i serve nuff nang

Thursday, April 18, 2013

Pertama Kali Mengundi

Assalamualaikum

'Asasnya, saya telah melalui dan mengenal sedikit mengenai politik dari zaman MRSM lagi, apa yang saya sampaikan disini sekadar pandangan dan saya bertanggungjawab sepenuhnya atas pandangan saya. Maafkan saya andai terkurang disini sana. '

Kiranya sudah berapa lama saya tidak menulis disini. Harap artikel ini dapat memberi sedikit cetusan idea kepada kita dalam menghadapi proses pengundian nanti. Pastinya golongan muda seperti saya yang akan pertama kali mengundi akan berasa girang dan tidak kurang gusar untuk melakar simbol X.

Ya, kebelakangan ni terfikir, bagaimana kalau tersalah X ke, terdot pulak kat kertas undi tu, namun saya tinggalkan dulu cerita2 ringan itu dibelakang, mari kita pergi ke topik yang sepentingnya. Satu per satu

Sebagai pelajar di mrsm dan kolej matrikulasi mara, saya pernah menjalani proses pengundian. Ironinya, saya dikala itu adalah orang yang akan diundi. Di maktab saya dicalonkan untuk kerusi Dakwah dan kerohanian, sementara di Matrikulasi, saya dicalon atas kerusi Exco kebajikan. Ya,  tiada sistem parlimen dan dewan undangan negeri. Yang ada kerusi yang terus kepada jawatan. Rasanya tidak perlu cerita bagaimana percapaian saya, memandangkan pasti saya akan bercerita kebaikan sahaja yang akan saya tapis kelalaian sepanjang memegang amanah. Biar pembaca yang tahu dan bercerita mengenainya.

Ketika di MRSM,
Ketika beberapa minggu sebelum proses pemilihan diadakan, kami dibahagikan kepada 2 orang setiap kumpulan. Saya diganding dengan Benny yang ketika itu bertanding untuk calon Exco Sukan dan Rekreasi.
Ya, sorang berbangsa cina, sementara saya seorang Melayu. Namun ketika disekolah, saya belum berkenal erti sentimen. Benny seorang yang bersungguh cuba untuk menang. Sementara saya support sikit2.hehe. Siapa tidak malu, apabila gambar mereka dimerata2 maktab. Senior akan tengok rupa rupa junior. Ya, tak kurang ada yang minta jadi akak angkat dan sebagainya, sebagai bakal yb, perlulah saya berlaku ramah dan tidak sombong.:)
 
Alhamdulillah, kami berdua(Saya dan Benny) memenangi pilihanraya tersebut dan keduanya menduduki kerusi masing2. Saya mendapat undi yang kedua tertinggi selepas Presiden Badan Perwakilan Pelajar, Shafiq Aziz. Dia kini semakin popular dan mungkin akan melibatkan diri dalam bidang politik melihatkan perkembangan di muka bukunya. 

Pelbagai manifesto didengar, dari sistem pendobian, sehingga ruangan merokok, ada jga bawa isu di US ada bilik tempat orang hisap rokok,  ada juga mengenai pindaan untuk membawa phone, yang ketika jaman saya handphone adalah suatu larangan untuk dibawa ke asrama.

Apa yang saya cuba saya ceritakan disini, selain Xfactor untuk orang mengundi kita, janji dan cara penyampaian adalah suatu yang penting dalam proses meraih undi. Kami tidak saling memburukkan calon bertanding, kami menang dan kalah seadanya. Cuma kadang kami keliru, sepatutnya kami mewakili pelajar, tetapi kadang kami mewakili guru guru dan warden asrama yang membuatkan keliling pandang serong pada kami. Teringat lagi tika berkempen, sampai ke pakcik dobi, makcik koperasi dan tukang sampah kami pergi jumpa meraih undi. Tak kurang seperti sistem culaan, rumah ke rumah yang kita lihat pada hari ini.
Cuma mungkin sebab phone diharamkan, jika tak kami dah mesej sorang sorang supaya memilih kami untuk diundi.

Tahun ini saya akan tergolong dalam golongan orang yang pertama mengundi. Pelbagai fatwa keluar dan saya telah dengar, mengundi parti itu, haram dan dosa, mengundi parti ini, khawarij dan sebagainya kerana melawan. Pada hemat saya ugama sedang dijual untuk meraih kemenangan sekarang. Saya nampak dari segi agama islam, tak tahu bagaimana agama lain apa ceritanya adakah dijual perkara yang sama.Bagi saya, kita boleh menjuarai pendapat kita sendiri sejuaranya. Namun, bukan bermoral sekiranya kita memijak pandangan mereka yang lain selumatnya.

Sebagai pengundi yang bergelar pertama kali/freshie. Saya amat tertarik kepada beberapa orang tokoh sahaja. Seperti Saifuddin Abdullah dan beberapa lainnya. YB Saifuddin seorang yang sangat openminded pemikirannya. Dikala orang mengatakan pendidikan percuma adalah mustahil, jawapan beliau lebih berhati hati
'PEndidikan percuma tidak ditolak bulat2, tapi bukan juga mudah dilaksanakan, kena tumpu perbelanjaan berhemah'. Jawapan darinya agak mengujakan kerana ia menampakkan ada beberapa perkara kita boleh lakukan andai dirancang sebaiknya.

Saya janggal untuk bercerita mengenai peniruan manifesto atau apa. Sekiranya pembangkang ikhlas, mereka tidak perlu mengungkit mengenai peniruan manifesto, sebaliknya meraih bersama manifesto yang dibawa. Berbalik di zaman MRSM dulu, kami tidak bercangggah bersama apabila manifesto yang dibawa adalah sama kerana kata2 itu sangat mudah dilafazkan, namun tidak mudah dilaksanakan.

*Saya akan ulas mengenai manifesto parti2 dibahagian kedua nanti*

Justeru, selaku pengundi freshie dan masih muda. Saya menyeru kepada rakan semua diluar sana, supaya kami membuat pilihan undian kami sendiri. Tidak perlu datang dan cakap undi itu atau undi ini. Kerana saya percaya jika berpolitik sekadar atas kertas undi, tidak banyak anjakan paradigma yang akan dinukil lagi. Dalam berpolitik, marilah kita berpolitik bakti. Bakti pada masyarakat kita diluar sana. Tangan, kaki jiwa dan hati perlu bersama sekalli untuk berbakti. Benar, perubahan akan dimulakan sebaiknya apabila kerajaan bersedia membuat perubahan dan transformasi. Namun, sebagai masyarakat dan golongan pekerja kelas pertengahan, ada baiknya jika kita keluar sana melemparkan sedikit simpati pada golongan yang tiada tempat pada kelas atasan.

Saya risau, memperlihatkan masyarakat fesbuk yang suka berdebat dengan gelaran, macai, anjing, orang suruhan, hamba abdi, ini amat melambangkan ketaksuban kepada sesuatu dalam kita membuat suatu penilaian. Ini kerana, saya seorang yang percaya pada pendamaian dan kestabilan. Namun bukan kedamaian yang rakyatnya ditendang tendang, namun kedamaian dalam menerima perbezaan. Toleransi untuk perbincangan. Itu nilai yang penting.

Memperlihatkan orang yang selalu membuat andaian betul dan salah. Saya ditepi berfikir secara logiknya, ketika agama islam berkembang dalam 4 mazhab utama. Mereka adalah golongan ulama yang pakar dan berilmu. Namun kita dapat lihat, perbezaan pendapat mereka disini dan situ. Adakah mereka mengharamkan satu sama lain? mengawarijkan si anu dan sifolan? tidak!

Ini kerana hebatnya mereka adalah apabila berdepan orang tak sependapat mereka, mereka berlapang dada selapangnya. Perbincangan dan diskusi diteruskan.
Dan sejujurnya, itulah transformasi yang terbesar saya ingin dalam masyarakat pada hari ini.
Sebagai pengundi pertama dan freshie. Saya boleh menjadi warga barisan yang tegar dan segar, Saya juga boleh menjadi keluarga pembangkan yang cekal dan lekang. Tapi saya memilih untuk menjadi diri saya, mungkin ini nampak tidak berprinsip, namun itu saya seadanya, prinsip, maruah dan akidah saya bukan ditentukan sesiapa, ia adalah hak mutlak saya. Namun saya selalu membuka perbincangan untuk semua perkara.

Dan itulah peranan saya ketika bekerja selaku exco agama dahulu, saya tidak memandang orang agama sebagai orang yang berselimutkan sejadah bila tidur, ini kerana orang beragama dulu orang berilmu sains dan matematik juga, mungkin mereka juga penat belajar sehingga berdengkur. Namun, Apa kita pada hari ini? Cubalah ukur!


Wallahualam.

AhmadChin
18//4/2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...