i serve nuff nang

Tuesday, May 25, 2010

CErita Seni Di Malaysia

Assalamualaikum w.b.t

AnakMudaDiary kembali lagi....
Kali nie cerita pasal seni kat malaysia
Kenapa kita merundum??
1.Media Dan Seni Dikongkong


Hari ni tulisan anakmuda muda bertumpu kepada seni di malaysia.Firstly lebih suke untuk anakmuda menceitakan tentang perspektif seni itu sendiri. SENI bukanlah hanya sekadar berlakon dan menyanyi. Mereka yang bergiat di bawah SENIMAN adalah orang seni. Tapi adakah mereka yang tidak berdaftar tidak diangga orang atau anak seni?Seni meliputi konsep yang luas, dan asasnya ialah SASTERA. Semua seni ada sasteranya yang tersendiri, contohnya bagi suatu jalan cerita, akan diselitkan bait2 dan pengajaran di dalam suatu slot sebuah penceritaa. Tak kisahlah samada cerita berentuk cinta, rasuah, penipuan, action, ataupun horror. 


Jom kita kecilkan lagi skop kita dengan meliputi skop SENI di malaysia. Seni dimalaysia setelah 52 tahun merdeka hanya ade 2 zaman yang kita boleh bandingkan. Iaitu seni di zaman Tan Sri P.Ramlee dan seni di zaman teknologi yang meliputi rancangan tv berwarna. Tidak ketinggalan juga sajak2 dan penyair yang berbeza di dua zman. Lebih senang kjita membezakan antara dua zaman ini kerana perbezaannya yang begitu ketara. Yang mana dulu, orang kita meminati sastera dan karya penulisan berbanding dunia perfileman. Karya karya warga dulu yang bangkit menentang penjajahan sentiasa diratap dan dihayati sepanuh hati. Filem p.ramlee, yang mana peminatnya tidak pernah hilang ditelan masa. Ada saja. Kebanyakan ceritanya yang bergenrekan kelakar menjadi hiburan hingga kehari ini. Kerana ramai yang tahu cerita zaman P.ramlee membawa maksud yang mendalam kerana semangat patriotik beliau terhadap Malaysia dan tidak mengira batasan kaum. Dia tidak mengamalkan amalan 'BODEK' untuk menghasilkan karyanya. Karya yang dihasilkan boleh melakonkan watak Pemerintah iaitu 'sultan' yang berperangai tamak,baikhati,lucu dan mendengar cerita rakyat. 

Apabila kita tiba ke zaman 'Millenium', mampukah kita kasa hasil seni di malaysia adalah meningkat atau merundum? Hasil seni yang dihasilkan dengan asas cinta yang meleh leleh, tanpa ada DYnamic di dalam industri sendiri membuatkan penonton mandom dan menolak untuk menonton wayang dan prefer membeli CD cetak rompak. Sememagnya ada cerita yang dihasilkan oleh pengarah seperti Afdlin Shauqi yang mempunyai perspektif yang berlainan, ceritanya sentiasa menimbulkan buah fikiran di hati ni dan tunjuk telatah manusia dan bagi aku dia hampir menandingi bakat TAn Sri P.RAmlee. Bila cerita macam nie, ada Afdlin pernah keluar kutuk cetak rompak?tak rasanya sebab penonton pandai dan mampu menilai perkara nie, ceritanya selalu menjangkau BOX OFFICE. Afdlin tak mengikut arus industri seni, dia mengguna perspektif sendiri untuk menarik penonton. Saya suka mengatakan insdustri seni di mlaysia adalh merundum. Nak tau kenapa?kita tengok saja rating filem malaysia dan keseragaman cerita dengan tajuk yang berlainan. Sekarang tiada lagi cerita, fiem,sajak puuisi yang bercorak mengkritik pemimpin ditayangkan. Belum ada cerita yang memperlakonkan watak PErdana Menteri, watak menteri itu ini, lakonkan kelambatan polis, dan lakonkan penyelewangan dan rasuah. Ada cerita pun Gerak Khas, ronda ronda KL, dan sewaktu lagi. Cerita hyang bergenre Bodek ini hanya menunjukkan kecekapan polis yang tiada kelemahannya. Tiada lagi cerita yang melakonkan watak perdana menteri atau pemerintah diMalaysia seperti di zaman p.ramlee dahulu. Ini membuatkan para celik ilmuwan dan it menjadi boring dan bosan dengan karya yang seragam dan membodek dimalaysia.



Mungkin ada kalangan pembaca pernah totntoni cerita GADuh (2009). Cerita menunjukkan realiti kehidupan bangsa dimalaysia.Cerita ini tak de elemen bodek ia tunjukkan student yang dari kecik dah diasah dengan budaya Perkauman.TApi adakah cerita mendapat hak untuk ditotton awam?tak!ceita ini hanya dapat ditonton secara underground macam cerita murah!!. Tapi bagi AnakMuda nielah cerita paling MAHAL di Malauysia buat masa ni.

Nak bandingkan Malaysia dengan barat??Mengarut, jangan kate teknologi yang digunakan, even jalan cerita sekalipun mustahil dapat menandingi diorang. Diorang dengan mudah mempertonton pelakon yang membawa watak presiden amerika, dan lakonanya bukan MEMBODEK,mereka mendedah kegiatan rasuah dan rompakan berlaku kat sana. Ada kisah benarnya, cerita seperti 'CAtch me If YOU can' cerita sepanjang zaman,21 black jack,newyork gansta,dan kisah benar 11 september. Mereka boleh tunjukkan ejen FBI dan POLIs yang bersifat jahat dan tidak mementingkan keselamatan rakyat mereka. Pengarah diberi kebebasan untuk berkarya, kita boleh lihat sendiri kalau pembaca peminat filem dari barat.Banyak lagi cerita seperti New york gangster yang mane cerita realiti penubuhan bandar new york,Philidephia, dan pastinya, cerita mereka yang  2jam ini lah cerita yang berjaya menarik rating penonton yang tinggi di sana berbanding diMalaysia ceita yang berbentuk realiti, hanya 30 minit, nak teka ape?'Siri Kisah Benar'.haha

Yang anakmuda nak hilite disini bukanlah kita pergi mululu mengikut cara orang barat,Malaysia ade ceritanya tersendiri, ade bangsa dan budaya tersendiri. Tapi apabila amalan bodek makin berleluasa,makin menyampah pulak dibuatnya. Cuma mahu industri SENI Malaysia lebih BEBAS dan KREATIF. Pengkritik dianggap pengkhianat tanpa sedar KRITIKAN ADALAH SENI. Yang mane setiap kritikan akan libatkan kehendak untuk memperlihatkan,mengharapkan sesuatu yang lebih baik bukan mengharapkan sesuatu yang buruk. Hasil hasil sastera juga nilainya semakin rendah. Bicara yang mebodek kerajaan sahaja dipublishkan ke stesen tv,radio dan surat khabar. Apabila TUn Abdullah, banyak lah hasil seni menceita islam hadari, apabila tiba PM Najib, berpuasilah pula si pembodek mengenai 1malaysia dan peminat tanpa sedikit persoal curiga dan ternyata tu lah cara paling mudah untuk dapat royalti hasil mereka. 

Media dikongkong. Sebarang penceitaan yang akan membuka cerita Realiti di Malaysia akan disekat, seperti dokumentari Empangan Bakun yang diharamkan tanyangan di TV2. DEbat2 bahas2 politik yang bersifat melobi juga tak kurang hebatnya,nie lah realitinya. Apabila industri dikongkong, pengarah filem juga akan kering idea dan hanya mampu buat cerita yang suam2 sejuk je sambutanya. Kebebasan media harus diberi. Komik Kartun 1malaysia oleh zunar juga munkin boleh dijual, sajak dan puisi yang mengkritik juga perlu diberi ruang untuk dapat royalti hasil mereka. Cerita yang berbentuk underground dan realiti malaysia perlu diberi ruang yang lebih besar dari memberi ruang cerita tangkap leleh untuk dihidang kepada penonton.



Penonton dan peminat seni Malaysia menanti Kebangkitan SENI di MalaysiA!!
Berikan Seni kebebasan!!keRAna Kebebasan juga adalah suatu SENI!!

 Sekian...
AnakMudaDiary @ PMAC

Tuesday, May 18, 2010

Dulu Saya Bangga ...... Sekarang?

Post untuk BerFikir..Pikirlah..kalau tak setuju bg tau je...okay??
Maybe saya juga tak reti berfikir

Assalamualaikum w.b.t. Anakmuda kembali lagi kali ni untuk posting ke 22. Banyak yang telah berlaku sepanjang cuti anakmuda nie selain dating2 lar kan.Ini post berkaitan isu semasa dam agak terkejut sebenarnya
Menarik, barulah terpandang dalam keadaan Malaysia begini, sedarlah kita sebenarnya menuju ke arah pemikiran yang tidak lagi dikongkong, rakyat sudah sedar dan mara menuntut perubahan. Duit mungkin mampu beli rakyat, tapi proses pengundian di Sibu hari itu menunjukkan rakyat tidak lagi mudah digelapkan dengan duit yang di'sedekah'.

Kali ni post mudah je, kalau 'dulu saya bangga...sekarang?'


  • Dulu saya bangga bila belajar ekonomi, tau malaysia tak mengiktiraf hasil perjudian dan perlacuran.
Sekarang perlu ke saya bagga lagi Hasil Judi sudah diiktiraf.Saya malu

  • Dulu saya bangga bila diberitahu kita adalah negara islam yang jadi contoh di OIC tanpa pikir bini PM time pakai tudung ke tak?
Sekarang saya dah tak kisah sebab kat Malaysia kes rogol meningkat, anak islam pun tak segan bat video lucah,jadi saya jadi malu

  • Dulu saya bangga bila tau negara kita membekalkan petrol paling murah dan berkualiti dan diuruskan dengan baik oleh petronas
Sekarang saya tak kisah sebab haraga dah tak beza dah dengan negara lain,Malaysia jual dua blok pada brunei, perlu ke saya bangga lagi?

  • Dulu saya bangga bila tengok cerita gerak khas pasal kecekapan polis dalam menguruskan jenayah.Terornya mereka menembak
Sekarang saya naik jelik bila dengar cerita 'gerak khas' sebab pencuri,perompak,sudah sama kot dengan budak2 kecik yang buat salah kecik.Saya bangga gak tembakanya tepat kepada orang yang tak bersalah.


  • Dulu saya bangga Dr.M membaiki ekonomi tanpa membohong rakyat bahwa eko malaysia memg bermasalah,
Sekarang saya da tak kisah sebb dato' Najib ckp 'our economy has no problem',tapi ckp jugak eko makin baik, Malaysia tak da duit.

Ada banyak lagi, siapa siapa sudi tambahkan tak?tak larat nak post panjang panjang.Tapi yang nyata, waktu saya bodoh dulu, saya selalu bangga membuta tuli, sekarang Alhamdulillah dah ada ilmu sikit,mungkin boleh ditipu lagi, tapi tak mudah la kan.

Sekian,posting kali ini dari anakmudadiary,harap readers boleh komen untuk tambah isi. Setiap isi lagi baik dari termenung tanpa berfikir.

Sekian
PMAC @ AnakMudaDiary

Monday, May 17, 2010

AnakMuda BErkenalan dengan Noam Chomsky

Noam Chomsky telah di haramkan dari memasuki Tebing Barat Palestine kelmarin.

Chomsky yang selalu menerima bantahan dan tohaman dari pelbagai bentuk regim dalam dunia ini telah di halang sekali lagi.

Intelektual kiri bermazhab anarko ini adalah satu-satu intelektual yang paling berpengaruh dalam dunia ini. Di katakan jadual jemputan untuk mendengar syarahan Noam Chomsky telah di penuhi untuk lima tahun ke hadapan.

Chomsky telah cuba menyeberang Sungai Jordan ke Tebing Barat melalui jambatan Allenby. Ini lah kali pertama Chomsky dihalang dari memasuki Palestine.

Chomsky telah di jemput oleh Birzeit University dan Institute of Palestine Studies di Ramallah untuk menyampaikan beberapa siri ceramah.

‘ Rejim Isreal tidak suka apa yang saya akan katakan dan saya samakan Isreal dengan regim-rejim lain dalam dunia ini’ kata Chomsky kepada Al-Jazeera.

• Noam Chomsky ialah seorang Yahudi.

Penting untuk anakmuda hilite disini, dimana anakmuda pernah menggunakan gambar noam Chomsky di Fb dan pernah mendapat kritikan. Noam chomsky adalah conth orang yahudi tetapi bukan berfahaman yahudi zionist. Paksi politiknya bukanlah angkatan dan fahaman regim zionist. Noam adalah orang yang mengutuk bangsanya sendiri yang menjalankan penindasan ke atas Pelestin iaitu mereka yang taksub kepada yahudi dan di panggil ZIonist. Ini tak kurang bedanya dengan orang yang fanatik islam sehingga membawa kepada ajaran sesat dan bentuk ajaran karut dll.

Persoalannya, adakah anakmuda harus membenci dia kerana dia seorang yahudi?Sebab itu anakmuda lebih consider untuk melaungkan anti-yahudizionist atau anti zionist berbanding anti-yahudi. Dan Anakmuda sememangnya takjub dengan keberanian Noam dalam menegakkan hak asasi manusia

Antara kata2 yang pernah dikeluarkannya adalah

'world dont need hero but world needs good ideas'

sekian,PMAC @ anakmudadiary

Tuesday, May 11, 2010

Artikel megenai Melayu DAn Yahudi ZionisT;;;;Fikir Sebelum KomEn

FiKir Dulu Baru Marah;;;Jangan BErkatA Sebelum BerFikir;;Takotnya Jadi Omong Kosong;;;

Assalamualaikum w.b.t.....

Anakmuda kembali lagi dengan artikel dan isu. Anakmuda tau artikel kali ini akan mengundang banyak persepsi negatif. Tapi harapnya,, berfikirlah pemuda dan pemudi sekalian.


Orang Melayu yang menjadi penyokong setia Perkasa telah pun berubah menjadi Yahudi Zionis. Merekalah yang telah menyempit ajaran Islam yang sebenar. Merekalah yang telah menyebabkan Cina, India, Sikh, Serani, Thai(Siam), Iban, Melanau, Kadazan dan lain - lain takut kepada Islam.

By From Vehicles to Life

Katanya dalam laporan itu, PERKASA juga meminta Lim tidak lagi menggunakan nama Khalifah Umar Abdul Aziz dalam mana-mana ucapan, penerbitan atau lain-lain bentuk komunikasi yang boleh menimbulkan kekeliruan dan kegelisahan di kalangan umat Islam. Sumber Malaysiakini

Islam merupakan Agama sejagat. Hak milik semua bangsa jika mereka mengakui Allah itu Maha Esa dan tidak ada anak dan diperanakan. Islam menjadi hak milik semua bangsa jika mereka mengakui Nabi Muhammad s.a.w. Islam bukan hak milik Arab. Islam bukan hak milik Melayu Umno-Yahudi. Islam bukan hak milik Ibrahim Ali, PERKASA atau PERKAKAS Yahudi. Islam milik Allah yang diturunkan demi kesejahteraan umat manusia.


Menjadi tanggungjawap kita sebagai umat Islam membiasakan mereka yang bukan Islam merapati agama ini supaya mereka lambat - laun jatuh cinta dengan agama yang suci ini. Menjadi tanggunjawap kita supaya mereka kenal dengan tokoh - tokoh agung dalam dunia pemerintahan Islam supaya mereka sedar bahawa Islam merupakan agama yang mementingkan keadilan dan kesejahteraan manusia.

Namun sayangnya terdapat segelintir umat Islam yang berperangai seperti Yahudi Zionis. Yahudi Zionis sering beranggapan bahawa agama kitab Taurat ini hak milik kekal bangsa Yahudi. Bangsa lain tidak boleh menganut agama ini. Maka agama kitab Taurat ini kekal menjadi agama minoriti dalam dunia kerana larangan bangsa lain memeluk agama itu. Islam tidak begitu. Rasulullah s.a.w tidak pernah melarang bangsa lain menganut agama Islam. Walaupun Rasulullah s.a.w berbangsa Arab tapi baginda juga tidak pernah mengangkat bangsa Arab lebih mulia daripada bangsa lain.


Orang Melayu yang menjadi penyokong setia Perkasa telah pun berubah menjadi Yahudi Zionis. Merekalah yang telah menyempit ajaran Islam yang sebenar. Merekalah yang telah menyebabkan Cina, India, Sikh, Serani, Thai(Siam), Iban, Melanau, Kadazan dan lain - lain takut kepada Islam. Merasa tidak selesa dengan Islam kerana perbuatan mereka yang menyerupai Yahudi Zionis.

Perbuatan melarang Ketua Menteri Pulau Pinang menggunakan cara dan corak pemerintahan Khalifah Umar Abd Aziz merupakan tindakan bangsa Yahudi Zionis. Perkasa sudah menjadi alat agen Yahudi APCO. Yahudi Zionis sememangnya tidak gemar sejarah mereka dikongsi - kongsi oleh umat Islam. Mereka beranggapan bangsa mereka bangsa pilihan. Perkasa juga beranggapan Islam itu milik Melayu maka tidak layak bukan Islam menyebut tokoh - tokoh Islam yang Maha Agung. Tidakkah itu menyerupai tindakan bangsa Yahudi Zionis?


Perkasa telah memesongkan ajaran Islam yang sebenar. Mereka telah mengubah tujuan sebenar Islam diturunkan. Mereka telah melakukan bidaah besar kerana mengubah cara dakwah Rasulullah s.a.w. Rasulullah s.a.w berdakwah dengan cara yang paling lembut. Baginda s.a.w pernah dilempar najis oleh orang Quraisy namun tidak pernah Rasulullah s.a.w mengisytiharkan perang kerana perbuatan biadap oleh orang Quraisy. Siapa Ibrahim Ali dan Perkasa. Adakah mereka lebih mulia dan agung dari Muhammad s.a.w? Ya bagi pengikut mereka Ibrahim Ali sama agung dengan Ayah Pin kerajaan langit.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...