i serve nuff nang

Tuesday, May 25, 2010

CErita Seni Di Malaysia

Assalamualaikum w.b.t

AnakMudaDiary kembali lagi....
Kali nie cerita pasal seni kat malaysia
Kenapa kita merundum??
1.Media Dan Seni Dikongkong


Hari ni tulisan anakmuda muda bertumpu kepada seni di malaysia.Firstly lebih suke untuk anakmuda menceitakan tentang perspektif seni itu sendiri. SENI bukanlah hanya sekadar berlakon dan menyanyi. Mereka yang bergiat di bawah SENIMAN adalah orang seni. Tapi adakah mereka yang tidak berdaftar tidak diangga orang atau anak seni?Seni meliputi konsep yang luas, dan asasnya ialah SASTERA. Semua seni ada sasteranya yang tersendiri, contohnya bagi suatu jalan cerita, akan diselitkan bait2 dan pengajaran di dalam suatu slot sebuah penceritaa. Tak kisahlah samada cerita berentuk cinta, rasuah, penipuan, action, ataupun horror. 


Jom kita kecilkan lagi skop kita dengan meliputi skop SENI di malaysia. Seni dimalaysia setelah 52 tahun merdeka hanya ade 2 zaman yang kita boleh bandingkan. Iaitu seni di zaman Tan Sri P.Ramlee dan seni di zaman teknologi yang meliputi rancangan tv berwarna. Tidak ketinggalan juga sajak2 dan penyair yang berbeza di dua zman. Lebih senang kjita membezakan antara dua zaman ini kerana perbezaannya yang begitu ketara. Yang mana dulu, orang kita meminati sastera dan karya penulisan berbanding dunia perfileman. Karya karya warga dulu yang bangkit menentang penjajahan sentiasa diratap dan dihayati sepanuh hati. Filem p.ramlee, yang mana peminatnya tidak pernah hilang ditelan masa. Ada saja. Kebanyakan ceritanya yang bergenrekan kelakar menjadi hiburan hingga kehari ini. Kerana ramai yang tahu cerita zaman P.ramlee membawa maksud yang mendalam kerana semangat patriotik beliau terhadap Malaysia dan tidak mengira batasan kaum. Dia tidak mengamalkan amalan 'BODEK' untuk menghasilkan karyanya. Karya yang dihasilkan boleh melakonkan watak Pemerintah iaitu 'sultan' yang berperangai tamak,baikhati,lucu dan mendengar cerita rakyat. 

Apabila kita tiba ke zaman 'Millenium', mampukah kita kasa hasil seni di malaysia adalah meningkat atau merundum? Hasil seni yang dihasilkan dengan asas cinta yang meleh leleh, tanpa ada DYnamic di dalam industri sendiri membuatkan penonton mandom dan menolak untuk menonton wayang dan prefer membeli CD cetak rompak. Sememagnya ada cerita yang dihasilkan oleh pengarah seperti Afdlin Shauqi yang mempunyai perspektif yang berlainan, ceritanya sentiasa menimbulkan buah fikiran di hati ni dan tunjuk telatah manusia dan bagi aku dia hampir menandingi bakat TAn Sri P.RAmlee. Bila cerita macam nie, ada Afdlin pernah keluar kutuk cetak rompak?tak rasanya sebab penonton pandai dan mampu menilai perkara nie, ceritanya selalu menjangkau BOX OFFICE. Afdlin tak mengikut arus industri seni, dia mengguna perspektif sendiri untuk menarik penonton. Saya suka mengatakan insdustri seni di mlaysia adalh merundum. Nak tau kenapa?kita tengok saja rating filem malaysia dan keseragaman cerita dengan tajuk yang berlainan. Sekarang tiada lagi cerita, fiem,sajak puuisi yang bercorak mengkritik pemimpin ditayangkan. Belum ada cerita yang memperlakonkan watak PErdana Menteri, watak menteri itu ini, lakonkan kelambatan polis, dan lakonkan penyelewangan dan rasuah. Ada cerita pun Gerak Khas, ronda ronda KL, dan sewaktu lagi. Cerita hyang bergenre Bodek ini hanya menunjukkan kecekapan polis yang tiada kelemahannya. Tiada lagi cerita yang melakonkan watak perdana menteri atau pemerintah diMalaysia seperti di zaman p.ramlee dahulu. Ini membuatkan para celik ilmuwan dan it menjadi boring dan bosan dengan karya yang seragam dan membodek dimalaysia.



Mungkin ada kalangan pembaca pernah totntoni cerita GADuh (2009). Cerita menunjukkan realiti kehidupan bangsa dimalaysia.Cerita ini tak de elemen bodek ia tunjukkan student yang dari kecik dah diasah dengan budaya Perkauman.TApi adakah cerita mendapat hak untuk ditotton awam?tak!ceita ini hanya dapat ditonton secara underground macam cerita murah!!. Tapi bagi AnakMuda nielah cerita paling MAHAL di Malauysia buat masa ni.

Nak bandingkan Malaysia dengan barat??Mengarut, jangan kate teknologi yang digunakan, even jalan cerita sekalipun mustahil dapat menandingi diorang. Diorang dengan mudah mempertonton pelakon yang membawa watak presiden amerika, dan lakonanya bukan MEMBODEK,mereka mendedah kegiatan rasuah dan rompakan berlaku kat sana. Ada kisah benarnya, cerita seperti 'CAtch me If YOU can' cerita sepanjang zaman,21 black jack,newyork gansta,dan kisah benar 11 september. Mereka boleh tunjukkan ejen FBI dan POLIs yang bersifat jahat dan tidak mementingkan keselamatan rakyat mereka. Pengarah diberi kebebasan untuk berkarya, kita boleh lihat sendiri kalau pembaca peminat filem dari barat.Banyak lagi cerita seperti New york gangster yang mane cerita realiti penubuhan bandar new york,Philidephia, dan pastinya, cerita mereka yang  2jam ini lah cerita yang berjaya menarik rating penonton yang tinggi di sana berbanding diMalaysia ceita yang berbentuk realiti, hanya 30 minit, nak teka ape?'Siri Kisah Benar'.haha

Yang anakmuda nak hilite disini bukanlah kita pergi mululu mengikut cara orang barat,Malaysia ade ceritanya tersendiri, ade bangsa dan budaya tersendiri. Tapi apabila amalan bodek makin berleluasa,makin menyampah pulak dibuatnya. Cuma mahu industri SENI Malaysia lebih BEBAS dan KREATIF. Pengkritik dianggap pengkhianat tanpa sedar KRITIKAN ADALAH SENI. Yang mane setiap kritikan akan libatkan kehendak untuk memperlihatkan,mengharapkan sesuatu yang lebih baik bukan mengharapkan sesuatu yang buruk. Hasil hasil sastera juga nilainya semakin rendah. Bicara yang mebodek kerajaan sahaja dipublishkan ke stesen tv,radio dan surat khabar. Apabila TUn Abdullah, banyak lah hasil seni menceita islam hadari, apabila tiba PM Najib, berpuasilah pula si pembodek mengenai 1malaysia dan peminat tanpa sedikit persoal curiga dan ternyata tu lah cara paling mudah untuk dapat royalti hasil mereka. 

Media dikongkong. Sebarang penceitaan yang akan membuka cerita Realiti di Malaysia akan disekat, seperti dokumentari Empangan Bakun yang diharamkan tanyangan di TV2. DEbat2 bahas2 politik yang bersifat melobi juga tak kurang hebatnya,nie lah realitinya. Apabila industri dikongkong, pengarah filem juga akan kering idea dan hanya mampu buat cerita yang suam2 sejuk je sambutanya. Kebebasan media harus diberi. Komik Kartun 1malaysia oleh zunar juga munkin boleh dijual, sajak dan puisi yang mengkritik juga perlu diberi ruang untuk dapat royalti hasil mereka. Cerita yang berbentuk underground dan realiti malaysia perlu diberi ruang yang lebih besar dari memberi ruang cerita tangkap leleh untuk dihidang kepada penonton.



Penonton dan peminat seni Malaysia menanti Kebangkitan SENI di MalaysiA!!
Berikan Seni kebebasan!!keRAna Kebebasan juga adalah suatu SENI!!

 Sekian...
AnakMudaDiary @ PMAC

Tuesday, May 18, 2010

Dulu Saya Bangga ...... Sekarang?

Post untuk BerFikir..Pikirlah..kalau tak setuju bg tau je...okay??
Maybe saya juga tak reti berfikir

Assalamualaikum w.b.t. Anakmuda kembali lagi kali ni untuk posting ke 22. Banyak yang telah berlaku sepanjang cuti anakmuda nie selain dating2 lar kan.Ini post berkaitan isu semasa dam agak terkejut sebenarnya
Menarik, barulah terpandang dalam keadaan Malaysia begini, sedarlah kita sebenarnya menuju ke arah pemikiran yang tidak lagi dikongkong, rakyat sudah sedar dan mara menuntut perubahan. Duit mungkin mampu beli rakyat, tapi proses pengundian di Sibu hari itu menunjukkan rakyat tidak lagi mudah digelapkan dengan duit yang di'sedekah'.

Kali ni post mudah je, kalau 'dulu saya bangga...sekarang?'


  • Dulu saya bangga bila belajar ekonomi, tau malaysia tak mengiktiraf hasil perjudian dan perlacuran.
Sekarang perlu ke saya bagga lagi Hasil Judi sudah diiktiraf.Saya malu

  • Dulu saya bangga bila diberitahu kita adalah negara islam yang jadi contoh di OIC tanpa pikir bini PM time pakai tudung ke tak?
Sekarang saya dah tak kisah sebab kat Malaysia kes rogol meningkat, anak islam pun tak segan bat video lucah,jadi saya jadi malu

  • Dulu saya bangga bila tau negara kita membekalkan petrol paling murah dan berkualiti dan diuruskan dengan baik oleh petronas
Sekarang saya tak kisah sebab haraga dah tak beza dah dengan negara lain,Malaysia jual dua blok pada brunei, perlu ke saya bangga lagi?

  • Dulu saya bangga bila tengok cerita gerak khas pasal kecekapan polis dalam menguruskan jenayah.Terornya mereka menembak
Sekarang saya naik jelik bila dengar cerita 'gerak khas' sebab pencuri,perompak,sudah sama kot dengan budak2 kecik yang buat salah kecik.Saya bangga gak tembakanya tepat kepada orang yang tak bersalah.


  • Dulu saya bangga Dr.M membaiki ekonomi tanpa membohong rakyat bahwa eko malaysia memg bermasalah,
Sekarang saya da tak kisah sebb dato' Najib ckp 'our economy has no problem',tapi ckp jugak eko makin baik, Malaysia tak da duit.

Ada banyak lagi, siapa siapa sudi tambahkan tak?tak larat nak post panjang panjang.Tapi yang nyata, waktu saya bodoh dulu, saya selalu bangga membuta tuli, sekarang Alhamdulillah dah ada ilmu sikit,mungkin boleh ditipu lagi, tapi tak mudah la kan.

Sekian,posting kali ini dari anakmudadiary,harap readers boleh komen untuk tambah isi. Setiap isi lagi baik dari termenung tanpa berfikir.

Sekian
PMAC @ AnakMudaDiary

Monday, May 17, 2010

AnakMuda BErkenalan dengan Noam Chomsky

Noam Chomsky telah di haramkan dari memasuki Tebing Barat Palestine kelmarin.

Chomsky yang selalu menerima bantahan dan tohaman dari pelbagai bentuk regim dalam dunia ini telah di halang sekali lagi.

Intelektual kiri bermazhab anarko ini adalah satu-satu intelektual yang paling berpengaruh dalam dunia ini. Di katakan jadual jemputan untuk mendengar syarahan Noam Chomsky telah di penuhi untuk lima tahun ke hadapan.

Chomsky telah cuba menyeberang Sungai Jordan ke Tebing Barat melalui jambatan Allenby. Ini lah kali pertama Chomsky dihalang dari memasuki Palestine.

Chomsky telah di jemput oleh Birzeit University dan Institute of Palestine Studies di Ramallah untuk menyampaikan beberapa siri ceramah.

‘ Rejim Isreal tidak suka apa yang saya akan katakan dan saya samakan Isreal dengan regim-rejim lain dalam dunia ini’ kata Chomsky kepada Al-Jazeera.

• Noam Chomsky ialah seorang Yahudi.

Penting untuk anakmuda hilite disini, dimana anakmuda pernah menggunakan gambar noam Chomsky di Fb dan pernah mendapat kritikan. Noam chomsky adalah conth orang yahudi tetapi bukan berfahaman yahudi zionist. Paksi politiknya bukanlah angkatan dan fahaman regim zionist. Noam adalah orang yang mengutuk bangsanya sendiri yang menjalankan penindasan ke atas Pelestin iaitu mereka yang taksub kepada yahudi dan di panggil ZIonist. Ini tak kurang bedanya dengan orang yang fanatik islam sehingga membawa kepada ajaran sesat dan bentuk ajaran karut dll.

Persoalannya, adakah anakmuda harus membenci dia kerana dia seorang yahudi?Sebab itu anakmuda lebih consider untuk melaungkan anti-yahudizionist atau anti zionist berbanding anti-yahudi. Dan Anakmuda sememangnya takjub dengan keberanian Noam dalam menegakkan hak asasi manusia

Antara kata2 yang pernah dikeluarkannya adalah

'world dont need hero but world needs good ideas'

sekian,PMAC @ anakmudadiary

Tuesday, May 11, 2010

Artikel megenai Melayu DAn Yahudi ZionisT;;;;Fikir Sebelum KomEn

FiKir Dulu Baru Marah;;;Jangan BErkatA Sebelum BerFikir;;Takotnya Jadi Omong Kosong;;;

Assalamualaikum w.b.t.....

Anakmuda kembali lagi dengan artikel dan isu. Anakmuda tau artikel kali ini akan mengundang banyak persepsi negatif. Tapi harapnya,, berfikirlah pemuda dan pemudi sekalian.


Orang Melayu yang menjadi penyokong setia Perkasa telah pun berubah menjadi Yahudi Zionis. Merekalah yang telah menyempit ajaran Islam yang sebenar. Merekalah yang telah menyebabkan Cina, India, Sikh, Serani, Thai(Siam), Iban, Melanau, Kadazan dan lain - lain takut kepada Islam.

By From Vehicles to Life

Katanya dalam laporan itu, PERKASA juga meminta Lim tidak lagi menggunakan nama Khalifah Umar Abdul Aziz dalam mana-mana ucapan, penerbitan atau lain-lain bentuk komunikasi yang boleh menimbulkan kekeliruan dan kegelisahan di kalangan umat Islam. Sumber Malaysiakini

Islam merupakan Agama sejagat. Hak milik semua bangsa jika mereka mengakui Allah itu Maha Esa dan tidak ada anak dan diperanakan. Islam menjadi hak milik semua bangsa jika mereka mengakui Nabi Muhammad s.a.w. Islam bukan hak milik Arab. Islam bukan hak milik Melayu Umno-Yahudi. Islam bukan hak milik Ibrahim Ali, PERKASA atau PERKAKAS Yahudi. Islam milik Allah yang diturunkan demi kesejahteraan umat manusia.


Menjadi tanggungjawap kita sebagai umat Islam membiasakan mereka yang bukan Islam merapati agama ini supaya mereka lambat - laun jatuh cinta dengan agama yang suci ini. Menjadi tanggunjawap kita supaya mereka kenal dengan tokoh - tokoh agung dalam dunia pemerintahan Islam supaya mereka sedar bahawa Islam merupakan agama yang mementingkan keadilan dan kesejahteraan manusia.

Namun sayangnya terdapat segelintir umat Islam yang berperangai seperti Yahudi Zionis. Yahudi Zionis sering beranggapan bahawa agama kitab Taurat ini hak milik kekal bangsa Yahudi. Bangsa lain tidak boleh menganut agama ini. Maka agama kitab Taurat ini kekal menjadi agama minoriti dalam dunia kerana larangan bangsa lain memeluk agama itu. Islam tidak begitu. Rasulullah s.a.w tidak pernah melarang bangsa lain menganut agama Islam. Walaupun Rasulullah s.a.w berbangsa Arab tapi baginda juga tidak pernah mengangkat bangsa Arab lebih mulia daripada bangsa lain.


Orang Melayu yang menjadi penyokong setia Perkasa telah pun berubah menjadi Yahudi Zionis. Merekalah yang telah menyempit ajaran Islam yang sebenar. Merekalah yang telah menyebabkan Cina, India, Sikh, Serani, Thai(Siam), Iban, Melanau, Kadazan dan lain - lain takut kepada Islam. Merasa tidak selesa dengan Islam kerana perbuatan mereka yang menyerupai Yahudi Zionis.

Perbuatan melarang Ketua Menteri Pulau Pinang menggunakan cara dan corak pemerintahan Khalifah Umar Abd Aziz merupakan tindakan bangsa Yahudi Zionis. Perkasa sudah menjadi alat agen Yahudi APCO. Yahudi Zionis sememangnya tidak gemar sejarah mereka dikongsi - kongsi oleh umat Islam. Mereka beranggapan bangsa mereka bangsa pilihan. Perkasa juga beranggapan Islam itu milik Melayu maka tidak layak bukan Islam menyebut tokoh - tokoh Islam yang Maha Agung. Tidakkah itu menyerupai tindakan bangsa Yahudi Zionis?


Perkasa telah memesongkan ajaran Islam yang sebenar. Mereka telah mengubah tujuan sebenar Islam diturunkan. Mereka telah melakukan bidaah besar kerana mengubah cara dakwah Rasulullah s.a.w. Rasulullah s.a.w berdakwah dengan cara yang paling lembut. Baginda s.a.w pernah dilempar najis oleh orang Quraisy namun tidak pernah Rasulullah s.a.w mengisytiharkan perang kerana perbuatan biadap oleh orang Quraisy. Siapa Ibrahim Ali dan Perkasa. Adakah mereka lebih mulia dan agung dari Muhammad s.a.w? Ya bagi pengikut mereka Ibrahim Ali sama agung dengan Ayah Pin kerajaan langit.

Friday, April 30, 2010

Al Fatihah buat adik AminulRasyid;;takziah buat keluarga Allahyarham


Assalamualalikum w.b.t

Anakmudadiary kembali lagi dengan cite yang menyedihkan.

Baru baru nie kite dikejutkan dengan berita kematian adik aminulrasyid yang mati ditembak polis.

Umurnya baru 15 tahun,dia ditembak dikatakan kerana cuba lari dari roadblock dan disyaki penjenayah oleh pihak polis.Pihak utusan dakwa adik telah memndu sambil memegang parang dan terlibat dalam aktiviti jenayah.logik ke tak aku tak tau.

berikut adalah gambar adik aminulrasyid.



dan ini gambar rintihan ibu yang kehilangan anaknya, sabarlah ibu,insyaallah kebenaran dan keadilan akan bersamamu.



Setelah kita degempar dengan berita ibu mengandung yang ditembak. Dan kes tu skarang dah senyap, mungkin da settle belakang tabir, tak tau la camne kes adik aminulrasyid nie kan?

Time kes nie lah baru nak dibawa pula ke dewan rakyat dan timbalan pendakwa raya. Tapi macam mana kes si Teoh Beng Hock(kaitan SPRM)dan Kugan(mati dalam penjara)?kenapa tak dibawa ke DPP?

Tapi aku yakin keadilan pasti akan menyusul.

Sebelum abis aku nak letak ayat KPN,Tan Sri Musa Hassan



"Kalau tak nak, saya akan beritahu orang saya supaya tidak lagi menahan kereta yang dipandu dengan cara mencurigakan atau mengambil tindakan terhadap pelumba haram yang bermaharajalela di jalan raya,"

"Kenderaan boleh digunakan sebagai senjata...senjata bukan bermakna pistol, pisau atau parang saja. Kalau seseorang itu enggan berhenti dan cuba merempuh pegawai yang cuba menahannya, ia (kenderaan) boleh dianggap sebagai senjata kerana ia boleh membahayakan nyawa pegawai penguatkuasa."

Ini sudah lawak!!lepas nie jangan beli kereta, kene tangkap!!dianggap senjata membunuh...kah kah kah '
Polis dah merajuk!!kah kah kah, ada siapa ckp suruh jangan buat roadblock tangkap penjenayah lagi ke??jangan la buat buat sedey,jangan lebong bangsa MAlaysia!

Sekian AnakMudaDiary

Monday, April 26, 2010

Apabila AnakMudaDiary berbicara mengenai POLITIK


Assalamualaikum w.b.t

Kembali lagi anakmuda untuk post yang ke 38, walaupun masih tak berapa produktiv berbanding bloggers yang lain, tapi insyaallah anakmuda akan cuba mengupas isu2 yang memberi banyak makna dlam kehidupan kita

Kali ini kita berbalik kepada sejarah politik, yang term 'politik' ni hampir keseluruhan manusia tahu mengenainya,tak kisah anda yang makan Roti canai ke, nasi lemak ke,kuih bulan, tose, biawak atau apape sekalipun, semua tahu perkataan politik.

Dalam bahasa mudah, politik bermakna kepentingan. Namun begitu, tidak pula bermaksud kepentingan seseorang atau pun sekolompok masyarakat. Politik ialah perjuangan yang membuka mata sibuta, perjuangan yang membuka hati manusia, memberi kesedaran sivik kepada manusia pentngnya dalam menjaga hak indvidu/sekolompok. Namun begitu, jangan lupa, politik juga membuatkan si celik menjadi buta, ia membuat si lowprofile menjadi gila kuasa, membuat si tikus berani melawan gajah.

Apabila sebut mengenai politik, sibuklah orang berbicara mengenai POWER OF INFLUENCE. Apa itu? power itu ialah dimana keupayaan seseorang untuk menarik dan mempengaruhi minda awam untuk berjuang bersamanya. Dari keupayaan dan kehebatannya berpidato, dari ilmu yang dimilikinya, dari harta yang ada padanya. Ada yang postif and negatif.Orang yang menggunakan kekuasaanya untuk mengugut orang yang tidak bersetongkol atau berfahaman dengannya.Tapi masih ramai yang membenarkan dan memberi alasan begini

anakmuda, cuba kau fikir, takkan kau nak tolong orang yang tak sokong orang yang tak sama idealogi dengan kau?

Tolong, ape nak bagi jawapan pada soalan macam nie?kalokita ckp kita akan tolong, dia akan ckp ea ke??mustahilla,ko kelentong dan ckp je lebey..-END-


Maka wujuglah perkataan, MENGHASUT, MEMANCNG, MEMBODEK, MEMBERI, SAGUHATI, MELOBI, iaitu perkataan yang tercipta khas akibat kesan dar Power Of Influence ni.Yang mengakibatkan perkataan Politik menjadi caci dan hina sehinanya. Siapa yang memasuki politik akan dianggap penipu dan berkaitan dengan perkataan itu.

Suka nakmuda untuk membawa cerita yang berbentuk realiti, hasil dari perbincangan bersama dengan shabat handaik anakmuda yang lain. Yang nyata, perbezaan fahaman politik tidak membataskan kami untuk bergaul bergurau senda sambil mengeteh bersama.Antara jawapan anakmuda dapat,

1.Politik adalh bicara mengena kepentngan perorangan,jadi semua individu dalam poltik adalh penipu
2.Politk adalah tipu dan tidak menguntungkan rakyat
3.poltik adalah terdiri dar orang yang hanya mampu menabur janji janji kosong.

Itu antara 3 jawapan yang seringkali kedengaran apabila berbicara bersama mereka. Anakmuda suka untuk membalasnya dengan. sekranya negatif benar politik ini, dari mana lahirnya pemimpin yang adil?dari mana lahirnya kepimpinan Islam yang dulu, dari mana lahirnya kepimpin Jonh f.Kennedy?dari mana lahirnya Sultan yang terbilang di Tanah Melayu ini? Sekiranya pendirian mereka sebegini mudah, lebih mudah untuk anakmuda kata, lebih baik kita tiada pemimpin kerana pemimpin hanya mendiskriminasi kerjanya.Politk yang negatif wujudnya dari kalangan mereka yang negatif, Amalan negatif memberi suap, hadiah, melobi,membelot antara amalannya. Dan orang ini sepatutnya dibersihkan dari medan politik supaya kita tidak menjadi mangsa. Adakah benar politik bicara kepentingan individu??1 kaum? 1 masyarakat sahaja??tak,politik melahirkan perjuangan untuk menuntut hak rakyat, pemimpin yang berkarisama yang mempunyai corak pemerintahan adil adalah yang diiadamkan,pemimpin yang mengetahui, rkayatnya yang kesusahan perlu ditolong tanpa mengira kulit warna, islamnya atau yahudinya dia.

Menjadi dambaan anakmuda untuk lahirnya pemimpin yang berjiwa sebegitu di Malaysia. bukannya pemimpin yang hanya memberi Rm50 juta untuk masyarakat apabila tiba pilihan raya, tap pemimpin yang mempejuangkan segala yang ada setiap masa bersama rakyatnya. Pemimpin yang tidak lokek apabila ade orang yang membangkangnya, tapi orang itu dalam kesusahan, tidak pula dia berkira untuk memberi pertolongan yang sewajarnya. Pemimpin yang memberi makan bukan untuk meraih sokongan, tapi kerana dia sedar akan tanggungjawabnya terhadap keseluruhan umat yang dipimpinnya.

Tak perlulah anakmuda berbicara anakmuda di golongan kri atau kanan, tapi anakmuda hanya mahukan pembaharuan, anakmuda ingin merasai kedamaian antara cina dan india, ingin merasakan perbezaan antara kami tidak membataskan kami untuk duduk dimana dan bersama sama. Ingin sekali melihat hentinya amalan rasuah dan kronisme dalam suatu pemerintahan yang mengkibatkan pembaziran. Tapi sayang masih ramai menganggap nya sebahagian dari kemajuan, masih ramai yang mengatakannya halal selagi menolong suatu kaum tapi tak fikir untuk kaum lain.



Politik juga dikaitkan dengan amalan rasuah, kroni, dan sebagainya. Tapi kita fikir bali, siapa yang menghurlur dan menerima?Bukankah tangan manusia itu sendiri yang merobek keharmonian perkataan ini? Manusia sememangnya ciptaan yang habat, jadi secanggih mana amalan integriti yang cuba diamalkan, selagi pemimpin itu tidak mempunyai kesedaran sepatutnya,that is waste. kerana system takkan dapat menjaga semuanya dan menahan perbuatan manusia. Thats y human are great for.

Politik yang buruk terjadi kerana ia diamalkan orang yang memisahkan politik dan agama. Orang yang melarang ceramah politik secara membuta tuli di masjid dan surau. orang yang menghalang api kemarahan rakyat dari terus membara, orang yang menganggap, perbuatan seperti mengkrtik kuasa besar adalah tak relevan dan pengkhianat negara, orang yang menggunakan duit dan harata semata mata utnuk mendapat power of influence dan suka menabur janji kosong.




Sekiranya pemimpin yang anakmuda sokong hari membuat kerja yang sama apabila dia ditakdirkan berada di puncak, tapi dia melakukan perbuatan yang sama, for sure, anakmuda will disobey and dumb him like anakmuda done these days. Kerana anakmuda bukanlah hanya menyokong seseorang secara membuta tuli, tapi bersaskan bukti bukti yang cuba anakmuda cari dari pelbagai pelosok. tapi pandangan anakmuda terhadap politik tetap tak berubah, sebalinya pandangan kepada orang yang mengamalkan politik tersebut. Pencarian anakmuda untuk pemimpin yang berkualit takan berubah, kerana ia adalah dambaan setiap insan,tinggal kita untuk nampak atau tidak sahaja.

Anakmuda sangat berharap revolusi pemikiran dari sesebuah masyarakat. Kerana masyarakat adlah pencipta sejarah, bukan lah individu. Individu itu hanyalah suatu lambang suapaya mudah diingati sejarah tersebut. Masyarakat yang mengubah segalanya, masyarakat yang mampu merubah dunia, masyarakat jugalah yang mampu menewaskan suatu kuasa. Macam pepatah kata, bersatu teguh bercerai roboh.Dan saat Baginda Rasullullah di akhir hayatnya : 'ummati ummati'
Seperti dalam percaturan game catur, 1 buah catur takkan menewaskan raja, tapi perlu bergabung dengan catur lan untuk menghasilkan gerakan 'Check Mate'.


Sekian sahaja dari anakmuda,terima kasih kepada yang sudi membaca dan memberi sokongan serta kritikan, nantikan posting anakmudadiary yang seterusnya....
Anda berani untuk minidakkan perbahasan saya??silakan...tapi anda tak boleh menidakkan fakta,,,adakah salah apa yang saya katakan?

Sekian...AnakMudaDiary

Saturday, April 24, 2010

Are Really Gurls Smarter than Boys???Wink~~




Assalamualaikum

Our topic for this post is focus on humanity;;;boys and gurl;;;by BillyUniversal;;Copy and Paste Right by AnakMudaDiary;;;)

he result of SPM was just announced recently. Almost 7000 students scored straights A. Much has been said about girls outperforming boys in school examination. It also goes the same as why boys are outnumbered with girls at public universities. A lot of critics have been thrown to the boys. One may say that non-performance boys deserve it for not putting more effort, too lazy, play a lot and many more hurtful critics.

The point here, are girls really smarter than boys?

Well, exams are merely the regurgitation of facts, (universally stated, and mostly by men) that have been memorized by students. They do not really in any way encourage creative thinking. Sorry to say but one just need to be a good parrot with a photographic memory to excel in exams. You just memorize everything, with a little bit of understanding, then u can do well in ur exam.

The truth is, it appears that no one can explain why top scorers especially women, in general, usually fade into mediocrity or even oblivion when it comes to making it big in the real world. Nor did I say that all of them, but mostly. It appears that the one who become the top player of any fields in the world such as in economic, business, science, politics and etc. are men and most of them are not straight A’s students when they were in school.

To strengthen my point, take a good look around. Cars, bike, electric bulb, telephone, aircraft, television, computer, fabrics, and even Google, well, the list keep goes on, and guess who invented these all? MEN.

Do we see female participation in the invention of any of these great tools that have propelled men into the technological forefront? Nope, sorry, but I don’t think so.

Here are only a few names to proof my point. They are the great scientist, businessmen, inventor, hence they all were not a straight A’s students and they are a men.

Albert Einstein, the renowned scientist and mathematician of the 20th century, failed in school. Einstein did not speak until he was four and did not read until he was seven, causing his teachers and parents to think he was mentally handicapped, slow and anti-social. Eventually, he was expelled from school. It might have taken him a bit longer, but he caught on pretty well in the end, winning the Nobel Prize.

Tan Sri Syed Mokhtar Al- Bukhary, the symbolic of true Malay and Muslim businessmen, only studied until form 5 because he can’t afford to study at that time. Then he started selling meat at market by his own. His determination starting paid off and the business started to take off. Now he is one of the top ten richest men in Malaysia, and one of the richest people in the world, worth billions of dollar, who managed to come out in the Forbes list.

Thomas Edison, who invented the bulb, where in his early years, teachers told Edison that he was too stupid to learn anything. Goes the same when he start working, he was fired from his first two jobs for not being productive enough. But now thanks to him, because of his invention, we have a light bulb.

All of these show that male might not be focused when in school but we always go on to achieve greater height later in life. So what do u wanna say girls?

Okay, women may claims that they are good in cooking. Hello, stop fooling urself, just look around, 3-stars hotels, 4-starts hotels, 5-starts hotels, who manage the kitchen? Who that always appears in TV in cooking channel? Who are the top and well-known chefs even in Malaysia? Well, u knew the answer. Likewise, women may be deft at tailoring but here again, men seem to rule when it comes to fashion and styling. Louis Vuitton, Versace and Jimmy Choo, REMEMBER?

The fact is, girls have all the fun of scoring A’s in school exams but it remains to be seen if they have what the boys have got when it comes to the real world. Sorry girls, no hard feeling, I’m just stating the fact. But to be fair, girls also have your own specialty. Good luck with that.

So boys, listen carefully, if we are underachievers, it’s okay, but don’t give up. Never ever give up. We still have our own talent and skills that nobody know, the talent and skills that only we know. Successful in life is not about how many A’s that u managed to obtain in exams, it’s way more than that.


If we have to sell burgers at the roadside, do it, it is an honest job. But at the same time, we should strive to open a string of burger stalls, create new recipes, maybe find a way how to make delicious burger than Burger King or Carl’s Junior, and never stop to look at opportunities to expand. Don’t be surprised if one day our burger stall will feed those friends who scored straight A’s and they might be crazy over our delicious burger.It is still a win-win situation guys. =)

Whatever things it is, both boys and girls are nice,
seems like our father and mother;;;Love Them
thx God For give me the POWER (mom and dad)

Sincerely.
AnakMudaDiary
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...