i serve nuff nang

Friday, May 3, 2013

Hari Mengundi.

Ini adalah artikel kedua saya. Sebelum tiba hari mengundi nanti. Dan mungkin juga artikel terakhir disiarkan memandangkan minat untuk menulis semakin menjauh. Pena tak jumpa matanya. Jangan risau, saya hanya akan hasut anda untuk keluar mengundi. Hanya takat keluar mengundi, tidak lah sampai sokong mana2 parti. Ya, saya bajet bebas. Kah kah kah

Dalam masa 2 hari ni, anda akan lihat pelbagai pakar politik tiba2 muncul dari corong corong entah mana. Mungkin baru 1 minggu, atau 2 minggu nie nak mengundi, baru dia ambil tahu hal hal politik. Ada juga hamba yang sudah 1 tahun jagung, ada yang sudah 2 3 tahun, dan saya kenal dengan nama Nik Aziz Nik Mat, dan Mahathir Mohammad, semenjak darjah 1 lagi. Saya ingat lagi peristiwa cikgu suruh kami duduk dalam kumpulan dan beri nama tokoh pada diri sendiri. Dan dari situ, pelbagai nama ada saya dengar.
Yang saya juruskan, ialah kebahayaan kita dalam baru sementara belajar sesuatu, kita sudah macam hero dan pakar ilmu. Itu sahaja. Macamseorang baru nak kenal agama, tiba tiba menjadi extremis pula kepada orang yang berbuat dosa. Maaf, pada saya itu bahaya.

Sedikit ulasan saya,

Pada saya, apabila disebut perpaduan, saya melihat skop yang lebih besar. Iaitu perpaduan sesama manusia membawa ajam kebenaran. Bukan islam, melayu, atau mengikut bangsa atau agama sahaja, kita semua manusia, tuhan kita mungkin berbeza, namun dalam Surah Al Kafirun telah disurahkan,
'Bagi kamu agama kamu, bagi aku agama aku'. Itu bab ugama dan ketuhanan. Kan.

Pada hemat saya, saya agak tak selesa apabila satu parti mendurjakan parti lain. Contohnya, siapa undi parti itu, dia akan keneraka atau syurga. Maafkan saya, mungkin saya masih muda. Mungkin silap saya dalam mentafsir bahasa. Saya bagi analogi, anda disebuah tempat yang wakil rakyatnya, Parti U, dan dia berkhidmat cemerlang, turun padang, bagi bantuan dan sebagainya, so, kita akan rasa lebih selesa dengan dia kerana kecemerlangannya. Itu pasal kita undi dia.

Dan disatu tempat lagi, Parti U juga callonnya, namun gagal berkhidmat dengan baik selain masalah sosial dan keluarga. Maka penduduk disitu mengundi Parti R. Soalannya, apa boleh penduduk U menerakakan parti R? atau parti R menerakakan Parti U?  Tak sesuai rasakan.

Pada hemat saya, kalau kita tak suka parti R menerakakan kita, kenapa pula Parti U kata menentang parti R adalah jihad? Apa bukan itu suatu kesamaan sudah jadinya kan? :)

Pada hemat saya, saya lebih suka sistem pengundian berparti sendiri diubah, ikut lah style demokrat dan republikan, dan rakyat terus mengundi siapa PM mereka. RAsanya susah untuk kritik sistem disini. Saya tinggalkan dahulu.

Pada hemat saya, mengundi sememangnya adalah suatu kewajiban. Tidak kira anda undi parti mana. Namun ingatlah suatu kata hikmah.

'Mengundilah dengan hati, jauhi emosi'

Apa yang saya harapkan, tiada kekecohan akan berlaku sehingga meragut nyawa atau sebagainya. Bergaduh bertumbuk atau apa. Saya menyeru kepada rakan pembaca sekalian, berhematlah dalam kalian menunaikan hak kalian.

Untuk kisah syurga neraka, ini kata saya.

'Sebaik sahaja anda sudah memasukkan kertas undi dan keluar dari dewan.
Berdoalah :

'Ya Allah sekiranya salah undi aku tadi bagi yang akan memerintah seterusnya, kau ampunkanlah aku. Sekiranya baik, maka perbaikkanlah pemerintahannya masa depan nya.'

Doakanlah juga keampunan untuk orang lain jika mereka tersalah, kan? Jika benarpun kisahnya Undi ke syurga dan neraka, dan yakin ada benarnya,

Cuma saya lagi yakin, penting kita untuk memaafkan sesama manusia.

Nescaya. Itu lebih indah. Bukan?


Sekian.
AhmadChin
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...