayang dah aku cara mane lagi. Mesti ramai ingat pasal cinta semata mata, tak dalam nukilan aku kali ini, aku akan try cube masuk sume, supaya bukan kita tangkap cintan je, tapi ambil juga pengajaran


Lelaki ini
Yang kau kenali dulu
Hidopnya dalam kesusahan, tak senang
Dia sering menangis mengenang dosa2
Dia sering menangis merindui arwah bapanya
Dia sering menangis bagaimana
mahu membahagiakan ibunya
Dia akan menangis dikala malam kerana
hatinya yang sering berfikir akan kesusahan dirinya

















Lelaki ini 
Seorang anak
Taukah kau anak lelaki juga mudah terasa hati?
Tahukah kau disebalik gelak tawa
ada juga penyesalan didalam hatinya
Hati jantan ini selindungkan
Hati jantan ini rahsiakan
kerana takut menjadi contoh buruk
kepada adik adik perempuannya nanti


Lelaki ini masih lagi seorang anak
Semakin lama, semakin sukar menangisi sesuatu
Dan adakah kau ingat, kami tak mampu menangis?
Adakah kau merasai dendam hati
yang menangis kerana tidak lagi
berjiwa lembut untuk menangis?
Kau kata lelaki perlu tegas, jadi
kami malu untuk menangis


Lelaki ini
Kini bergelar kekasih, wahai kekasihku
Apa kau sangka tangisan kami adalah murah?
Dan kau sangka kami terdiam beerti tiada perasaan
Kau ingat tak? ketika kau menangis
Aku tidak menangis supaya kau tidak merasai 
kesedihan yang kami kongsikan
Kami tidak menangis, kerana mahu kau terus berseloroh

Tangisan ini, kami hanya alirkan di dalam hati

Jika kau membuat kami marah
Jika kami berkecil hati
Hati kecil kami juga menangis 
bukan dimata, kerana tidak mahu
kau tahu kami bersedih akan tindakanmu
Ketika rindu, kami masih lagi menangis
mengharapkan kau hadir disisi
Namun kami tahan tangisan ini, kerna tahu
tangisan ini akan membuat kau tidak senang duduk
Lalu kami rahsiakan lagi


Lelaki itu
Kini bergelar suami
Wahai isteri kesayanganku, kami akan menangis didepan kau
kami akan mahukan pujukan kau
kami akan mahukanbelaian manja dari kau
Kerna setelah lama kami memendam tangisan ini
kau redakanlah sekiranya ia mengalir
Kami masih cemburu apabila kau memuja mereka
Kami masih cemburu apabila kami tidak dimanjakan
Kami masih cemburu apabila kau sibuk
Kami masih cemburu apabila kau mempunyai
sesuatu yang lebih hebat dari kami
Kami cuba menahan kesugulan hati ini
Supaya kami kelihatan sentiasa lebih hebat

 










Lelaki itu
Kini kau bergelar ayah
Wahai anak kesayanganku
Apakah kau ingat ayah mu ini tidak pernah 
tangisi akan ketegasan ini
Adakah kau ingat lakonan ketegasan ini
Tidak pernah disusuri air mata?
Air mata ini tidak mahal nak,
Tapi ayah tak mahu kau jadi selemah ayah
Ayah tak mahu kau pijak ayah di masa hadapan nanti
Air mata ayah berlinangan, air mata ini bukan lakonan
Sedangkan ibumu pun sukar membuatkan ayah menangis
Tapi tika kelahiran kau
Ayah tidak pernah sangka 
Ayah akan mengalirkan air mata ini kerana
bersyukur kau telah selamat dilahirkan!
hargailah ini, surat dari hatiku buatmu anak


Wahai lelaki
Ini adalah pesananku buatmu
Menangislah, tangis dan tangisilah
Kerana kau tidak pula takot akan kau yang
tidak pernah terfikir untuk menangis dihadapaNya
Kau tidak pula menangis terkenangkan kesusahan saudaramu
Kau tidak pula menangis merindui Rasulullah s.a.w
Kau tidak pun menagis bersyukur 
atas nikmat yang kau kecapi selama ini
Menangislah kerana malu kepadaNya
Menangislah kerana semakin hari hatimu semakin keras
Semakin sukar untuk mengeluarkan linangan air mata
Sehingga ia menjadi
Permata Tak Berharga!


sekian
~AnakMudaDiary~

6 comments:

  1. lelaki ini yang selalu . . . haha..nk start nyanyi plak..

    ReplyDelete
  2. best mat..keep it up..!!. eija

    ReplyDelete
  3. thx to member kepada si kelepet nie~hehe

    lady : hahaha...nak menyanyi lak...try ar nyanyi..aku thumbs up untuk ko!hahaha

    eija : thx for support!!!selalukan bermood ea

    Thumbs up for u too!!

    ReplyDelete
  4. laki adalah ttap laki.....
    bukan gadis @ wanita krana laki adalah lelaki...
    lalalala.....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...